Thursday, October 27, 2011

Local Act 103: Puisi untuk Si Pemungkir janji

Hari tu cakap lain,
hari nie jadi lain,

Dulu cakap macam semua sempurna,
Tapi sekarang semua jadi celaka,

Mulut manis bak gula-gula bila memujuk-mendayu dulu,
Bila realiti datang menerpa mulut terkatup tak bersuara,

Janji dulu mampu beri bahagia,
Tengok sekarang apa jadinya!

Dah pasang Beyond, piring sudah besar,
lu kata hujan ribut pun apedehal,
boleh layan Cartoon Network takde hal.
Sekarang hujan macam nak tak nak je,
Skrin sudah hitam, siaran tak dapat, sebab hujan lebat.

ASTRO memang BANGSAT!

Sunday, October 9, 2011

Local Act 102: The exorcism of Ameerul Fadzli.

Kepala gua sudah agak berat. 2 jam dah gua mengadap 'reflective task' yang harus di hantar Isnin. Tapi sebab gua rasa gua kene rasuk, gua jadi semangat nak siapkan pagi nie. 1500-2000, apedehal. Sebab dah tepu sangat gua decide nak take 15 minute rest. Gua capai Nokia 5800 dan belek-belek. Entah kenapa gua jakun sangat dengan Nokia 5800 gua pagi nie. Lepas tu gua bukak mesej dan masuk bahagian folder. Kat sini selalu gua simpan mesej-mesej merdeka, raya puasa, raya haji, merdeka, new year dan mana-mana mesej yang gua rasa kiut. Boleh tahan banyak mesej yang gua simpan, ada dalam 50 lebih. Gua baca mesej-mesej tersebut satu persatu untuk menghabiskan 15 minit masa rehat gua. Tiba ke mesej yang ke 43, gua terpinga kejap.




" i love the way u look at me, i love how i know u'll always be there when i need u 2 be, i love how complete i feel when i'm with u, i love the way u make laugh, i love the way u treat me, i love everything about u~. i love u syg.. ;-)"




Gua tengok bahagia sender hanyalah sekadar nombor yang gua dah buang jauh-jauh dari kotak minda gua. Cepat-cepat gua cari function delete. Gua tutup mesej, letak itu Nokia 5800 bawah bantal. Gua ingat 'Reflective task' tu gua patut sambung esok je. 1500-2000 je kan. Apedehal. Otak gua yang tepu bercampur syahdu nie patut diberi perhatian. Gua nak tidolah!



kalau gua masuk mesti gua johan punya. Takdehal lah!



p/s: Fuccckkkk! Macam mana boleh tak perasan mesej tu berkubur dalam Nokia 5800 gua?? Damn!!

Saturday, October 8, 2011

Local Act 101: Sedih sangat sampai tak mampu nak menangis!

Nak dijadikan cerita, ada 3 orang sahabat. Ali, Abu dan Mat. Diorang nie satu kolej dekat Johor. Diorang bertiga nie boleh dikatakan kawan baik. Ada masalah je diorang akan duduk sekali sambil layan kopi panas dengan rokok. Lepas tu bermulalah sesi hati ke hati diorang. Memang 3 stooges la diorang nie.

Diorang nie jugak ada minat yang sama iaitu layan gig. Diorang memang minat local act kat Malaysia nie. Sebut je siapa artis indie kat Malaysia nie,semua diorang dah kenal. Yang setakat baru buat dua tiga kali act pun diorang dah kenal. Memang peminat setia nak mampus la senang cerita.

Dipendekkan cerita, diorang dah rancang nak pergi ROCK THE WORLD punya konsert dekat Kuala Lumpur. Memandangkan ROCK THE WORLD nie setahun sekali, 3 sahabat nie dah prepare awal-awal. Segala assignment-assignment dah disiapkan awal. Siap hantar seminggu awal lagi. Ali pulak memainkan peranan mencari tempat tinggal semasa di Kuala Lumpur. Sebab diorang dah kumpul duit dari awal tahun lagi, so diorang decide nak stay kat hotel bertaraf 5 bintang. Diorang ambik penthouse kat Hotel Concorde area tengah Bandar K.L. Tingkat 75 siap. Duit banyak, jadi apedehal penthouse kan? ROCK THE WORLD setahun sekali. Stay pun 2 hari satu malam je.

Dipendekkan cerita lagi, hari yang ditunggu pun tiba. Hari Sabtu masa tu. Tiga orang sahabat nie pun bertolak dari Johor ke K.L untuk ROCK THE WORLD. Pukul 8 pagi dah bertolak. Bajet sampai K.L dalam pukul 12 macam tu. Bawak Kancil je pun, so rilek-rilek je la kan. Lagi pun duit dah habis banyak kat penthouse jadi kena la jimat-cermat sikit. Dalam kereta semua excited nak mati. Ali sibuk hafal lagu-lagu band yang akan perform malam tu. Abu sibuk update FB bagitau semua orang dia nak pegi ROCK THE WORLD. Mat pulak sudah tentu tengah sibuk concentrate memandu.

Sampai je K.L, diorang terus check-in kat Hotel Concorde. Dia punya penthouse, perggghhh! Mantap kot. View satu K.L boleh nampak. Lepas diorang rest dalam penthouse, tepat pukul 4 petang diorang terus bergerak ke Stadium Bukit Jalil dengan Kancil. Memang happening habis la ROCK THE WORLD tahun tu. 3 stooges tu melompat-lompat, jerit-jerit, nyanyi-nyanyi,terkinja-kinja seperti tiada hari esok. Lebih kurang jam 12 tengah malam, konsert sudah mula slow down dan orang ramai mula bersurai. Termasuklah 3 orang sahabat tadi.

Nak lagi pendek cerita, pukul 1 pagi baru diorang sampai hotel. Selepas Kancil di letakkan di tempat parking bawah tanah, mereka bergerak ke lif. Tapi malang sekali buat mereka, lif hotel tersebut rosak pulak pagi tu. Dengan penat ROCK THE WORLD tak habis lagi, diorang decide nak naik guna tangga sampai tingkat 75. Si Abu nie pulak tiba-tiba dapat idea macam mana nak bagi tak bosan ketika naik tangga sampai penthouse diorang.

“ Nak bagi tak bosan time kita panjat tangga nie, gua akan buat lawak sampai tingkat 25, lepas tu Ali sambung nyanyi sampai tingkat 50, pastu Mat, lu bagi cerita sedih sampai tingkat 75” kata si Abu. Ali dan Mat mengangguk lemah tanda setuju dan juga kerana penat.

Jadi, si Abu pun mula buat lawak. Dari lawak Maharaja Lawak, sampai la ke lawak Sin Chan, dia cuba menghiburkan Ali dan Mat sampai tingkat 25. Selepas tingkat 25, giliran Ali tiba. Ali menyanyi lagu-lagu dari konsert ROCK THE WORLD dengan penuh semangat. Sampai tingkat 40, Ali nyanyi pulak lagu sekolah, lagu negeri Johor dan lagu Negaraku. Sampai je tingkat 50, Mat take over the show. Mat ambik feel dulu, buat muka sedih. Kemudian dia mula cerita pasal kisah dia dengan bekas awek dia masa kat kolej. Sampai tingkat 60, Mat dah berjurai-jurai air mata sebab kisah dia sedih sangat. Tapi Ali dengan Abu tak sedih langsung.

“ Gila tak sedih cerita kau. Cuba bagi yang kaw-kaw sedih”, kata Si Ali.

Mat pun mengesat air mata cinta yang tak kesampaian. Dia mengambil nafas panjang.

Gua cerita ni kalau boleh lu orang jangan nangis tau. Kalau boleh tahan. Nie memang paling sedih”, ujar Mat.

Ali dan Abu mengangguk setuju. Mat memulakan cerita,








“Sebenarnye,……………gua tertinggal kunci penthouse dalam kereta”, Mat bersuara perlahan.


Sekian.

Wednesday, October 5, 2011

Local Act 100: The Hundred and counting.

Sempena menyambut post ke 100 blog gua nie, gua nak bawak kau orang singgah kotak pemikiran nombor 2 gua.


Untuk kotak pemikiran nombor 2 ni, gua belum tentukan hala tuju dan perancangan jangka masa panjang. Apa-apa pun, gua akan cuba mengekspresi dan mengintepretasi dunia ini mengikut kaca mata gua melalui dua-dua kotak pemikiran gua ni.

Sebelum terlambat, gua nak ucap,

"Happy 100th post Birtday"