Monday, October 18, 2010

Local Act 69: Emansipasikan dirimu

Malam tadi aku mengharung sejuk musim bunga di Auckland untuk mencari makan malam buat diri yang lapar dan juga teman-teman serumah yang tumbang menyembah bantal akibat hentaman 'assignment' Language Teaching. Menu untuk makan malam hari ini adalah 'fried chicken' bersama 'chips'@ kentang goreng. Mungkin ia tidak sesedap KFC di Malaysia, tapi apa hak aku untuk memilih dikala diri ini tidak menjamah KFC selama 2 tahun?

Setelah meminta 4 dinner set untuk aku dan askar-askar Language Teaching yang mati syahid di medan perang, aku tunggu di luar kedai. Bertemankan irama reggea dan ska, dan juga ratusan umat manusia di Queenstreet pada malam yang sejuk, aku mengemansipasi kan diri.

Duduk seorang lelaki Kiwi tiba-tiba di sebelah aku. Lagaknya seperti 'businessman' dengan full suit dan 'briefcase'. Aku melihat nya dan menganggukan kepala tanda duduklah kau di situ. Tidak aku kisah sedikit pun.

"How's going?" tanya businessman itu dengan nada 'friendly'.
"I'm good" jawab aku lemah untuk memberi 'hint' bahawa aku tidak minat untuk berinteraksi pada waktu itu.

" Did you know that New Zealander is full of crazy people?"

Tak cukup ke dengan mendiamkan diri selepas teguran pertama kau merupakan hint untuk kita tidak perlu berinteraksi ?

"Nope, I didn't know that", balas aku pendek. Harapan aku dengan balasan aku yang ringkas itu, kau faham isi hati aku.

"I gotta go know, I got a meeting in 10 minutes", balas businessman Kiwi tersebut. Aku menjelingkan mata ke arah jam di tangan. 9.30 malam. Mungkin meeting informal.

Tatkala lelaki tersebut bangun dan beredar, terpandang aku sesuatu. Aku tersenyum sinis lagi.
Poor guy. Terlalu sibuk bergelumang dalam kerja sehingga tidak mengendahkan ada lubang besar di bahagian punggung seluar kau sehingga menampakan alur punggung yang tidak ditutupi seluar dalam. Dan aku tersenyum lagi dengan 'chuckles' yang perlahan apabila kau mengutip sisa-sisa rokok di atas jalan yang tidak habis untuk kau habiskan.

Hopefully everything goes well with you mate. Don't care what others look at you. You just be yourself in your own world. Because, that is the only place you can emancipate yourself from the cruelty of the world.


p/s: On the way nak balik, baru aku perasan kad bank aku tertinggal kat kedai makan. Terpaksa membazir 3 minit dalam sejuk. Tuhan itu Maha Adil.

No comments: