Showing posts with label Movie Maniac. Show all posts
Showing posts with label Movie Maniac. Show all posts

Sunday, May 31, 2009

Local Act 24 : Malaikat dan Syaitan

Malaikat dan Syaitan....itulah yg aku tonton pada malam Sabtu lepas di Wayang Bandar Langit...dan to be honest..this movie rock!!! Tidak dapat dinafikan karya Dan Brown yg diadaptasikan dri novelnyer memberi impak maksima seperti DaVinci Code sehingga aku terpaku layu di kerusiku memikirkan scene yg sterusnya...Selama 2 jam aku meletakkan diriku menjadi Profesor Langdon, cuba mencari rahsia disebalik gerakan Illuminati yg dikatakan telah berkubur beribu tahun sebelum ini...namun dimata Langdon, simbol-simbol yg disembunyikan oleh Gallileo mengatakan gerakan ini cuba untuk menguasai dunia semula....Apakah kaitan Gallileo dgn gerakan ini?
Adakah beliau seperti Leonardo DaVinci yg mempunyai rahsia disebalik topeng artist yg masyur dgn Monalisa? Adakah Gallileo dan Da vinci saudara kembar?...hahahaha..nak tau g ushar k...
Rating Movie nie : 12/10 (aku bg extra dua sbb mmg best to the bones!!)

Sunday, November 30, 2008

Local Act 13: Antoo Fighter: Satu lagi filem sampah tempatan?



















Malam jumaat yang lalu, aku telah merantau ke satu tempat, tempat yang dianggap mistik pada insan-insan di zaman pra-sejarah. I'm on a quest. Satu quest mencari kebenaran..Tiada yang benar selain yang benar-benar belaka..Aku mencari kebenaran..Adakah.......orang cakap filem Antoo Fighters ni satu lagi filem yang dicop sampah? So, dalam erti kata lainnya, aku pg tgk Antoo Fighters la kat Midvalley.

Trailer untuk cerita nie aku perasan dh dua bulan lepas time aku tgk satu movie ni kat wayang..At first, aku ingat its another Hollywood movie, but ble aku perasan Awie, Radhi OAG, and KLCC dilanda bOla api yang bapak besar, ternyatalah ini filem buatan MAlaysia..Lantasan itu, banyak juga angin-angin malam yang membawa perkabaran bahawa ini satu lagi filem sampah MAlaysia yang tidak akan membawa pulangan,,dengan line-up yang terdiri daripada pelakon-pelakon baru, dan juga yang lama menguatkan lagi justifikasi angin-angin malam nie..Ada juga perkabaran angin-angin siang..mengatakan filem ini mampu mengatasi filem Cicakman dari segi CGI nya..Trailer yang dipersembahkan juga menguatkan lagi kata-kata angin siang ini.Setelah merasa semua angin yang datang kepada aku, aku pun menanti dgn sabar dan tawakal untuk filem ini,yang akhirnya keluar pada 27/11/2008. Betul hebatkah filem ini seperti yang di war-warkan, detik hatiku ketika melangkah masuk ke dalam cinema mencari seat aku...


Kekuatan penceritaan Antoofighter lebih pada lawak-lawak slapstik spt filem Hotshots,KungFu Hustle,ScaryMovie dan sebagainya. Cara persembahan dalam filem ini adalah amat bersahaja, dimana setiap krew diberi kebebasan bekarya asal bertepatan untuk shots tertentu.Inspirasi gabungan citer citer omputih dan pengaruhnya spt Power Rangers, Mortal Kombat,Ghostbuster (spt yang ramai jangka) dan sedikit lawak lawak dari majalah Ujang (yang zaman dulu dulu punya). PAra pelakon juga tak kira hebatnya, lakonan gila-gila Radhi OAG yang bersahaja menghidupkan cerita ini..walaupun ini filem pertamanya..dengan moto famous Radhi iaitu "SLUMBER", Radhi menunjukkan watak yang jarang aku pernah lihat dalam filem-filem tempatan. Lakonan Awie lebih kurang macam dalam Zombie Kampung Pisang kecuali dia lebih selesa melakonkan lawak slapstik.

Mesej yang cuba disampaikan dalam Antoo Fighters nie cukup tersirat. Bertunjangkan masalah yang dihadapi dunia pada zaman ini yang dikatakan "Dunia Akhir Zaman", kejahatan berleluasa dimana yang lemah ditindas. Antoo Fighters telah merungkai satu isu yang aku berjaya tafsirkan iaitu kekejaman Israel.Dengan menggunakan metafora yang cukup sesuai, isu ini berjaya disampaikan dalam bentuk garapan seni.

Dari segi CGInya pula, aku mampu tersenyum bangga dan sungguh excited tatkala melihat special efek movie ini walaupun ada cacat celanya di sana dan sini. Even tidak sehebat Transformers atau Ironman..aku masih boleh senyum lagi.

AKu agak berpuas hati dengan filem ini,dan ia bukan filem sampah seperti kata angin malam.. Aku bagi 7/10 untuk Antoo Fighters:Amukan Drakulat

p/s: sape2 yang belum ushar Antoo Fighters,better pergi..berbaloi korang nyer RM10.Njoy!!