Saturday, August 28, 2010

Local Act 59: BFF

Buzz!!

"Cibai!! Wa nak tanya sikit kat lu nie"

Dah kenapa mamat sorang nie? Dengan tak bagi salam, dapat pulak aku cibai sebiji. Celaka sungguh! Hilang dah ‘feel’ aku nak petik gitar main lagu sebarang dua.

"Lelaki ada BFF ke?"

Lah, dah kenapa kau nie tanya soalan macam nie pukul 4 pagi time aku tengah mood baik nak rileks petik gitar? Sebab kau dah bunuh “feel” aku, nak tak nak terpaksa aku jawab soalan pelik kau.

Lelaki ada ke BFF? Tak tau la aku kalau lelaki lain ada guna istilah tu, tapi pada aku tak la. Sebab aku label kan semua kawan-kawan aku sebagai kawan atau member. Walau rapat macam mana pun, aku label sebagai kawan je. Tak pernah pulak aku cakap,

“Nie BFF aku, Eminem, Eminem, nie BFF aku, Brad Pitt”

Kalau perempuan tu selalu la guna istilah BFF ni. Aku pun pelik dengan level of friendship di kalangan perempuan ni. Ada hierarchy tersendiri. Lebih kurang macam nie la:


(BFF)

(KAWAN RAPAT)

(KAWAN)

(KENALAN)


Newsfeed Facebook aku selalu jugak penuh dengan gadis-gadis yang nak tunjuk BFF diorang. Ayat yang biasa aku nampak macam ni:

“Jenab, Temah, Peah, Kamisah, U Guys are my BFF. Luv U XoXo”

Lepas tu bila aku buat-buat menyibuk tanya “Maimon Mutalib bukan BFF korang ke?”, jawapan nie yang akan terpacul,

“Owh, dier kawan je, tak berapa nak rapat sangat”

Yang nie berdasarkan apa yang aku nampak dalam Facebook aku la. Tak tau la kalau fenomena ini berlaku pada seluruh kaum wanita yang normal. Mungkin juga gadis-gadis yang aku nampak itu tidak normal.


Jadi pada aku, pelik jugak kalau lelaki pun ada guna istilah BFF tu. Tak kisah la kalau kawan korang tu rapat tahap macam kembar siam pun, lebih manis kalau di gelarkan "member" atau "kawan" je. Agak geli geleman juga kalau lelaki dengan lelaki menggunakan istilah BFF.

Lelaki dengan perempuan ada tak istilah BFF?

Malas nak kupas, takde mood. Sambung petik gitar.


p/s: Brader nie tanya sebab dier telah dilabel sebagai BFF oleh kawan serumah dier. Peringatan untuk brader nie, "Nak tidur baca ayat Kursi 100 kali dan kunci pintu bilik". Ingat sebelum "kena"

Wednesday, August 25, 2010

Local Act 58: Siapa Lagi PINKY sekarang?

Pernah ada member aku 'sound' aku bila aku mula-mula set up blog kat Friendster dulu. "Orang lelaki tak macho bai kalau tulis blog, even ko tak nak luahkan perasaan dalam blog kau, from time to time, ko akan buat jugak". Yang tu kira ayat paling cantik la dier 'sound', yang selebihnya malas aku nak include, agak pedih jugak kalau diulang banyak-banyak kali. Nak tak nak terpaksa buat bodoh je. Member nie stok macho habis, kalau letak dier dengan sekumpulan singa jantan kat Afrika tu, dier lah yang paling menonjol walaupun takde rambut mengerbang macam singa. Macho gampang la senang cerita.

Selepas berakhirnya era Friendster, aku dah tak manage lagi blog aku kat situ. Entah dah jadi tukun agaknya. Bila aku berkecimpung dalam Blogger nie, member tu 'sound' aku lagi, kali nie ayat dier short and simple, tapi masih lagi pedih bila didengar " Hati Pinky". Hati Pinky?? Sumpah gampang ayat dier. Nasib baik dah kawan lama. Kalau baru kenal dah berani letak title "Hati Pinky" kat aku, memang aku tambat kau macam syaitan kene tambat time bulan puasa.

Nak dijadikan cerita, aku buka Myspace aku yang dah berapa jutaan tahun tak jenguk. Dah berevolusi Myspace ni rupanya. Selongkar-selongkar Myspace aku, terklik kat profile member aku yang Macho Gampang ni. Sikit punya dark la profile dier, tengkorak terbang berapi. Lepas tu aku nampak satu link kat profile Mamat nie. .............blogspot.com. Bila masa pulak Mamat Macho Gampang nie ada blog? Tak pernah nampak kat page facebook. Dengan lafaz Bismillah, aku pun klik kat blog dier.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


DIARI SANG TERUNA

Diari Sang Teruna?? Ini sudah baik. Datang perasaan dendam kesumat aku tiba-tiba. Tengok gambar kat blog dier. Memang betul member aku yang Macho Gampang. Tapi gambar tu ada controversi sikit dengan Macho Gampang. Sebab, dier tengah muka comel dengan awek dier, pada aku dah jauh dari definisi macho. Aku dah gelak syaitan dah time tu, darah membuak-buak dalam badan. Hai la rezeki~

Aku tinjau-tinjau post dier. " Baby, I'm Soory ='(", " Kisah aku dan si dia terchenta", " I'm Lost Without You". Tu antara post-post stok tangkap leleh dalam blog dier. Hahaha!!!!!! MANA BRADER YANG SOUND AKU HATI PINKY NIE????? PE SUDAH JADI SAMA LU BRADER??
Sedang aku menyelongkar blog MAMAT LELEH nie ( yela, lelaki macho mana ad blog kan!), terpacul pula lagu dari "Diari Sang Teruna" nie. Ah sudah, lagu Secondhand Serenade bertajuk Fall For You bergema. Rezeki hai Rezeki!! Memang MAMAT LELEH HATI PALING PINKY CELUP JAMBU AIR CICAH SAMBAL KICAP MANIS la lu mat.

Apa macam? Cukup sifat tak title yang aku bagi kat kau ni. Hahah!! Sedap-sedap ko sound aku Hati Pinky, diam-diam, ko spray hati kau dengan bau-bauan taman bunga eh? Member nie memang betul-betul menghiburkan hati aku hari nie. Banyak benda aku boleh bahan kau bila balik Malaysia nanti. Kau tunggu.

p/s: Buat member aku yang Macho Gampang. Sebab aku masih lagi baik hati., aku tak link blog kau. Continue to express your feeling. Penting tu dude. Kalau tak nanti Jiwa Raga kau memberontak!! Kalau kau terbaca post nie kat blog aku, sila bayangkan " READ BETWEEN THE LINE"!! Hahaha!...Selamat berblog Abang MAcho!

Wednesday, August 4, 2010

Local Act 57: Hari Superhero Sedunia

Baru berapa hari yang lepas aku layan Kick Ass,movie about superhero yang lain dari yang lain. Aku tau movie nie dah berkurun lama ada kat dunia nie, tapi sebab aku busy giler babi, ye!! Giler babi!!, aritu baru sempat tengok. Sebab tengok movie tu, selama sejam aku berangan jadi superhero. Hahaha, memang agak geek bunyi dier, tapi kalau korang layan Spiderman, suka tengok Superman, jantung dup-dap bila nampak Ironman yang sangat hebat, tipu la kalau korang pun takde keinginan nak jadi superhero dalam hidup korang. HipokritikalbullshiT!!



Memang tak logik bila fikir balik. Mana nak cari labah-labah yang ad radioactive. Silap-silap menatang tu mampus dulu kalau jatuh dalam radioactive concoction. Buat armor suit macam Ironman? Tak bergerak orang yang pakai suit tu, berat nak mampus satu hal, nak sumbat aircond dalam suit tu satu hal, kene pulak ad ruam.Pergh!! Tengok macam mana nak keruk!! Azab kot kalau gatal kaw-kaw tak boleh nak keruk! Aku rasa takde pun sorang millionaire dalam dunia nie nak keluar malam pakai thights and spender kat luar selamatkan orang. Baik duduk diam-diam dalam penthouse, gundik kiri kanan bagi service. Bak kata Benny Bennasi, Satisfaction!!




Tapi, macam mana pulak orang macam aku, macam orang lain? Yang pernah terniat nak jadi superhero lepas di inspirasi oleh "comic superhero". Yang memang nak make the world to a better place untuk generasi akan datang. Senang je,just perlukan the spark to trigger the enthusiasm to change something. Contoh, mamat A nie membesar dalam keluarga yang porak peranda, bapak selalu pukul mak, tibai anak, satu hari, dier dapat the spark, nak ubah keadaan keluarga dier, keluarga orang lain yang ada masalah yang sama. So dia belajar tinggi-tinggi, sampai cucur atap, jadi macam Dr. Fadhilah Kamsah, kaunselor keluarga. Hanya dengan ilmu, dan sedikit keinginan nak jadi superhero, dier mampu jadi hero in reality. Walaupun tak pakai seluar dalam kat luar,takde kereta 600 kuasa kuda, still, aku yakin dia mampu selamatkan ramai orang.




Kau nak ubah bidang kesihatan supaya orang jadi lebih sihat dan kuat, jadi doctor. Kau nak basmi penjenayah yang berleluasa, jadi polis. Kau tak takut api, jadi fireman. Nama dah gempak. Ada truck berapa ratus kuasa kuda aku pun tak tau. Kau nak bela agama Islam yang semakin ditindas sekarang ni, pasang niat jadi ulama'. Janji niat ikhlas nak change for something better.




Aku nak jadi superhero yang boleh menjadikan sistem pendidikan negara lebih masuk akal. Misi pertama aku nak kawal perangai budak-budak yamg makin kurang ajar. Member aku ada tunjuk satu insiden kat Malaysia dimana student tumbuk cikgu lepas dah penat gaduh mulut. Lepas tengok video tu, sumpah aku cakap aku nak terajang budak tu. Terajang?? Sekarang kau sindir budak pun boleh jadi kes besar. Teringat time aku sekolah dulu, cikgu aku siap baling kasut, rotan kat bontot macam aku rogol orang. Sebab tau salah, tak de cakap banyak. Now, semua superpower tu dah kene tarik balik dari cikgu. Yang tinggal power nak menyampaikan ilmu je. Dah kalau kau semangat nak ajar student tapi sorang-sorang kencing berak ludah atas kepala kau, tak guna. Parents are the kriptonite for teachers. Mungkin parents zaman sekarang tak kisah anak diorang nak jahanam, janji pergi sekolah, buat-buat belajar. Bekas cikgu Fizik aku dah pesan awal-awal " Balik Malaysia cepat, see the true colour of our students, HAHAHAHA", Gelak kejam cikgu aku nie.





Bila dah lama-lama, aku dah less takut dengan masalah disiplin dikalangan students kat Malaysia. Mungkin sebab aku pun macam diorang dulu, faham sebab apa nak kene memberontak setiap masa. With that knowledge, aku hope mampu jadi seorang super cikgu satu hari nanti. Aku rasa nak kene ada lagu introduction bila aku masuk kelas, baru diorang tau sape super-hero.Hahaha..so aku pilih lagu ni