Panggilan ayahanda mengejutkan aku pada jam 3 petang semalam waktu Auckland.
" Nie adik kau nie....."
Nadanya tersekat-sekat bukan kerana coverage yang macam gampang, tetapi seperti menahan sesuatu. Degupan jantungku memuncak tiba-tiba pada 8 skala richter.
" Emmm...nie bonda kau nak cakap dulu....."
Peluh jantan aku mula menitis. Bukan kerana demam sudah surut tapi sejuk yang datang menerpa secara tiba-tiba.
" Bonda baru balik hospital nie....adik kau....."
Bonda terdiam sejenak......
" Kenapa bonda pergi hospital? Apa dah jadi dengan adik?
Begitu lama bonda menyusun ayat untuk melontarkan kebenaran.
"Adik kau baru lepas sunat nie..hehehe...Dia nak cakap dengan kau"
p/s: tiba-tiba aku rasa tak nak balik Malaysia 4 December nie..Nak mintak tangguh sampai adik lelaki aku yang last mencecah umur 18 tahun.
No comments:
Post a Comment