Monday, December 6, 2010
Local Act 77: 10 hari pertama
1. Bukan nak jadi gedik or show-off yang aku baru balik dari negara 4 musim, tapi aku lupa panas Malaysia macam mana. Keluar dari kapal terbang peluh jantan aku mula menitik satu persatu. Cukup sejam dari pintu kapal terbang sampai ke tempat dimana sanak saudara menunggu, aku, bak kata tukang masak, half-cooked.
2. Bila dah sampai di tempat sanak saudara menunggu, mak aku berlari anak untuk memelukku. Macam biasa, mak-mak akan mengalirkan air mata tatkala melihat anak yang 2 tahun tidak membesar di depan matanya. Aku tak kisah dengan air mata ibu menitis di bajuku. Akan tetapi, pabila ibu mula mengusap-usap rambut panjangku yang ikal mayong, aku tahu rambutku dalam bahaya. Disebalik tangisan seorang ibu, aku tahu dia sudah ada idea yang cukup licik untuk mencantas rambutku menjadi pendek.
3. Cakap la aku tak sedar diri atau menunjuk, haram aku tak kisah, tapi aku masih lagi tak boleh buang berkomunikasi dalam bahasa Inggeris ketika berjual beli. Terkebil-kebil seorang makcik tua di sebuah kedai di Kg Melayu Majidee apabila aku " Can I have a pack of battery please?" Serius aku cakap, ini adalah spontan. Bukan aku nak tunjuk tayang aku produk oversea. Tak bangga pun.
4. Aku jadi bodoh bila memandu. Kereta atas jalan macam tak puas hati dengan cara pemanduan aku yang berhemah. Seorang mat rempit menunjukkan isyarat jari tengah pada aku tanpa sebab. Baru nak balas balik, beliau terlanggar motor dihadapan. Melalui cermin pandang sisi, pergaduhan mula berlaku di antara mereka. Aku tersengih.
5. Macam-macam nick name aku dapat sejak balik Malaysia. Semua sebab rambut yang panjang ni. Setakat Predator, Bob Marley, Ramli Sarip, Mat Rockers itu semua tak da hal. Tapi bila sorang budak kecik ni cakap kat akak dia yang agak cun, "Kak, rambut abang tu macam rambut Hantu Kak Limah balik rumah", aku yang ketika itu sedang mengisi minyak kereta mahu saja nak mandikan budak kecik itu dengan petrol dan bakar. Akak dia yang cun aku culik buat bini.
6. Agak terkejut bila mak aku cakap aku adalah abang long untuk 11 orang adik beradik baru. Baru 2 tahun aku tak balik rumah, dah 11 org anak angkat mak aku amik. 11. Tapi bila sampai rumah, segalanya terjawab. Bukan 11 orang, 11 ekor kucing. Masing-masing ada kisah cerekarama tersendiri. Pening kepala bila jadi abang long untuk 3 orang adik manusia dan 11 ekor adik-adik kucing.
p/s: Tolong bagi semangat kat aku agar aku mampu bertahan dengan rambut 'Hantu Kak Limah balik rumah' nie sehingga 1 Januari 2011.
Tuesday, November 30, 2010
Local Act 76: 4 dollar dan impaknya pada psikososial aku.
Topik perbualan berkitarkan masalah gempa bumi di Christchurch tidak lama dahulu dan impaknya terhadap psikologi pelajar-pelajar Malaysia di sana. Tetamu undangan khas telah diterbangkan dari Christchurch untuk mengupas dilema-dilema yang dialami beliau walaupun lawatannya ke Auckland hanya untuk menjemput bakal mak mertuanya yang datang bercuti. Sedang tetamu undangan khas itu berkongsi pengalaman ngeri gempa bumi di Christchurch yang mengakibatkan University tempat beliau belajar tutup selama tiga minggu lebih dan beliau sangat seronok ketika itu, perbincangan intelek kami diganggu,
" Hi there, can I have 4 dollar change please?"
Terpacul satu jasad wanita di sebelah aku tiba-tiba tanpa aku sedari.
"I need 4 dollars to get a cab and go back home"
Semua diam terpaku. Masing-masing menyeluk saku mencari lebihan-lebihan syiling yang ada. Lagak wanita tersebut bukanlah seperti pengemis. Normal. Lengkap berpakaian kemas. Aku perhatikan tangannya yang menggeletar tatkala menantikan syiling dari kami. Angin malam ini memang agak sejuk.
" Here, we only got 3 dollars", tetamu undangan khas dari Christchurch menghulurkan syilingnya.
"But I need 4 dollars"
Aku menyeluk saku dalam-dalam. Keluar juga 50 sen dari situ. Bakinya dihulurkan oleh saudara dari Terengganu yang baik hati. Cukup 4 dollar.
"Thank you so much" dengan mata yang bersinar dan dia berlalu pergi.
Dalam hati aku mengutuk tindakan pemandu teksi wanita tersebut. Berkira dengan 4 dollar!
Kasihan wanita yang malang itu. Celaka!
Tepat jam 1.45 pagi. Wanita yang sama kembali meminta 4 dollar dan 2 batang rokok dari pejalan kaki yang kebetulan lalu di situ. Tangan menggigil, muka kasihan.
p/s: Pemandu teksi pulak yang kene 'Celaka'!
Monday, November 29, 2010
Local Act 75: Five Facking days~
Friday, November 26, 2010
Local Act 74: Tears and blood as my guitar cut my finger and it weeps

While my guitar gently weeps
I look at the floor and I see it need sweeping
Still my guitar gently weeps
I don't know why nobody told you
how to unfold you love
I don't know how someone controlled you
they bought and sold you
I look at the world and I notice it's turning
While my guitar gently weeps
With every mistake we must surely be learning
Still my guitar gently weeps
I don't know how you were diverted
you were perverted too
I don't know how you were inverted
no one alerted you
I look at you all see the love there that's sleeping
While my guitar gently weeps
I look at you all
Still my guitar gently weeps
-The Beatles-
Monday, November 22, 2010
Local Act 73: Jangan buat main dengan orang demam
" Nie adik kau nie....."
Nadanya tersekat-sekat bukan kerana coverage yang macam gampang, tetapi seperti menahan sesuatu. Degupan jantungku memuncak tiba-tiba pada 8 skala richter.
" Emmm...nie bonda kau nak cakap dulu....."
Peluh jantan aku mula menitis. Bukan kerana demam sudah surut tapi sejuk yang datang menerpa secara tiba-tiba.
" Bonda baru balik hospital nie....adik kau....."
Bonda terdiam sejenak......
" Kenapa bonda pergi hospital? Apa dah jadi dengan adik?
Begitu lama bonda menyusun ayat untuk melontarkan kebenaran.
"Adik kau baru lepas sunat nie..hehehe...Dia nak cakap dengan kau"
p/s: tiba-tiba aku rasa tak nak balik Malaysia 4 December nie..Nak mintak tangguh sampai adik lelaki aku yang last mencecah umur 18 tahun.
Saturday, November 6, 2010
Local Act 72: November 7 2030
"Ayah, tadi kat sekolah cikgu pukul tangan abang", Amirul the 1st menggorak langkah membuka bicara.
Sambil itu dihalakan tapak tangan kanannya yang agak berbirat. Aku syak cikgu Amirul guna rotan halus berdiameter 3cm untuk merotan anak sulungku ini.
"Abang buat apa sampai cikgu rotan abang?", tanya aku dengan gaya agak malas dan bersahaja. Tidak aku tunjukkan rasa simpati pada Amirul the 1st.
"Errr....abang tak bawak buku latihan Matematik. Tertinggal", jawab anak aku dengan pantas dan jitu. Matanya yang bulat terkebil-kebil. Aku tersenyum.
"Tertinggal atau sengaja tinggalkan sebab tak buat homework yang cikgu bagi semalam?", aku melirikkan mata ku tepat ke matanya. Pandangan maut. Tepat masuk ke mata turun ke hati, membuat jiwa yang melihat goyah.
" Er...errr...emmm...". gagap tiba-tiba Amirul the 1st. Tak ubah seperti bapanya dulu. Tapi Amirul the 1st lagi hebat. Ayahnya dulu darjah 6 baru berani meninggalkan buku di rumah apabila homework tidak siap. Boleh tahan juga anak sulung aku ini.
"So. salah siapa sekarang abang kene rotan? Terima atau tidak cikgu rotan abang?"
"Em, salah abang. Memang patut abang kene rotan dengan cikgu"
Alhamdulillah.Sejak semua ibu-bapa menghadiri kursus selama 10 hari di setiap sekolah yang bertajuk " Murid yang tidak boleh disentuh, dimarah @ dihukum oleh guru-guru kerana larangan ibu bapanya adalah bodoh!", anak-anak tidak lagi berani mengadu domba meminta belas kasihan apabila mereka dihukum di sekolah. Ibu bapa sudah terbuka matanya dengan konsep "corporal punishment" dan dapat menerima segala hukuman yang dikenakan bukan untuk mendera atau meyakiti, tetapi lebih kepada mendisiplinkan mereka menjadi insan yang berguna.
"Tau tak pe. Ayah tau dah abang kene rotan. Cikgu abang call tadi mintak maaf sebab terpaksa rotan. Ingat, tak nak kene rotan, jangan buat lagi. Senang je. Faham?"
" Em, faham", jawab Amirul the 1st. Aku sudah ada anak lelaki dewasa rupanya.
" Nanti esok kalau abang jumpa cikgu, nak cakap apa dengan dia?", aku bertanya sebagai satu ujian kecil untuk mendapatkan kepastian.
"Abang nak cakap terima kasih sebab rotan abang sebab cikgu tu nak abang jadi orang yang berguna", hiba hati aku melihat anak kecil di depan ku ini. Dalam usia yang kecil ini, dia sedar tanggungjawab yang harus dipikul sebagai abang sulung. Jangan lah kau jadi seperti ayahmu ketika dia dibangku sekolah.
"Em...macam mana training bowling petang tadi?," aku mengubah topik perbualan kepada sukan.
" Ok je, coach pesan suruh tukar bola la ayah. Bola yang ayah bagi tu old school sangat."
Adeh! Nak mintak tukar bola pula. Leceh la Shahlin Zukifli ni. Dia tak faham ke betapa pentingnya bola tu pada aku. Sengaja aku beri bola bowling aku yang lama pada Amirul the 1st sebagai nilai sentimental. Namu begitu aku hanya mengangukkan kepala tanda setuju.Kau berhak untuk mendapatkan bola baru Amirul the 1st, setelah perubahan yang kau tunjukkan malam ini.
" Ayah!!! saya dah balik!!!", tempikan adik perempuan Amirul the 1st begitu kuat sekali. Mungkin bakat itu tersemat ihsan ibunya. Tertelan microphone agaknya.
"Anak ayah pergi mana dengan ibu? Kesian ayah tinggal dengan abang kat rumah." aku cuba merajuk dengan puteri bongsu ku sambil mata melirik ke arah isteriku yang memain-mainkan mata manjanya. Ah sudah! Nak sesuatu la tu.
" Adik teman ibu pegi pasar malam la ayah. Ayaaaaaaah, nanti sebelum tidur ajar Tasha main guitar lagu Guns and Roses boleh?", puteri aku bersuara manja.
Ah sudah! Bila pula anak perempuan aku ni layan lagu Guns n Roses? Tiba-tiba aku tersyak sesuatu....
"You, you bukak lagu Guns n Roses dalam kereta tadi?" sahut aku pada si isteri yang sedang memotong cheesecake kegemaran aku.
" Aah, I tengok Tasha layan je"
Mestilah dia layan sayang oii!...Guns n Roses kot. Lagu Bob Marley pun tak habis belajar lagi, dah nak main lagu lain. Susah juga kalau dapat anak yang minat pada musik seawal 5 tahun. Syukur pada Allah atas kurniaan mu.
Saturday, October 23, 2010
Local Act 71: Boboy gedicks and gegurl gediwx
p/s: Pada sape-sape yang gaya tulisan macam kat atas nie, elakkan diri dari mengadakan conversation dengan aku kalau tak kisah kena maki hamun.
p/s no 2: YA ALLAH!!! Gelinyer lepas habis tulis post nie.
Tuesday, October 19, 2010
Local Act 70: Kawan sampai mati
A good FRIEND will bail you out of jail, but a best FRIEND will be in the next cell saying "that was fucking awesome!"
Status ni terpacul kat Newsfeed Facebook aku beberapa jam yang lepas. Aku rasa patut tambah sesuatu supaya maksud dia lebih bermakna. Melambangkan kau betul-betul ada kawan yang sanggup buat apa saja.
Monday, October 18, 2010
Local Act 69: Emansipasikan dirimu
Setelah meminta 4 dinner set untuk aku dan askar-askar Language Teaching yang mati syahid di medan perang, aku tunggu di luar kedai. Bertemankan irama reggea dan ska, dan juga ratusan umat manusia di Queenstreet pada malam yang sejuk, aku mengemansipasi kan diri.
Duduk seorang lelaki Kiwi tiba-tiba di sebelah aku. Lagaknya seperti 'businessman' dengan full suit dan 'briefcase'. Aku melihat nya dan menganggukan kepala tanda duduklah kau di situ. Tidak aku kisah sedikit pun.
"How's going?" tanya businessman itu dengan nada 'friendly'.
"I'm good" jawab aku lemah untuk memberi 'hint' bahawa aku tidak minat untuk berinteraksi pada waktu itu.
" Did you know that New Zealander is full of crazy people?"
Tak cukup ke dengan mendiamkan diri selepas teguran pertama kau merupakan hint untuk kita tidak perlu berinteraksi ?
"Nope, I didn't know that", balas aku pendek. Harapan aku dengan balasan aku yang ringkas itu, kau faham isi hati aku.
"I gotta go know, I got a meeting in 10 minutes", balas businessman Kiwi tersebut. Aku menjelingkan mata ke arah jam di tangan. 9.30 malam. Mungkin meeting informal.
Tatkala lelaki tersebut bangun dan beredar, terpandang aku sesuatu. Aku tersenyum sinis lagi.
Poor guy. Terlalu sibuk bergelumang dalam kerja sehingga tidak mengendahkan ada lubang besar di bahagian punggung seluar kau sehingga menampakan alur punggung yang tidak ditutupi seluar dalam. Dan aku tersenyum lagi dengan 'chuckles' yang perlahan apabila kau mengutip sisa-sisa rokok di atas jalan yang tidak habis untuk kau habiskan.
Hopefully everything goes well with you mate. Don't care what others look at you. You just be yourself in your own world. Because, that is the only place you can emancipate yourself from the cruelty of the world.
p/s: On the way nak balik, baru aku perasan kad bank aku tertinggal kat kedai makan. Terpaksa membazir 3 minit dalam sejuk. Tuhan itu Maha Adil.
Saturday, October 16, 2010
Local Act 68: Keluhan sang jiwa
"oh berombak lagi, oh kisah dunia
cerah jiwa gemuruh bergelora
erti sebenar dunia sementara
berlari kau ke sini dan ke sana
berlari mencari nur kasih hatimu yang telah lama
kau pejam hinggakan sesat dirimu
tiada sangsi dalam diri bertikam dengan cinta gila
semuanya hasutan sementara
berubahlah jiwa ribut dunia
melanda semua hakikatnya lorong berbeza
cinta ku mungkinlah oh!! beribu, yang tetap hanyalah Satu"
~Joe Blid~
Saturday, October 9, 2010
Local Act 67: Autobiografi Jasad Cacian

Kasut Vans slip-on black&white corak iluminati
9 October 2010
Hati aku sebak berdayu melihat jasad yang terkulai di beranda rumah. Mencungap-cungap meminta nyawa, walaupun ajalnya masih lagi panjang.


#############################################
Selepas berkerja mencari 25+ bakul ceri, kasut aku melalui fasa yang kedua dimana aku membawanya ke sungai untuk memancing belut. Dengan kesejukan air sungai di malam hari disamping kepekatan malam yang gelap, kasut aku tidak tahu apa yang menantinya. Dengan berbekalkan kepercayaan terhadap diriku, kasut aku telah dicelup ke dalam selut, dijadikan senjata untuk menamatkan riwayat sang belut, dan juga tempat udang kara berpaut ketika kami meredah anak sungai seperti dalam rancangan 'The Deadliest Catch'
#####################
###########################
Akibat daripada caca merba serta carutan sekeliling, si kasut hitam putih corak iluminati sudah tiada niat untuk hidup lagi. Dia sudah nekad mahu menamatkan riwayatnya dengan menghumban kan dirinya ke dalam hutan pine yang tajam. Jika itu tidak mampu membunuhnya, biarlah dirinya di baham serigala, musang atau anjing yang kelaparan. Sudah tidak sanggup ditahan seksa dunia ini. Mujurlah aku bau perancangan si kasut dari awal. Sempat aku menyelamatkanya dari melakukan tindakan di luar akal pemikiran. Bodoh punya kasut! Si kasut tidak sedarkan diri setelah aku menyelamatkannya. Maklumlah, melebihi batasannya untuk terjun di ketinggian 400 kaki.Disaat ini, si kasut hitam putih corak iluminati memandangku dengan lemah. Yang dulunya hanya calar sudah menjadi lubang yang tidak mampu ditutup lagi. Tiada apa lagi yang mampu di lakukan untuk menjadikan hari-hari terakhirnya tersenyum. Jangan risau sahabatku. Kau tetap akan berada disisiku sehingga kau terkulai tidak bernyawa di kaki ku.
p/s no2: Aku baru tau PM tu personal message. Bangsat kan??
Friday, October 1, 2010
Local Act 66: Irama Ska Penghubung Perasaan Itu
Engkau berlari
Mengejar pelangi
Bersama bayang bayang sendiri
Masih engkau tercari, menanti
Engkau tangisi
Kesali yang terjadi
Bagai layang layang tak bertali
Terbang ke langit tinggi dan pergi
Masihkah engkau sama
seperti sebelumnya?
Hilangmu buat aku tertanya
Apakah dapat kita
bersama semula?
Mengulang saat saat remaja
Oh, temanku!
Tak sanggup ku lihat deritamu?
Oh, temanku!
Lupakah kau dengan janjimu
Yang dulu?
by: Gerhana Ska Cinta

Monday, September 20, 2010
Thursday, September 16, 2010
Local Act 64: Monolog Dalaman Abang Sulung
Bila adik perempuan kau dah pandai bercinta,
Susah jadi abang sulung,
Bila adik perempuan kau tanya macam mana nak paham lelaki,
Susah jadi abang sulung,
bila adik perempuan kau cerita perangai boyfriend dier,
Susah jadi abang sulung,
Bila adik perempuan kau cakap balak dier 'terejal' macam kau.
Susah jadi abang sulung,
Bila adik perempuan kau cakap mak kau tak berapa suka balak dier,
Susah jadi abang sulung,
Bila adik perempuan tanya pendapat pasal cinta.
Susah jadi abang sulung,
Bila semua rahsia adik perempuan kau sorang yang tau,
Susah jadi abang sulung,
Bila kau sedar adik perempuan kau dah besar panjang.
Susah jadi abang sulung,
Bila kau dah mula risau bila adik perempuan kau ada pakwe.
Susah jadi abang sulung,
Bila adik perempuan kau tanya bila kau nak ada girlfriend.
Susah jadi abang sulung,
Bila kau tak tau nak jawab segala persoalan adik kau,
Susah jadi abang sulung,
Bila adik-adik kau tak nampak adik-adik kau membesar selama 2 tahun.
Susah jadi abang sulung,
Bila kau sedar kau abang sulung pada adik-adik kau.
Susah jadi abang sulung,
Bila kau tak tau macam mana nak jadi abang sulung.
Abang sulung nak petik gitar.
Jangan kacau!!
Wednesday, September 15, 2010
Local Act 63: Sweet memories
suddenly......
SKITTLES
ahh......
sweet memories.....
Monday, September 13, 2010
Sunday, September 5, 2010
Local Act 61: Berita Kilat ( Gempa Bumi New Zealand)
Untuk berita penuh, sila tekan tetikus anda di sini.....
Wednesday, September 1, 2010
Local Act 60: Merdayka
Ayat nie selalu terpapar dalam phone aku di malam Ambang Kemerdaykaan ketika aku bergelar pelajar sekolah. Malam merdayka adalah kemerdaykaan bagi aku dan member-member aku sebagai landasan untuk balik lewat. Alasannya, mahu menjadi patriotik, menyanyikan lagu kebangsaan di kala sang Jalur Gemilang berkibar. Mahu jadi warga negara Malaysia yang sayangkan negara dengan menyanyikan lagu-lagu patriotik sambil menunggang motor, berkonvoi mengelilingi bandar membawa Jalur Gemilang. Malam itu memang malam merdeka. Pulang rumah tidak perlu risau dengan bebelan si ibu atau pandangan tidak puas hati ayah. Aku bebas malam itu. Aku sudah merdayka.
Zaman itu sudah berlalu, 2 tahun aku tidak mendengar laungan kemerdaykaan di T.V atau pun di jalan-jalan raya. Sedang generasi baru anak-anak merdeka sibuk 'memerdaykakan' diri mereka dengan lumba haram, sex bebas, dadah, untuk 5 tahun akan datang, mereka akan sedar bahawa mereka masih 'dijajah', tidak layak untuk melaungkan "Merdayka!!"
2 tahun hidup di negara orang membuka mata aku yang Malaysia sudah berada di mata dunia.
"You're from Malaysia? I've been there. Good country."
"Malaysian are friendly aye."
"Malaysia? Is it the country new Singapore? Oh! Good country. Love the Twin Tower"
Ye. Siapa tak bangga bila orang luar kenal dengan negara kecil macam Malaysia. Malaysia mula mengorak langkah, ingin menjadi 'the centre stage' dunia. Tapi, harus kau ingat Malaysia, menjadi centre stage di mata dunia bererti ratus jutaan mata melihat kita. Di antara ratus jutaan itu, separuh daripadanya mahu menguasai kita, menghambakan kita, dan mereka telah berjaya melakukannya. Selama 53 tahun kita merdayka ini, dalam diam, kita telah dijajah semula. Dalam diam, kita boleh digelar hamba.
53 tahun kita telah merdayka, tapi masih lagi kita dihambakan. Kenapa merdayka? Kerana hanya pada tanggal 31 Ogos kita rasa kita sudah bebas. Hanya pada hari itu kita rasa kita merdayka. Hari Merdayka!.
Saturday, August 28, 2010
Local Act 59: BFF
Buzz!!
"Cibai!! Wa nak tanya sikit kat lu nie"
Dah kenapa mamat sorang nie? Dengan tak bagi salam, dapat pulak aku cibai sebiji. Celaka sungguh! Hilang dah ‘feel’ aku nak petik gitar main lagu sebarang dua.
"Lelaki ada BFF ke?"
Lah, dah kenapa kau nie tanya soalan macam nie pukul 4 pagi time aku tengah mood baik nak rileks petik gitar? Sebab kau dah bunuh “feel” aku, nak tak nak terpaksa aku jawab soalan pelik kau.
Lelaki ada ke BFF? Tak tau la aku kalau lelaki lain ada guna istilah tu, tapi pada aku tak la. Sebab aku label kan semua kawan-kawan aku sebagai kawan atau member. Walau rapat macam mana pun, aku label sebagai kawan je. Tak pernah pulak aku cakap,
“Nie BFF aku, Eminem, Eminem, nie BFF aku, Brad Pitt”
Kalau perempuan tu selalu la guna istilah BFF ni. Aku pun pelik dengan level of friendship di kalangan perempuan ni. Ada hierarchy tersendiri. Lebih kurang macam nie la:
(BFF)
(KAWAN RAPAT)
(KAWAN)
(KENALAN)
Newsfeed Facebook aku selalu jugak penuh dengan gadis-gadis yang nak tunjuk BFF diorang. Ayat yang biasa aku nampak macam ni:
“Jenab, Temah, Peah, Kamisah, U Guys are my BFF. Luv U XoXo”
Lepas tu bila aku buat-buat menyibuk tanya “Maimon Mutalib bukan BFF korang ke?”, jawapan nie yang akan terpacul,
“Owh, dier kawan je, tak berapa nak rapat sangat”
Yang nie berdasarkan apa yang aku nampak dalam Facebook aku la. Tak tau la kalau fenomena ini berlaku pada seluruh kaum wanita yang normal. Mungkin juga gadis-gadis yang aku nampak itu tidak normal.
Jadi pada aku, pelik jugak kalau lelaki pun ada guna istilah BFF tu. Tak kisah la kalau kawan korang tu rapat tahap macam kembar siam pun, lebih manis kalau di gelarkan "member" atau "kawan" je. Agak geli geleman juga kalau lelaki dengan lelaki menggunakan istilah BFF.
Lelaki dengan perempuan ada tak istilah BFF?
Malas nak kupas, takde mood. Sambung petik gitar.
p/s: Brader nie tanya sebab dier telah dilabel sebagai BFF oleh kawan serumah dier. Peringatan untuk brader nie, "Nak tidur baca ayat Kursi 100 kali dan kunci pintu bilik". Ingat sebelum "kena"
Wednesday, August 25, 2010
Local Act 58: Siapa Lagi PINKY sekarang?
Selepas berakhirnya era Friendster, aku dah tak manage lagi blog aku kat situ. Entah dah jadi tukun agaknya. Bila aku berkecimpung dalam Blogger nie, member tu 'sound' aku lagi, kali nie ayat dier short and simple, tapi masih lagi pedih bila didengar " Hati Pinky". Hati Pinky?? Sumpah gampang ayat dier. Nasib baik dah kawan lama. Kalau baru kenal dah berani letak title "Hati Pinky" kat aku, memang aku tambat kau macam syaitan kene tambat time bulan puasa.
Nak dijadikan cerita, aku buka Myspace aku yang dah berapa jutaan tahun tak jenguk. Dah berevolusi Myspace ni rupanya. Selongkar-selongkar Myspace aku, terklik kat profile member aku yang Macho Gampang ni. Sikit punya dark la profile dier, tengkorak terbang berapi. Lepas tu aku nampak satu link kat profile Mamat nie. .............blogspot.com. Bila masa pulak Mamat Macho Gampang nie ada blog? Tak pernah nampak kat page facebook. Dengan lafaz Bismillah, aku pun klik kat blog dier.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
DIARI SANG TERUNA
Diari Sang Teruna?? Ini sudah baik. Datang perasaan dendam kesumat aku tiba-tiba. Tengok gambar kat blog dier. Memang betul member aku yang Macho Gampang. Tapi gambar tu ada controversi sikit dengan Macho Gampang. Sebab, dier tengah muka comel dengan awek dier, pada aku dah jauh dari definisi macho. Aku dah gelak syaitan dah time tu, darah membuak-buak dalam badan. Hai la rezeki~
Aku tinjau-tinjau post dier. " Baby, I'm Soory ='(", " Kisah aku dan si dia terchenta", " I'm Lost Without You". Tu antara post-post stok tangkap leleh dalam blog dier. Hahaha!!!!!! MANA BRADER YANG SOUND AKU HATI PINKY NIE????? PE SUDAH JADI SAMA LU BRADER??
Sedang aku menyelongkar blog MAMAT LELEH nie ( yela, lelaki macho mana ad blog kan!), terpacul pula lagu dari "Diari Sang Teruna" nie. Ah sudah, lagu Secondhand Serenade bertajuk Fall For You bergema. Rezeki hai Rezeki!! Memang MAMAT LELEH HATI PALING PINKY CELUP JAMBU AIR CICAH SAMBAL KICAP MANIS la lu mat.
Apa macam? Cukup sifat tak title yang aku bagi kat kau ni. Hahah!! Sedap-sedap ko sound aku Hati Pinky, diam-diam, ko spray hati kau dengan bau-bauan taman bunga eh? Member nie memang betul-betul menghiburkan hati aku hari nie. Banyak benda aku boleh bahan kau bila balik Malaysia nanti. Kau tunggu.
p/s: Buat member aku yang Macho Gampang. Sebab aku masih lagi baik hati., aku tak link blog kau. Continue to express your feeling. Penting tu dude. Kalau tak nanti Jiwa Raga kau memberontak!! Kalau kau terbaca post nie kat blog aku, sila bayangkan " READ BETWEEN THE LINE"!! Hahaha!...Selamat berblog Abang MAcho!
Wednesday, August 4, 2010
Local Act 57: Hari Superhero Sedunia
Memang tak logik bila fikir balik. Mana nak cari labah-labah yang ad radioactive. Silap-silap menatang tu mampus dulu kalau jatuh dalam radioactive concoction. Buat armor suit macam Ironman? Tak bergerak orang yang pakai suit tu, berat nak mampus satu hal, nak sumbat aircond dalam suit tu satu hal, kene pulak ad ruam.Pergh!! Tengok macam mana nak keruk!! Azab kot kalau gatal kaw-kaw tak boleh nak keruk! Aku rasa takde pun sorang millionaire dalam dunia nie nak keluar malam pakai thights and spender kat luar selamatkan orang. Baik duduk diam-diam dalam penthouse, gundik kiri kanan bagi service. Bak kata Benny Bennasi, Satisfaction!!
Tapi, macam mana pulak orang macam aku, macam orang lain? Yang pernah terniat nak jadi superhero lepas di inspirasi oleh "comic superhero". Yang memang nak make the world to a better place untuk generasi akan datang. Senang je,just perlukan the spark to trigger the enthusiasm to change something. Contoh, mamat A nie membesar dalam keluarga yang porak peranda, bapak selalu pukul mak, tibai anak, satu hari, dier dapat the spark, nak ubah keadaan keluarga dier, keluarga orang lain yang ada masalah yang sama. So dia belajar tinggi-tinggi, sampai cucur atap, jadi macam Dr. Fadhilah Kamsah, kaunselor keluarga. Hanya dengan ilmu, dan sedikit keinginan nak jadi superhero, dier mampu jadi hero in reality. Walaupun tak pakai seluar dalam kat luar,takde kereta 600 kuasa kuda, still, aku yakin dia mampu selamatkan ramai orang.
Kau nak ubah bidang kesihatan supaya orang jadi lebih sihat dan kuat, jadi doctor. Kau nak basmi penjenayah yang berleluasa, jadi polis. Kau tak takut api, jadi fireman. Nama dah gempak. Ada truck berapa ratus kuasa kuda aku pun tak tau. Kau nak bela agama Islam yang semakin ditindas sekarang ni, pasang niat jadi ulama'. Janji niat ikhlas nak change for something better.
Aku nak jadi superhero yang boleh menjadikan sistem pendidikan negara lebih masuk akal. Misi pertama aku nak kawal perangai budak-budak yamg makin kurang ajar. Member aku ada tunjuk satu insiden kat Malaysia dimana student tumbuk cikgu lepas dah penat gaduh mulut. Lepas tengok video tu, sumpah aku cakap aku nak terajang budak tu. Terajang?? Sekarang kau sindir budak pun boleh jadi kes besar. Teringat time aku sekolah dulu, cikgu aku siap baling kasut, rotan kat bontot macam aku rogol orang. Sebab tau salah, tak de cakap banyak. Now, semua superpower tu dah kene tarik balik dari cikgu. Yang tinggal power nak menyampaikan ilmu je. Dah kalau kau semangat nak ajar student tapi sorang-sorang kencing berak ludah atas kepala kau, tak guna. Parents are the kriptonite for teachers. Mungkin parents zaman sekarang tak kisah anak diorang nak jahanam, janji pergi sekolah, buat-buat belajar. Bekas cikgu Fizik aku dah pesan awal-awal " Balik Malaysia cepat, see the true colour of our students, HAHAHAHA", Gelak kejam cikgu aku nie.
Bila dah lama-lama, aku dah less takut dengan masalah disiplin dikalangan students kat Malaysia. Mungkin sebab aku pun macam diorang dulu, faham sebab apa nak kene memberontak setiap masa. With that knowledge, aku hope mampu jadi seorang super cikgu satu hari nanti. Aku rasa nak kene ada lagu introduction bila aku masuk kelas, baru diorang tau sape super-hero.Hahaha..so aku pilih lagu ni
Thursday, July 22, 2010
Local Act 56: Anak Adam itu tidak sempurna.....
" Hensem tahap babi dowh si Adam tu", si B bgtau....
" Dah la kaya, pandai, anak lord, pergh", C pulak cakap..
"Jambu kot muka Adam tu, hensem nak mampus", D menyelit( D nie lelaki, so aku agak pelik)
Nie adalah some of the response yang aku dengar bila aku tanya orang pasal series Adamaya. Heboh kat facebook tu dengan status pasal Adamaya. Aku yang dah 2 tahun tak tengok TV Malaysia dah risau. Mana la tau Adamaya nie virus mcm H1N1 or selsema burung. Bila tanya orang Malaysia apa jadahnyer Adamaya tu, response semua lebih kurang macam kat atas tu. Tanya mak aku, apa yang best kat Malaysia sekarang, dan dengan bangga dier jawab, Adamaya.
Disebabkan sifat ingin tahu aku membuak-buak, aku pun tanya la Mr Google pasal Adamaya nie. Rupanyer, Adamaya ni kesinambungan daripada filem "I'm Not Single". Aku pernah layan filem tu, and to be honest, its a nice film. Lepas dapat informasi tu, aku ingat boleh la bangga skit bila orang sembang pasal Adamaya, tapi still, aku lost.
Selongkar-selongkar laptop member aku one day, jumpa series Adamaya dalam simpanan dier. Biar betul mamat nie? Layan Adamaya juga ke? Bila aku tanya, ayat cover keluar, "Cibai! Sape letak dalam laptop aku cerita nie?", aku iyekan je." Memang cibai kan sape letak cerita nie dalam laptop kau! Kau dah la macho, mana layan cerita-cerita nie", aku bagi backup sikit kat dier. Tapi, aku still sedut jugak series tu, bagi alasan baik, " Hari nie aku bosan".
Aku layan 23 episod dalam masa satu hari. Tutup lampu bilik, berselubung dalam selimut, bagi feeling sikit. Habis series tu, aku gelak sorang-sorang. Teringat balik response-response yang member-member aku bagi pasal Adam. Peluang untuk semua kaum Hawa yang nak lelaki yang dewa macam Adam adalah 0%. Takde lelaki dalam dunia nie yang handsome gile, kaya gila, baik gila and pandai gila at the same time. Kalau korang cakap pakwe/boyfriend/balak korang tergolong dalam kategori macam nie, korang nampak Malaikat depan korang, bukan orang. Sebab manusia itu tak sempurna, tak kira lelaki or perempuan. Tak salah if nak berangan dapat husband or pakwe macam Adam tu, tapi jangan la obses sangat sampai sanggup tinggal pakwe yang sedia ada, just sebab dier tak tau beza fotosintesis dengan fotografi, duit dalam wallet ada 3 ringgit je, hisap rokok sekotak sehari,keluar malam balik pukul 4 pagi. Terima apa yang ada pada pasangan anda tak kira baik buruk, tak kira yang lelaki atau perempuan.
Tapi bila fikir balik, ramai yang cair dengan Adam nie sebab Syed Hussein ( betul ke tak nama tu aku tak ambik kisah) memang dah jadi kegilaan wanita. Cuba la watak Adam tu orang lain yang bawak, let say:
a) Munir Phyneballerz
b) Nabil Rajalawak
c) Saiful Apek
d) Azlee Senario
Tengok cair ke tak dengan Adam tu.
Wednesday, July 14, 2010
Local Act 55: Les Paul Epiphone
Salam kepada semua yang datang singgah ke alam nukilan aku yang tak seberapa nie. Sejak exam aku habis iaitu sebulan lebih yang lepas, blog aku agak bersawang. Sibuk mengisi masa cuti semester dengan WORLD CUP, petik guitar, layan tetamu datang dan enjoying myself. Lagi 5 hari semester 2 second year bermula dan lagi 4 bulan lebih aku di New Zealand sebelum pulang ke tanah air for good. Damn! Sekejap la pulak rasa……
World Cup. Spain menang, memang dah aku jangka. Even in the beginning the players main macam nak tak nak je, in the end piala diorang yang julang. Tahniah buat Spain. But, the funniest about this world cup revolve around an octopus..Sotong bernama Paul nie jadi popular sebab kononnya mempunyai kuasa psikik ramal sape yang menang WC nanti. Every game German sotong lahanat nie predict German menang, except for the last game for German bila jumpa Spain. Agaknya sotong nie gatal kot, awek Spain macam Rosalinda Ayamo tu goda dier, iman tergugat, then predict Spain menang against German . Pada aku memang bullshit la. Aku tak tau apa trickery diorang guna sampai sotong nie tiba-tiba ada magic, tapi memang tak masuk akal. Probably it's just a coincidence tapi jangan terkejut if sotong nie jadi macam Maradona. Disanjung macam Messiah. Siap ada church lagi. Maybe sotong nie pun ada chance jugak kot pakai topi Pope. Jadi Pope Paul. Damn!


The next Pope??
Sementara cuti yang tinggal lagi 5 hari je lagi, adalah lebih baik untuk aku habiskan nya dengan berdamping dengan Epiphone aku. Nak main macam Carlos Santana entah bila agaknya. Tak dapat macam Carlos Santana, main macam Synester Gates pun jadilah, itu pun entah bila agaknya. Tak pun, if boleh main macam Mohamad Syafiq Mohamad (Syah) pun jadila….
Wednesday, June 9, 2010
Local Act 54: Aku rasa aku sudah tidak betul
Entri kali nie agak bangsat ….sebab kepala otak agak bercelaru...macam wayang gambar dengan cerita yang berlainan tengah ditayangkan…siapa yang nak tengok cerita yang berlainan sekaligus? Mungkin sebab rasa cuak sebab final exam dah semakin dekat? Cuak?? Hahaha…biar betul ko dude? Damn!! Maybe baru lepas layan "The Soloist", cerita orang hebat main musik tapi gila. Buat aku jadi gila juga melayan watak gila ni. Mungkin juga aku tensi sebab dah berapa blog orang aku cuba try test masuk, semua pun hanya untuk pembaca terpilih. Aku tak cukup hebat sebagai pembaca ke? Aku ambik kelas membaca dengan menulis kot untuk semester nie..kenapa pula aku tak layak nak baca blog anda yang ada password ni? Terasa juga nak tukar layout blog ni sebab rasa bagai ketinggalan zaman. Hulur-hulur buah fikiran anda semua nak letak tajuk blog ni apa. "Dari Indie Ke Hati Besi"?, Indie celah mana kalau dah tak update mengenai industri musik Indie Malaysia. Hati besi? Besi mudah berkarat. Biar lama-lama terus tiada hati lagi. "Jiwa Kosong"? Ramai yang memberi teguran, tak sesuai guna Jiwa Kosong. Dengar sini, Manusia itu sentiasa jiwanya kosong, sebab itu ada perasaan tamak, dengki, mahu dilengkapi dan melengkapi, kerana Jiwanya Kosong. Isilah dengan apa sekalipun, pasti akan terasa kosong. Selagi kita melakukan kesilapan, selagi itulah Jiwa kita akan kosong. Jangan lari dari jiwa yang kosong, tetapi terimalah ia dengan seikhlas-ikhlasnya.
Betulkan? Berbaur bangsat pula entri ini. Mungkin kapasiti penumpuan semakin rendah akibat aktiviti-aktiviti yang tidak sihat seperti membaca cerita tentang "Peranan Lord of the Ring dalam memartabatkan Kaum Maori dan New Zealand" dan " Perkomputeran dan kesannya pada kesejahteraan intelek". Membaca cerita-cerita ini mampu membunuh.
Wednesday, June 2, 2010
Local Act 53: Everything happens for a reason
Everything happens for a reason…..Every single thing happens for a reason….Every fuckin' thing happen for a fuckin' reason. Even if the reasons are still unclear, but yea…it still has it reasons…Reasons? What are reasons? Something you believe is the right thing to do? Or is it something you have to do? Even reason can cloud your judgment, affect your action, and finally, you will drown with all the reasons you hold on to. In the end, reasons are the one who kill you. Everything happens for a reason right? Just hold tight to that fuckin' reason, and pray it will save you.
Saturday, May 29, 2010
Local Act 52: Cikgu pun pening…..
One thing yang buat aku menyampah bila bukak facebook is baca status org. Maksud aku kat sini bukan menyampah content status tu, tpi more pada ejaan. Cuba korang ushar ayat nie:
" Ak x ske au org yg tpu org lain….menci gle au…dh la..ak nk kuntinew stdi au..."
Ak sebagai bakal cikgu dh mcm-mcm mix feeling ble jumpa ayat cm nie…first dh la susah aku nk paham….baca dekat 10 kali bru dpt tgkap maksud…second rasa geli geleman pun ad…sbb perkataan "au" tu…tulis betul-betul "tau" or "taw" x boleh ke? Dh macam maknyah pun ada ,even yg tulis tu pmpuan…thirdly.. ape jadahnyer "kuntinew" tu? Kuew tiau ke? If ko letak "continue" lagi sedap…even status ko cam haram jadah…
X salah nk guna short form dlm informal writing…nk guna bahasa rojak cam aku wat pun xpe…tpi at least senang org paham n x nmpak gedik dh la…kesian cikgu BM ajar perkataan "tau" tu jdi "au"..sedih dier tau ex anak murid dier jdi nyah….sumpah geli!…
Satu lgi perkataan yg aku menyampah yg byk org guna dlm facebook…GEGURL….what the hell!! Sumpah yg guna nie wat aku geli!
Wednesday, May 26, 2010
Local Act 51: This feeling will always stay
You know it ain't easy
For these thoughts here to leave me
There's no words to describe it
In French or in English
Well, diamonds they fade
And flowers they bloom
And I'm telling you
These feelings won't go away
They've been knockin' me sideways
They've been knockin' me out lately
Whenever you come around me
These feelings won't go away
They've been knockin' me sideways
I keep thinking in a moment that
Time will take them away
But these feelings won't go away
Sideways- Citizen Cope
Wednesday, April 21, 2010
Local Act 50: The greatest feeling in the world
Diam tak diam….nie post ke 50 dlm thejiwakosong.blogspot nie…x sangka plak aku leh bertahan mengekalkan blog nie sampai skarang…aku ingat masa awal-awal buat tu…boleh bertahan selama 2 bulan je….tapi kire ok la gak kan..mintak-mintak boleh bertahan lagi blog nie..ada anak nanti boleh aku wasiatkan blog nie kat dier…perh!! So dengan bangganye aku mengANUGERAHkan JUBLI PERAK untuk thejiwakosong.blogspot.com (the crowd goes wild!!!)
Apa korang nyer GREATEST feeling in the world? Mostly orang akan cakap "the greatest feeling in the world is when you fall in love"( cakap ikut bahasa masing-masing). Itu memang betul, jatuh cinta memang jadi perasaan paling best dalam hidup manusia..Tapi pada aku, ad lagi satu perasaan yang lagi great dari jatuh cinta….aku panggil perasaan nie "The Reset". Perasaan nie korang boleh rasa if korang buat assignment or apa2 keje last minit. Let say la korang ada assignment yang nak due date dier dah nak dekat…korang buat esaimen tu last minit…let say 1 hari before nak hantar…or nak lagi thrill, 12 jam before kene submit kerja or assignment korang. Dalam tempoh masa 1 hari or 12 jam tu….korang focus kaw-kaw kat assignment yang korang kene hantar…If korang kene hantar 2 assignment on the same date..itu lagi terbaik…tapi tempoh masa focus tu kene la panjangkan sikit, ikut keadaan. Dalam tempoh focus or aku labelkan as "Crunch Time", korang digalakkan jangan buat benda lain…selain focus kat assignment tu. Cari la resources, buat draft, apa-apa je la…janji korang focus. Yang mana tak pernah belek buku tu, make sure korang belek buku and baca for assignment korang. Next step if bila dah siap, korang disarankan untuk submit assignment tu tepat on due time. Let say kene anta pukul 4 ptg, hantar pukul 4. If siap awal pun hantar jugak pukul 4 petang. Lepas dah hantar tu, korang jangan buat apa-apa. Balik bilik, mandi (yela, sebab aku ckp jangan buat apa-apa time Crunch Time tadi), pastu korang baring atas katil. Belum nak suruh tido lagi, tenung kat korang nyer kipas or lampu kat ceiling. Time nie la perasaan paling best dalam dunia akan datang kat korang…korang akan terkenang time tempoh Cruch Time macam mana korang bertahan tak nak bagi ngantuk, tahan lapar tak makan, stress sebab banyak kene baca buku cari bahan, pastu dah tulis-tulis boleh plak idea tu hilang, segala tekanan yang korang alamilah semata-mata nak siapkan keje korang tu. Pastu tu korang ponder pulak, macam mana hebatnyer korang nie, mampu menyiapkan assignment dalam masa yang singkat dan mampu bertahan time Crunch time. Lepas dah piker sumer benda alah tu….korang pejam mata, let go segala tekanan, stress, segala macam masalah korang ada..and slowly….go to sleep.
Believe you me, this is the greatest feeling of all time. Memang nampak macam tak logic and risky. Tapi itu lah hidup, full of risk yang korang kene berani untuk amik untuk dapatkan the sweet victory at the end. Lepas ko bangun dari tido tu ( bergantung kepada individu, minimum 10 jam), korang akan rasa fresh,segar, ( if tak rasa segar or still mengantuk, boleh extend masa tido, tadak hal)……Korang boleh try if nak rasa apa yang aku rasa and boleh adjust ikut keadaan, yang penting korang kene cukup tekanan, stress and tensed time Cruch time. So, give a shot sape-sape yang berminat ayte..
Tuesday, March 30, 2010
Local Act 49: Lepas Geram Baik Punya
*tarik nafas panjang-panjang.........
BABI KAU, HARAM JADAH!!!!! X KENANG DIUNTUNG!!!! SIALAN!!! AKU BANYAK KEJE LAGI NAK BUAT DARI LAYAN KO TAU X!!!! MEMANG SHIT FUCKING ASSHOLE KO KAN!!! TIME-TIME NIE LA KO NAK CARI PASAL NGAN AKU KAN!!!??? YOU MESS WITH THE WRONG MAN FUCKER!!!!!! PEGI MATI LA KAU!!!! SERIUS KO MMG SIAL KAN!!!!! ANJING KURAP BABI BARU LAHIR HARAM JADAH!!!!! DAMN SHIT ASSHOLE!!!! PEGI JAHANAM SAMA LU!!!! FUCKING SHIT!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
fuh....seyes...puas hati aku...berpeluh-peluh tangan aku time lepas geram....relieve gle rasa di dada....fuh....fuh....tarik nafas...........hebus...........lain kali jari kaki, jangan nak tersadung kat kaki meja ayte...sakit tau......sekian.
Wednesday, March 24, 2010
Local Act 48: Story Mory
ehem,ehem.......
Pagi aku bangun tido, pegi class, balik class, tdo balik kul 6 pagi....happy btul saya ari nie...sekian terima kasey....
Monday, March 15, 2010
Local Act 47: I got to post something for my lab report...yehaa!!
This post is actually for my lab report. Finally, I post something academic in my blog....
Cheers =)
Monday, March 1, 2010
Local Act 46: KAU BANGSAT!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
If korang nak ushar lagu-lagu diorang nie, tekan kat sini
Wednesday, February 24, 2010
Local Act 45: Blog bersawang kembali bersih
Dh berbulan-bulan dah aku x mengupdate blog aku yg dh bersawang nie...ingat xde org nk bace....skali ad satu brader nie tanye kabar ble nk update blog (terima kasih Incik Frodo Baggins kerana concern dgn keadaan blog ak )..terharu dan pada masa yg sama tertekan gak sebab terlampau busy selama 2 bulan lebey nie....nk update pasal local act kat Malaysia pun x cukup bahan...jadi untuk post pertama 2010 nie...ak kasi share skit ar pengalaman summer kat Negara Kiwi nie....
2 bulan aku merantau mencari rezeki yg halal dengan memetik buah-buahan seperti ceri, aprikot, boisenberry dan epal. Nak dipendekkan crita, aku jadi seorang pickers yang berpindah dari satu ladang ke ladang yang lain. Lepas petik ceri, ak wat aktiviti sambilan yang berfaedah seperti memancing, menangkap belut, menyauk udang kara disamping berkaroke di tengah2 ladang lepas balik keje. Dan ap yg aku dapat sepanjang keje tu? Gaji yang cukup untuk menampung hidup time summer, tangan yang penuh dengan kesan calar-balar, luka-luki, sunburn-runburn, hitam-legam. Dalam erti kata lain, sangat berbaloi.
Lepas dh habis season petik-memetik tu....ak tour south island plak bersama geng Back Benchers Alpha dan juga spouse-spouse mereka. Aktiviti yang ditunggu2 menanti kat Queenstown iaitu bungy jump. First time nak buat fikir 50 kali....lepas dah wat rasa nak lompat lagi 50 kali...memang terbaek.
Habis tour South Island, balik Auckland nk settle rumah. Next week class dh start..kehidupan yang bosan dh nak mula balik...
So, tu la summary pendek ap yg ak wat time summer sampai blog ak dh bersawang...nak tulis detail2 pun x igt dh coz byk sgt bnde nk kne recall yg dh hampir2 lupa....cukup la for now...ad masa aku update ini blog...ngah serabot pale otak now...sayonara!!

