2 minggu aku terseksa dengan bebanan ASSessment, ASSignment dan juga ASSey...membuatkan aku hampir-hampir gila...Ya....hampir!! Tapi lepas tido hampir satu hari...i've found my sanity today...huhu..now just harus prepare final ASSem yang akan berlangsung pada 28hb October dan juga 9 Nov...Tidak lupa juga ASSpresentation pada Selasa ini...Deng!!....
Pernah dengar Project E.A.R?? Err..nie bukan project mengorek telinga secara berjemaah di peringkat global...E.A.R disini bererti East Asian Revolution..membariskan artist-artist hip-hop dari Indonesia, Filipina, Singapura, Thailand dan tidak lupa Malaysia.Kolaberasi artist-artist ini bertujuan untuk menggabungkan muzik-muzik dari negara-negara Asia Tenggara yang berbeza rentak dan budaya dan cuba diolah menjadi satu suara Asia Tenggara. First debut mereka, South East A dibintangi Joe Flizzow dan Moots Pop Shuvit(Malaysia), Ahli Fiqir(Singapura), Saint Loco(Indonesia), Slapshock(Filipina), tidak lupa Silksound dan Thaitanium( Thailand).Memang smart habis!
Bercakap tentang PopShuvit juga, official video Oh Sizuka sudah dilancarkan secara online. At first aku tengok video ini seakan-akan video Vanilla Sky..sila google jika tak tau menatang apa Vanilla Sky tu...apa-apa pun...memang smart dari Pop Shuvit..
Saturday, October 24, 2009
Thursday, October 1, 2009
Local Act 39: Saya baik hati dengan golongan buskers
Aku sangat suka "buskers". Mereka adalah penyeri di jalan-jalan di dunia mereka sendiri tatkala orang lain sibuk lalu-lalang. Kalau di Malaysia, Pasar Seni jadi tempat orang ber"busking"...di Auckland, Queenstreet menjadi pilihan hati. Percaya atau tidak..aku menghabiskan $2 memberi tip kepada pemuzik-pemuzik jalanan hari ini..Sehingga aku terlupa bahawa $2 itu untuk tambang bas balik..tetapi tidak mengapalah..jalan kaki pun boleh..janji dengar lagu jalanan walaupun IPod tersumbat di telinga..Aku beri $1 kepada seorang kanak-kanak ini yang memainkan lagu Gunslinger from A7X...sungguh berbakat dia dengan gitar elektrik bersama amplifiernya. Oh ya!!..Aku juga telah tersepak seekor anjing kecil yang bodoh ketika meronda-ronda di Queenstreet tadi. Ingin ditekankan disini, perkataan TER~~ itu ya..yang membawa maksud tidak sengaja..Jadi, isi yang aku cuba sampaikan disini, para buskers yang membuat perjalanan aku penuh dengan melodi, terima kasih.
Seperti yang kita sedia maklum juga, bekas vokalis Meet Uncle Hussien telah menubuhkan kugiran barunye, Azlan & the Typewriter. Lagu mereka Kelibat Si Penyair sungguh hebat dengan kemantapan vokal Lan yang seperti pontianak itu. Walaupun pontianak, Lan tetap Lan..Jadi, sama-samalah kita menikmati Kelibat Si Penyair oleh Azlan and the Typewriter.
p/s: entri kali ini agak formal dan skema penggunaan bahasanya kerana terlalu banyak membaca kamus bahasa melayu online~~
Seperti yang kita sedia maklum juga, bekas vokalis Meet Uncle Hussien telah menubuhkan kugiran barunye, Azlan & the Typewriter. Lagu mereka Kelibat Si Penyair sungguh hebat dengan kemantapan vokal Lan yang seperti pontianak itu. Walaupun pontianak, Lan tetap Lan..Jadi, sama-samalah kita menikmati Kelibat Si Penyair oleh Azlan and the Typewriter.
p/s: entri kali ini agak formal dan skema penggunaan bahasanya kerana terlalu banyak membaca kamus bahasa melayu online~~
Subscribe to:
Posts (Atom)