Semalam New Zealand pelajar-pelajar Malaysia yang melanjutkan pelajaran di bahagian Canterbury di South Island dikejutkan oleh gempa bumi berskala 7.4 ritcher pada jam 4.30 pagi. Gegaran tersebut amatlah dasyat sekali dan anggaran kerosakan harta benda masih belum dapat dikenal pasti. Namun begitu, tiada kemalangan jiwa yang melibatkan pelajar-pelajar Malaysia berlaku. Menurut sumber yang boleh dipercayai, segelintir pelajar-pelajar Malaysia di kawasan Canterbury menjadi trauma akibat gempa bumi tersebut. Juga daripada sumber yang boleh dipercayai, gempa bumi ini berkemungkinan akan berlarutan dalam masa yang terdekat. Sama-samalah kita doakan agar pelajar-pelajar Malaysia di sana selamat kehendaknya.
Untuk berita penuh, sila tekan tetikus anda di sini.....
No comments:
Post a Comment