Sudah hampir 10 hari aku berada di Malaysia. Malas nak mengayat panjang-panjang sebab connection macam haram, aku update pendek-pendek kehidupan aku sepanjang 10 hari pertama sampai.
1. Bukan nak jadi gedik or show-off yang aku baru balik dari negara 4 musim, tapi aku lupa panas Malaysia macam mana. Keluar dari kapal terbang peluh jantan aku mula menitik satu persatu. Cukup sejam dari pintu kapal terbang sampai ke tempat dimana sanak saudara menunggu, aku, bak kata tukang masak, half-cooked.
2. Bila dah sampai di tempat sanak saudara menunggu, mak aku berlari anak untuk memelukku. Macam biasa, mak-mak akan mengalirkan air mata tatkala melihat anak yang 2 tahun tidak membesar di depan matanya. Aku tak kisah dengan air mata ibu menitis di bajuku. Akan tetapi, pabila ibu mula mengusap-usap rambut panjangku yang ikal mayong, aku tahu rambutku dalam bahaya. Disebalik tangisan seorang ibu, aku tahu dia sudah ada idea yang cukup licik untuk mencantas rambutku menjadi pendek.
3. Cakap la aku tak sedar diri atau menunjuk, haram aku tak kisah, tapi aku masih lagi tak boleh buang berkomunikasi dalam bahasa Inggeris ketika berjual beli. Terkebil-kebil seorang makcik tua di sebuah kedai di Kg Melayu Majidee apabila aku " Can I have a pack of battery please?" Serius aku cakap, ini adalah spontan. Bukan aku nak tunjuk tayang aku produk oversea. Tak bangga pun.
4. Aku jadi bodoh bila memandu. Kereta atas jalan macam tak puas hati dengan cara pemanduan aku yang berhemah. Seorang mat rempit menunjukkan isyarat jari tengah pada aku tanpa sebab. Baru nak balas balik, beliau terlanggar motor dihadapan. Melalui cermin pandang sisi, pergaduhan mula berlaku di antara mereka. Aku tersengih.
5. Macam-macam nick name aku dapat sejak balik Malaysia. Semua sebab rambut yang panjang ni. Setakat Predator, Bob Marley, Ramli Sarip, Mat Rockers itu semua tak da hal. Tapi bila sorang budak kecik ni cakap kat akak dia yang agak cun, "Kak, rambut abang tu macam rambut Hantu Kak Limah balik rumah", aku yang ketika itu sedang mengisi minyak kereta mahu saja nak mandikan budak kecik itu dengan petrol dan bakar. Akak dia yang cun aku culik buat bini.
6. Agak terkejut bila mak aku cakap aku adalah abang long untuk 11 orang adik beradik baru. Baru 2 tahun aku tak balik rumah, dah 11 org anak angkat mak aku amik. 11. Tapi bila sampai rumah, segalanya terjawab. Bukan 11 orang, 11 ekor kucing. Masing-masing ada kisah cerekarama tersendiri. Pening kepala bila jadi abang long untuk 3 orang adik manusia dan 11 ekor adik-adik kucing.
p/s: Tolong bagi semangat kat aku agar aku mampu bertahan dengan rambut 'Hantu Kak Limah balik rumah' nie sehingga 1 Januari 2011.
5 comments:
peh! tengah fikir nak tgk hantu kak limah ke atau kau.
tgk hantu kak limah je la..stakat ni..dia la hantu yg buat aku meremang...ko tgk aku sure ko gelak punya....
amirul !!! welcome back !!!
meremang jugak tgk te making awie tgur dia suruh tgk akademi fantasia tu.
nantilah aku plan. dgr cerita duit masuk 22hb ni.
@yatre: thanks...aritue aku turun kota time wedding kakak aceng...x sempat nk jumpa....next time la...
@para: lepas nie harap2 uncle seekers masukkan hantu kak limah dalam database hantu dier...hahahha
Post a Comment