Entri kali nie agak bangsat ….sebab kepala otak agak bercelaru...macam wayang gambar dengan cerita yang berlainan tengah ditayangkan…siapa yang nak tengok cerita yang berlainan sekaligus? Mungkin sebab rasa cuak sebab final exam dah semakin dekat? Cuak?? Hahaha…biar betul ko dude? Damn!! Maybe baru lepas layan "The Soloist", cerita orang hebat main musik tapi gila. Buat aku jadi gila juga melayan watak gila ni. Mungkin juga aku tensi sebab dah berapa blog orang aku cuba try test masuk, semua pun hanya untuk pembaca terpilih. Aku tak cukup hebat sebagai pembaca ke? Aku ambik kelas membaca dengan menulis kot untuk semester nie..kenapa pula aku tak layak nak baca blog anda yang ada password ni? Terasa juga nak tukar layout blog ni sebab rasa bagai ketinggalan zaman. Hulur-hulur buah fikiran anda semua nak letak tajuk blog ni apa. "Dari Indie Ke Hati Besi"?, Indie celah mana kalau dah tak update mengenai industri musik Indie Malaysia. Hati besi? Besi mudah berkarat. Biar lama-lama terus tiada hati lagi. "Jiwa Kosong"? Ramai yang memberi teguran, tak sesuai guna Jiwa Kosong. Dengar sini, Manusia itu sentiasa jiwanya kosong, sebab itu ada perasaan tamak, dengki, mahu dilengkapi dan melengkapi, kerana Jiwanya Kosong. Isilah dengan apa sekalipun, pasti akan terasa kosong. Selagi kita melakukan kesilapan, selagi itulah Jiwa kita akan kosong. Jangan lari dari jiwa yang kosong, tetapi terimalah ia dengan seikhlas-ikhlasnya.
Betulkan? Berbaur bangsat pula entri ini. Mungkin kapasiti penumpuan semakin rendah akibat aktiviti-aktiviti yang tidak sihat seperti membaca cerita tentang "Peranan Lord of the Ring dalam memartabatkan Kaum Maori dan New Zealand" dan " Perkomputeran dan kesannya pada kesejahteraan intelek". Membaca cerita-cerita ini mampu membunuh.
No comments:
Post a Comment