Wednesday, June 15, 2011

Local Act 93: Kami nak ikan! Reformasi!

Kenaikkan harga barang-barang menyusahkan bukan sahaja manusia, tetapi juga binatang yang bergantung hidup kepada barang yang melonjak naik harganya. Antara binatang yang terpalit kesan daripada ketidak stabilan harga barang pada ketika ini adalah kucing, terutama sekali kucing aku.

Bilangan kucing di rumah aku pada ketika ini adalah 7 ekor. Makanan utama yang sihat dan organik bagi seekor kucing adalah ikan. Whiskers dan Friskies hanyalah umpama Twisties dan Super Ring bagi kucing-kucing di rumah aku. Sejak kenaikkan harga ikan dipasaran baru-baru ini, kekucing di rumah aku sudah mula resah gelisah. Mereka seakan-akan tahu bahawa hidangan mereka selepas ini yang bermenukan ikan akan mula dicatu.

Pencatuan makanan ini akan melahirkan rasa tidak puas hati kekucing tersebut dan mereka mula memberontak. Bentuk pemberontakan adalah pelbagai, daripada berak di atas kereta keluarga mahupun sofa ataupun yang paling biadap sebiadap-biadapnya di atas boxer aku, sehinggalah melakukan demonstrasi dan mogok seperti mandi longkang, kencing dalam kasut dan menjadikan sofa rumah sebagai tempat untuk bersenam.
Akibat kenaikkan harga ikan yang menjurus kepada catuan makanan mereka, menu harian mereka juga telah berubah. Jika sebelum ini hidangan tengahari dan malam kekucing aku adalah ikan rebus dan goreng, mak aku telah mengambil pendekatan drastik dalam menangani masalah ini. Satu 'pilot study' telah dijalankan dimana mereka telah diberi nasi dan telur goreng untuk makan malam. Hasil daripada kajian mendapati kekucing aku dapat menerima menu terbaru dan selera makan mereka agak meningkat apabila telur dadar dan kicap manis dicampurkan bersama nasi.

Selain daripada mak aku yang berfikiran di luar kotak, kekucing aku turut menyumbang dalam menangani masalah pencatuan ikan ini. Hampir setiap malam, mereka akan membawa pulang tikus. Berkemungkinan mereka telah jumpa alternatif bagi ikan dan mencadangkan agar mak aku menyediakan tikus rebus ataupun tikus goreng untuk hidangan mereka. Dan sudah tentu mak aku tidak setuju dengan proposal kekucing aku yang disifatkan sebagai selfish dan tidak beretika.

Kesimpulannya, krisis kenaikkan harga barang-barang mentah terutamanya ikan bukan hanya menyusahkan manusia tetapi juga kucing-kucing secara amnya. Seharusnya kenaikkan harga ikan patut dikaji dengan lebih teliti kerana melibatkan semua pihak berkaki dua mahupun empat.

Saturday, June 4, 2011

Local Act 92: Interaksi mimpi dan realiti

Aku rasa semalam aku bingung sangat. Bingung yang pada tahap kau sendiri pun tak sedar kau bingung tapi bila dah lama-lama, baru kau sedar kau bingung. Macam serba tak kena. Macam kau ada dekat dimensi lain.

Kisah bingung ni bermula bila aku bangun tidur nak pukul 12 tengahari nak pergi solat jumaat. 3 minggu cuti plus aku tidur area pukul 6 pagi. Jadi memang wajar bangun pukul 12. Bila dah bangun tu, takla nak rajin sangat bangun macam budak skema pergi bilik air mandi siap-siap. Paling tidak golek-golek atas katil 10-20 round baru bangun. Tengah sedap-sedap golek, dengar mak aku sound aku.

" Budak pempuan mana yang kau dah termimpi-mimpi? Siap panggil-panggil nama lagi..."

Muka mak aku tenang sambil tengah bermain-main dengan mesin jahit dia. Aku yang terkebil-kebil bingung cuba nak ingat balik apa yang aku mimpi teruk sangat sampai boleh keluar nama. Tak tercapai akal. Susah betul kalau bilik tidur aku juga berfungsi sebagai bilik hobi mak aku. Macam-macam rahsia boleh terbongkar kalau hari-hari jadi macam ni. Aku tanya mak aku nama siapa yang cukup bertuah keluar ketika aku tidak sedar.

"N.............."

Aku malas nak response balik, cepat-cepat aku bangun mandi dan terus ke masjid. Aku sempat doa banyak-banyak agar aku tidur dalam keadaan yang lebih tenang lepas ni dan tak sebut nama siapa-siapa lagi.

************************************************************************


Satu lagi masa bingung aku bila tengok drama dengan mak aku. Cukup bingung. Lagi kalau drama tu ada bab rogol merogol, awek pakai seksi-seksi. Mesti mak aku akan memainkan peranan sebagai ibu contoh, membayangkan pelakon-pelakon yang melakonkan adegan tersebut seperti anak-anaknya. Dan yang jadi mangsanya aku.

" Adoi, sakit mata aku tengok pempuan pakai macam tu, skirt pendek, nampak dada, lurah siap.
Suka la kau tengok benda-benda mcm tu!"

Sumpah bingung. Kalau aku rasa nak menjawab aku menjawab. Tapi hari ni aku diamkan, sebab bingung pagi tadi tak hilang lagi.