Pernah ada member aku 'sound' aku bila aku mula-mula set up blog kat Friendster dulu. "Orang lelaki tak macho bai kalau tulis blog, even ko tak nak luahkan perasaan dalam blog kau, from time to time, ko akan buat jugak". Yang tu kira ayat paling cantik la dier 'sound', yang selebihnya malas aku nak include, agak pedih jugak kalau diulang banyak-banyak kali. Nak tak nak terpaksa buat bodoh je. Member nie stok macho habis, kalau letak dier dengan sekumpulan singa jantan kat Afrika tu, dier lah yang paling menonjol walaupun takde rambut mengerbang macam singa. Macho gampang la senang cerita.
Selepas berakhirnya era Friendster, aku dah tak manage lagi blog aku kat situ. Entah dah jadi tukun agaknya. Bila aku berkecimpung dalam Blogger nie, member tu 'sound' aku lagi, kali nie ayat dier short and simple, tapi masih lagi pedih bila didengar " Hati Pinky". Hati Pinky?? Sumpah gampang ayat dier. Nasib baik dah kawan lama. Kalau baru kenal dah berani letak title "Hati Pinky" kat aku, memang aku tambat kau macam syaitan kene tambat time bulan puasa.
Nak dijadikan cerita, aku buka Myspace aku yang dah berapa jutaan tahun tak jenguk. Dah berevolusi Myspace ni rupanya. Selongkar-selongkar Myspace aku, terklik kat profile member aku yang Macho Gampang ni. Sikit punya dark la profile dier, tengkorak terbang berapi. Lepas tu aku nampak satu link kat profile Mamat nie. .............blogspot.com. Bila masa pulak Mamat Macho Gampang nie ada blog? Tak pernah nampak kat page facebook. Dengan lafaz Bismillah, aku pun klik kat blog dier.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
DIARI SANG TERUNA
Diari Sang Teruna?? Ini sudah baik. Datang perasaan dendam kesumat aku tiba-tiba. Tengok gambar kat blog dier. Memang betul member aku yang Macho Gampang. Tapi gambar tu ada controversi sikit dengan Macho Gampang. Sebab, dier tengah muka comel dengan awek dier, pada aku dah jauh dari definisi macho. Aku dah gelak syaitan dah time tu, darah membuak-buak dalam badan. Hai la rezeki~
Aku tinjau-tinjau post dier. " Baby, I'm Soory ='(", " Kisah aku dan si dia terchenta", " I'm Lost Without You". Tu antara post-post stok tangkap leleh dalam blog dier. Hahaha!!!!!! MANA BRADER YANG SOUND AKU HATI PINKY NIE????? PE SUDAH JADI SAMA LU BRADER??
Sedang aku menyelongkar blog MAMAT LELEH nie ( yela, lelaki macho mana ad blog kan!), terpacul pula lagu dari "Diari Sang Teruna" nie. Ah sudah, lagu Secondhand Serenade bertajuk Fall For You bergema. Rezeki hai Rezeki!! Memang MAMAT LELEH HATI PALING PINKY CELUP JAMBU AIR CICAH SAMBAL KICAP MANIS la lu mat.
Apa macam? Cukup sifat tak title yang aku bagi kat kau ni. Hahah!! Sedap-sedap ko sound aku Hati Pinky, diam-diam, ko spray hati kau dengan bau-bauan taman bunga eh? Member nie memang betul-betul menghiburkan hati aku hari nie. Banyak benda aku boleh bahan kau bila balik Malaysia nanti. Kau tunggu.
p/s: Buat member aku yang Macho Gampang. Sebab aku masih lagi baik hati., aku tak link blog kau. Continue to express your feeling. Penting tu dude. Kalau tak nanti Jiwa Raga kau memberontak!! Kalau kau terbaca post nie kat blog aku, sila bayangkan " READ BETWEEN THE LINE"!! Hahaha!...Selamat berblog Abang MAcho!
1 comment:
Cibai! Cibai! Cibai!.....Syaiton!!...
Post a Comment