Sunday, November 30, 2008

Local Act 13: Antoo Fighter: Satu lagi filem sampah tempatan?



















Malam jumaat yang lalu, aku telah merantau ke satu tempat, tempat yang dianggap mistik pada insan-insan di zaman pra-sejarah. I'm on a quest. Satu quest mencari kebenaran..Tiada yang benar selain yang benar-benar belaka..Aku mencari kebenaran..Adakah.......orang cakap filem Antoo Fighters ni satu lagi filem yang dicop sampah? So, dalam erti kata lainnya, aku pg tgk Antoo Fighters la kat Midvalley.

Trailer untuk cerita nie aku perasan dh dua bulan lepas time aku tgk satu movie ni kat wayang..At first, aku ingat its another Hollywood movie, but ble aku perasan Awie, Radhi OAG, and KLCC dilanda bOla api yang bapak besar, ternyatalah ini filem buatan MAlaysia..Lantasan itu, banyak juga angin-angin malam yang membawa perkabaran bahawa ini satu lagi filem sampah MAlaysia yang tidak akan membawa pulangan,,dengan line-up yang terdiri daripada pelakon-pelakon baru, dan juga yang lama menguatkan lagi justifikasi angin-angin malam nie..Ada juga perkabaran angin-angin siang..mengatakan filem ini mampu mengatasi filem Cicakman dari segi CGI nya..Trailer yang dipersembahkan juga menguatkan lagi kata-kata angin siang ini.Setelah merasa semua angin yang datang kepada aku, aku pun menanti dgn sabar dan tawakal untuk filem ini,yang akhirnya keluar pada 27/11/2008. Betul hebatkah filem ini seperti yang di war-warkan, detik hatiku ketika melangkah masuk ke dalam cinema mencari seat aku...


Kekuatan penceritaan Antoofighter lebih pada lawak-lawak slapstik spt filem Hotshots,KungFu Hustle,ScaryMovie dan sebagainya. Cara persembahan dalam filem ini adalah amat bersahaja, dimana setiap krew diberi kebebasan bekarya asal bertepatan untuk shots tertentu.Inspirasi gabungan citer citer omputih dan pengaruhnya spt Power Rangers, Mortal Kombat,Ghostbuster (spt yang ramai jangka) dan sedikit lawak lawak dari majalah Ujang (yang zaman dulu dulu punya). PAra pelakon juga tak kira hebatnya, lakonan gila-gila Radhi OAG yang bersahaja menghidupkan cerita ini..walaupun ini filem pertamanya..dengan moto famous Radhi iaitu "SLUMBER", Radhi menunjukkan watak yang jarang aku pernah lihat dalam filem-filem tempatan. Lakonan Awie lebih kurang macam dalam Zombie Kampung Pisang kecuali dia lebih selesa melakonkan lawak slapstik.

Mesej yang cuba disampaikan dalam Antoo Fighters nie cukup tersirat. Bertunjangkan masalah yang dihadapi dunia pada zaman ini yang dikatakan "Dunia Akhir Zaman", kejahatan berleluasa dimana yang lemah ditindas. Antoo Fighters telah merungkai satu isu yang aku berjaya tafsirkan iaitu kekejaman Israel.Dengan menggunakan metafora yang cukup sesuai, isu ini berjaya disampaikan dalam bentuk garapan seni.

Dari segi CGInya pula, aku mampu tersenyum bangga dan sungguh excited tatkala melihat special efek movie ini walaupun ada cacat celanya di sana dan sini. Even tidak sehebat Transformers atau Ironman..aku masih boleh senyum lagi.

AKu agak berpuas hati dengan filem ini,dan ia bukan filem sampah seperti kata angin malam.. Aku bagi 7/10 untuk Antoo Fighters:Amukan Drakulat

p/s: sape2 yang belum ushar Antoo Fighters,better pergi..berbaloi korang nyer RM10.Njoy!!

Friday, November 28, 2008

Local Act 12: Rock The World is Back


Yeah..Rock theWorld dah kembali dengan musim yang ke 8..Aku sertakan detail untuk event tu kat bawah nie...

When: 12pm, 20 December '08
Where: The Secret Garden, Stadium Merdeka, Kuala Lumpur
Tickets: RM25 (available at the venue and all Rock Corner, Music Valley, Tower Records and Extreme Outlets)

Lineup (Updated):
Estranged
One Buck Short
The Times
Pure Vibrations
Bunkface
Republic Of Brickfields
Butterfingers
Koffin Kanser
Zip Zieller
The Otherside Orchestra
Laila's Lounge
Revenge
They Will Kill Us All
Komplot
OAG


So, ramai-ramai turun 20hb nnt...SUPPORT OUR LOCAL MUSIC SCENE!!!

Sunday, November 23, 2008

Local Act 11: Petang di Central Market

Petang tadi aku melepakkan diri aku kat Central Market (CM) setelah penat meronda2 around that area akibat penyakit ' boredom menigtis' atau lebih tepat lg peyakit 'bosan' setelah terlalu lama mengurungkan diri aku kat bilik...time tu jam menunjukkan 6.30 petang..so ak pun duduk la kat jalan sebelah bangunan CM tu( dekat ngan McD)...
Tengah2 syok aku melepak sambil membaca magazine di tangan aku dan melihat2 gelagat orang yang lalu lalang depan aku, datang la dua org brader nie duduk sebelah aku..

At first aku wat dunno je..but then ble diorang start sembang-sembang, aku tertarik ngan topic perbualan diorang yang berkisarkan " Indie" kat Malaysia nie..so, tanpa segan silu, aku pun memasangkan telinga mencuri dengar diorang nyer discussion, aku pay attention betul2 nie, x mcm dalam kelas LnL or ELTM..wahahaa..Brader yang sorang nie pakai baju clothing line yang aku kenal sangat2 iaitu "Abstrak Jingga", member dier lak pakai baju yang aku x igt mane yer clothing line, tp tulis " I Love K.L"..jadi sama-samalah kita dengar perbualan mereka yang berjaya aku ingt point2 penting.....

Brader AbsrakJingga (AJ) : Weih,ko ad dengar tak lagu ***** from band ****?

Brader I Love K.L :Band mane tu?Indon ke ap?

AJ: Indon apenyer..ko ckp ko budak indie.. xkan la band tu pun x kenal..ad main kat MCPA hall
aritue..

I Love K.L : Mane la aku kenal, band baru nak up kot, aku x brape nak layan sgt la band yang
bru nak up nie..

AJ: Ceh! Cakap je budak indie, tapi band2 yang baru nak up pun x nak support, indie poser la
ko nie!!

I Love K.L: Pehal lak aku indie poser!! Xpuas hati ap?

AKU: ( Alamak mamat nie, emo la plak...ko budak indie ke emo nie?)

AJ: Rilek ah, jangan nak melenting, aku tanya je...

I Love K.L: Bukan aku x layan band-band yang bru up nie,just kadang2 lagu diorang ntah apa2,
suara macam katak pu ad hati nak men kat gig...sebab tue ramai yang cakap musik
indie nie 'merapu'...diorang ingat diorang dh pandai buat lagu, senang2 je nak
mengaku band indie...x dapat la beb. Band yang betul2 indie pada aku is band
macam The Times, Butterfingers, Bittersweet..band2 yang dh selalu perform kat
gig..tu bru indie...

Aku: ( Macam tu pulak mamat nie)

AJ: So, band-band yang bru nak up nie blum indie lagi la? Ad ko ckp macam tu..patut diorang
la yang kne byk bg exposure time gig..bru orang leh kenal...nie tak..bagi lineup yang dh biasa
perform..musik Indie is about freedom beb..ko nak sampaikan ap mesej ko, ap ko rasa,
sumer ikut ske ko la...and xde orang yang bleh halang ko..

I Love Indie: tu mmg betul, tapi kalau dh suara X sedap...lirik terabur xde kaitan..pe benda alah
pastu mengaku dh banyak tempat perform...then ble tanya orang kenal tak band
nie..orang x kenal pun...coz x layan...

Oleh kerana aku terlampau khusyuk mendengar perbualan diorang seperti mendengar lecture, brader AJ nie perasan,so dier sound ak...

AJ: Ko ap usha2(pandang)?..xpuas hati ke?

Dengan memandang muka aku dgn facial yang kerek skali mcm nak bantai aku..aku pun mem'blahkan diri aku..sempat gak aku pandang brader tue ngan muka x puas hati before member dier menunjukkan isyarat jari yang agak feymes dikalangan rakyat Malaysia..

Apa yang dibincangkan diorang tadi tue memang menarik..dan aku rasa mcm nak join sekaki je..
(nsib bek x join..kalau dh tau dua2 kerek habis)...dan apa yang diorang cakap tu ad betul nye..aku nie bukan budak indie..just aku layan musik2 genre ini...gig pun dah lama xpergi..if fulltime indie tu aku rasa 24/7 kot pegi...tapi band-band indie now tumbuh macam cendawan pas hujan...banyak gila...sampai aku tak terlayan...masing-masing nak buktikan diorang boleh berdiri dgn karya diorang tnpa bantuan any record label yang faymes...tp pada aku..selagi namanye orang..sentiasa x puas hati ap yg diorang ad..mesti nak demand lagi sampai kadang2 lupa diri,,lupa ap yang dijuangkan..bukan dalam konteks indie je...tapi apa2 pun..


One lesson yang aku belajar dri pengalaman ari nie..bukan pasal indie or betapa x baiknyer aku mencuri dgr perbualan orang...tapi...jangan bagi obvious sgt if nak dengar orang bersembang..jangan bagi kantoi.hahaha..

Saturday, November 22, 2008

Local Act 10 : " What Would You Do If Your Girlfriend is About To Die?"

Jam dah pukul 6.15 pagi..tapi mata aku still terbukak, macam burung hantu pun ada..dan aku still stuck kat IPBA coz some 'unfinished bussiness'. Budak-budak rumah aku ramai dah balik, enjoying themselves for the holidays, tinggal a few people yang akan balik dalam masa 48 jam dari sekarang.
Let them be,..

Sedang-sedang aku surf internet tadi mencari port lagu untuk di download dan membaca blog2 manusia, secara tak sengaja aku telah ternampak satu soalan yang menarik jiwa kalbu aku,
" What Would You Do If Your Girlfriend is About To Die?"

Soalan yang aku rasa tak ramai orang tanya, sbb usually orang akan tanya " Awek ok?", " Awek Sihat?", " Cam Mane Awek Ko?" dan sewaktu dengannya la..so mesti ramai yang akan terkedu if ad orang tanya soalan di atas, akan fikir pe nak jawab..Bila situasi ini betul-betul terjadi, mesti ramai yang mintak kat Tuhan, jangan la ambik nyawa org yg betul2 kita sayang, kita still perlukan dier untuk temankan kita, betulkan diri yg x tak betul lg, or sebab kita nak sehidup semati dgnnya, but, ajal maut sumer kat tgn Tuhan, Tuhan lagi sayang org yang kita syg sgt2 tue, so we just have to accept the fact yg org yang kita syg akan tinggalkan kita buat selamanya..

Dan pastu kita akan rasa menyesal atas apa yang terjadi, sumtimes kita salahkan org lain atau diri sendiri coz orang yang kita sayang dah tak de..And selalunya gak, perkataan 'if' atau 'kalau' tu selalu kuar...."kalau la aku ad kat situ time tu...", "If aku temankan dier...", or " Kalau la aku cakap kat dier dri dulu lg.."...Tak guna nk if or kalau if that person dh xde..bukannya orang tue boleh hidup balik if cakap mcm tue..Nak nangis air mata darah sekali pun x guna dh...Apa yang kita boleh buat as our part is let go, doakan dier ditempatkan dengan org yg beriman, selamat sejahtera kehendaknya...

Kat sini aku nak selitkan satu lagu yang related ngan soalan di atas, just awek mamat nie dalam koma je..blum nak mati lgi..but we never noe kan...so njoy the lirik...


Gadisku Dalam Koma by The Times..

gadisku dalam koma,
seriuskah keadaannya,
gadisku dalam koma,
seriuskah situasinya,

dengarlah lagu ini bila sedar,
betapa pilu, tangisku,
ku berikrar takkan ingkar,
moga kau sembuh segera,

* Chorus

maafkanlah, diri ini jika pernah,
salah dan silap dengan mu,
ku berdoa ke atasnya,
moga kau pulih segera.





Thursday, November 13, 2008

Local Act 9: Ada Apa dengan Mei

Hahah..aku rembat menatang alah nie kat blog org len( dier pun sauk kat org len gak).Menerangkan serba sedikit tentang insan-insan yang lahir pada bulan Mei seperti aku nie..Karektor manusia-manusia Mei nie adalah kajian Dr Fadhilah Kamsah dimana personaliti manusia ada kaitan dengan bulan ia dilahirkan..tapi x semestinyer sumer betul..so..jom tgk betul tak aku nie lahir bulan mei..




Keras hati & degil.(betul sangat nie..tgk blog dh tau)
Kuat semangat & bermotivasi tinggi.(hahaha,,betul nie)
Pemikiran yang tajam.( pergh, x nak kalah siot)
Mudah marah apabila tidak dikawal.( erm..try ar wat aku piss off)
Pandai menarik hati & perhatian orang lain.( yg nie fail kot)
Perasaan yang amat mendalam.( tatau)
Cantik dari segi mental & fizikal.( oh..yg nie pun fail gak)
Tidak perlu dimotivasikan.( kadang2 tue kne gak)
Tetap pendirian, tetapi mudah dipengaruhi oleh orang lain.( only a certain thing)
Mudah dipujuk.( reti lak aku nak merajuk in da first place)
Bersikap sistematik (otak kiri).( certain bnda je kot)
Suka berangan.( ble aku bleh bawak BMW?)
Kuat daya firasat memahami apa yang terlintas di hati orang lain tanpa diberitahu.( Instinct aku sgt kuat la )
Bahagian telinga & leher mudah diserang penyakit.( Telinga sakit coz dgr bnda2 nonsense, leher coz tdo x betul)
Daya khayalan yang tinggi. Permikiran yang tajam.( aku x amik dadah beb,so khayalan biase)
Pandai berdebat.( bnda yg aku tau je ar)
Fizikal yang baik.( hahahaha, aku bangga dgn tinggi aku je)
Kelemahan sistem pernafasan.( ok je bai..)
Suka sastera, seni & muzik serta melancong. Tidak berapa suka duduk di rumah.
( yup, suka all dat..tnya mak aku brape jam ak kat umah)
Tidak boleh duduk diam. Tidak punya ramai anak.( reti aku duduk setempat je kan)
Rajin dan bersemangat tinggi. Agak boros.(huhu..mmg rajin...sgt rajin sgt)

Local Act 8 : The Past that Haunt You,


Someone once said, " Put the past behind your back,if you want to see the future", but sometimes,the past may haunt you till today..and sometimes you will never see the future..

Yup, memang betul..kadang2 perkara yg penah jadi kat kita dulu akan dtg balik menghantui kita..mungkin benda tue xde penyelesaian, atau ada penyelesaian tapi kita pilih nak lari..mengharapkan ia pergi mcm angin yg berlalu..tak kan dtg balik..atau ada penyelesaian, tapi sebab kita tak nak org lain tau, kita pilih jalan yg menyusahkan diri kita sendiri,jalan yang kita rasa kita boleh tanggung sendiri all he consequences..tapi sebab ap?Hebat sangat kita sampai sanggup tanggung burden tu sorang2? Macho habis la?
Hahaha..maybe ad yg ckp mcm tu..tapi pada aku, setiap perbuatan yang kita buat ad sebabnyer..mungkin kita rasa masalah kita tu hanya kita je yang boleh settlekan, or ada sumthing yang kita buat, tak nk org len tau sebab boleh menjatuhkan maruah kita or family..

Sumer org yang ada 'dark past' nie tak nak ia berulang lagi. Tapi, if it happen again, kuat ke kita nak hadapinyer sorang2? Bleh ke nak jadi hebat macam dulu? Or jadi superhero nak tanggung beban tu sendiri. Superhero also need helps. Nak atau x nak..kte perlukan someone untuk share burden tu. Biar tinggi mana pun ego tu, we need sumeone, not just anyone, tp sorang je, yang sanggup share burden tu dengan kita..and aku tau bukan sumer org sanggup buat mcm tue..sbb setiap org ad msalah sendiri yg nk kne settlekan tiap-tiap hari, lg nak tolong settlekan masalah org len..but, once kita dh jumpa sumone yg sanggup share burden kita and make it mcm masalah dier..kita x kan rasa alone lagi.
Dan if that sumone dtg dlm hidup kita..appriciate dier sepenuh hati kita.


Wednesday, November 5, 2008

Local Act 7: Music Tell My Story

Oii.oii.. kali nie ak nak share ngan korang bout why is music important to me. Seperti tajuk di atas..memang betul music menceritakan tentang diri aku..apa yang aku alami..sebab ap aku ckp camtue...not everything kte bleh share ngan others..ada certain things yg kte kne keep it to ourself..mybe our dark past life, or penyakit yg ad pd tahap critical or ap2 je yg org len x perlu tau..
So, if korang nk kenal aku senang je..ikut pepatah orang Eskimo nie " Listen to what I listen, and you will know my story".

Pd aku, through music..kte bleh luahkan ap2 feeling kte..sad, happy, confused, rasa sakit perut, nk muntah, sakit kne pukul, fail exam, blurr..all of dis bleh kte channel melalui music..Pemuzik2 pun wat lagu based on experienced diorang or org len..then they share it wif the public..so that they can share dier feelings through music..aku nie if ad chance nak gak blaja wat music..tp tu la...nk blaja men gitar..mak suruh basuh pinggan..nak blaja men dram..ayah mintak g kedai..blaja men piano...x muat nk masuk dlm bilik ak..blaja tulis lirik? takut jdi esaimen lak nnt..
Tp xpe la..bcoz nowadays ad bnyak genre music..n those artist dh spend time creating their tunes..so.ak enjoy lagu diorang untuk dilaraskan ngan kisah hidup aku...

Jdi if sape2 yg pernah view page ak kat friendster(www.friendster.com/thejiwakosong)..mybe korang akn tau kisah hidup ak through the selection of music yg ak letak kat situ..2 la cara yg paling berkesan pd aku...

Neway..aku dh hbis final exam..n now sedang prepare visa+ mdical checkup untuk ak menerbangkan diri aku ke New Zealand next year..So Local Act pas nie akn berubah ke International Act..huuuuuuuuhhhuuu..Hopefully will get there~

Tuesday, October 28, 2008

Local Act 6 :Lengkap Semula

Lama gak ak x post blog nie..agak busy dgn preparation ngan exam...n byk recent things yang happened kat ak these past few weeks yg wat ak down sangat...last friday..ak kehilangan childhood fren ak..sedih sgt coz dier yg slalu dgr probs aku...but now..i guess everything is on my own now..semoga roh dier ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman...

Lengkap Semula....merupakan tajuk lagu from Butterfingers dlm album terbarunye 'Kembali"...knape ak pilih lagu nie as tajuk post aku.. Sebab ak tertanya-tanya bila hidup ak akan lengkap kembali..pernah ad org tanya kat ak.." Kenapa ak still rasa sumthing missing..even if ak ad ramai kawan keliling ak,"... and pada ak..kita just need someone..not just anyone...but someone...yang boleh kita share our life with..be part of it and cherish it...and that someone is the person yg kte akan appriciate ap2 yg dier buat kat kita..even the smallest thing..someone yg kita boleh truly honest with and percaya kita sepenuh hati..Bila kita dh jumpa someone tu..we tend to put our heart and soul..be more serious...becoz kte ikhlas want to be with that someone...Orang selalu cakap..ble kita gelak dgn kawan2 kita...makan sama2..kita dh cukup happy...tp pd ak..kita still rasa kosong inside....and pada ak jugak..dat someone can never be replaced....

Ak nak quote satu phrase from member ak..

"If someone comes into your life and becomes a part of you but for some reasons she couldn’t stay, don’t cry too much. just be glad that
your paths crossed and somehow she made you happy even for a while"

Kat sini ak sertakan jugak lirik lgu Lengkap Semula from Butterfingers untuk santapan rohani korang,,


Butterfingers - Lengkap Semula

akan kubina sebuah jambatan emas
demi menghubungkan aku dgnnya
akan kureka mesin merentas masa
supaya dapat bersamanya setiap masa dan ketika

akan kurakamkan semua saat indah
bersamanya kedalam pita video
akan ku lakarkan sebuah lukisan
utk menggambarkan keagungan

(cho)
diri ini lengkap kembali
bila bersama dgnnya
dgnnya rasa cukup selesa
tak mungkin ada selainnya..

akan kuciptakan sebuah kapal angkasa
utk kupergi kesana bersama selamanya
akan kubina istana semegah taj mahal
sebagai tanda kasih sygku yg kekal abadi...

(cho)


Tuesday, September 23, 2008

Local Act 5: Mama Mu Benci Aku T_T




Kali nie aku nak introduce kat korang sumer to satu lagi band Indie yang baru nak naik..Skudap-Skudip (yeah,,,tu dia!!!) Nak cerita in details pasal Skudap-Skudip nie tunggu Local Act yang akan datang( nak kene buat research dulu.. =P). So, for now...just enjoy this piece from Skudap-Skudip entitled " Mama mu benci Aku"( tak tau la mak sapo)..Jadi, secara amnya, lagu nie mengenai pasangan yang sedang berchenta, tapi di halang oleh mak, ibu, mama, ummi, mummy (pe lg?)..Jadi issue yang timbul kat sini adalah apabila mama ini tidak suka anaknya berpacaran dengan lelaki yang masyarakat pandang senget..mungkin kerana si mama ini tidak pasti anaknya akan bahagia dengan pasangannya based on the characteristic..maybe si mama ini takut hidup anak nya tidak terjaga, terurus, but hey, people can change to better person for the person they love rite ? So you don't these people given a second chance..But, then again,,nie just apa yang aku rasa..so, pada insan-insan kat luar sana tak puas hati dengan cara aku berhujah...sila hantar comment anda kay...aku open to any ketidakpuashatian atau luahan hati korang..tak de hal...Kat bawah nie aku sertakan SKAli lirik lagu nie.. ENJOY~~




Mama Mu Benci Aku

tak ku sangka..
tak ku duga...
begini akhirnya cerita kita..
hancur musnah..segala-galanya..
bila impian ku..tak terlaksana...

jalan yg kita jalani,
jalan yg kita harungi,
akhirnya berhenti sampai disini..
walau pahit,walau perit,
terpaksa ku tempuhi,
kerna diriku tak mampu bertahan lagi...

telah puasku mencuba,
dan telah ku berusaha,
namun jawapan tetap sama..
aku bingung,jadi bengong,tak dapat ku bendung..
jujur aku tak mau selindung,
masih hati mama mu....

c/o
mama mu benci aku tak restu,
bila aku dan kamu..
mama mu benci aku biar tak restu
biarlah aku yg berlalu...
(2x)


aku sedari..aku mengerti..
siapalah diriku ini..
ku bukan lawyer,ku bukan doktor,
menjual suara hanya dgn bernyanyi...

mama mu benci aku tak restu,
bila aku dan kamu..
mama mu benci aku tak restu
biarlar aku yg berlalu...
(2x)
mama mu benci aku...uuuu....
mama muuu.....ku sayang anak muu.........

lirik=adri iskandar
muzik=skudapskudip

Friday, September 19, 2008

Local Act 4 : Alahai Nasib Indie...


~POP SHUVIT~



Salam, kali nie aku nak share sikit about music Indie kat Malaysia. Bulan 6 lepas aku dapat e-mail dari cousin aku. Dier blajar kat Indonesia ( Ma'had Az- Zaitun...sori Iskh if silap eja). So dalam email dier tu, dier sembang pasal music Indie kat Indonesia and compare it to our local act. Kat bawah nie aku sertakan skali e-mail yg aku dapat:

" To Ameer,

Assalamualaikum wbt….

Apa kabar my bro skrg…moga dpt rezeki yg banyak dan berjaya selalu dlm hidup
We both love music. Without music, I feel like im a canvas without colors. Music makes our worlds more colorful and music brighten up our lives. And today I want to discuss about music.

Jujur, menurut is, is malu dengan muzik Malaysia. Actually they cannot came up with something new, interesting, not boring, global dll, dan hanya segelintir band-band Malaysia yang menurut is LAYAK membawa nama Malaysia dalam arena muzik international. Sorry lah kalau ameer tersinggung bout this, tp menurut pendapat is… ‘this is reality.’

Kita boleh tengok, berduyun-duyun band Indonesia datang menyerang Negara kita, tapi dimanakah band-band kita? Diorang diam aje ke? Xde terpikir nak balas serangan band-band Indonesia? Takkanlah nak target market kat Malaysia jer…camtu bila la nak maju Malaysian music ni…dan menurut pendapat is, kualiti muzik Indonesia is way high up from Malaysian music. Sorry tp ini hanyalah sebuah pendapat. Is dah hidup kt sana selama 4 tahun dan telah dengar macam2 band kt sana. And it’s easy to make a comparison between these two music industries.

Sebenarnya, banyak lagi ‘hidden bands’ Indonesia yang belum menunjukkan taring diorang kat Malaysia. Macam Superman Is Dead, The SIGIT, Kapten, Kotak dll…diorang ni jauh berbeza dari kebanyakan band2 indonesia yang datang macam ungu, samsons, peterpan dll. Mereka memainkan muzik yang lebih underground. Lebih keras, dan tidak mendayu-dayu.

Lihatlah band-band kita. Tidak banyak band Malaysia yang menurut is layak untuk maju ke Indonesia, apatah lagi international. Sampai-sampai di majalah Rolling Stones versi Indonesia, gitaris band indie Indonesia “Efek Rumah Kaca” menyatakan bahawa ‘kita mentertawakan band malaysia’ yang bermaksud band-band Indonesia banyak mengganggap band Malaysia ni hampeh jer.

So, apa yang patut kita buat? Think and act. Lakukan perubahan. Selamatkan industri muzik kita. Is salute kat band “Pop Shuvit, OAG, Butterfingers, The Pilgrims” sebab their music sounds ‘international’... Walaupun banyak orang Malaysia hina orang Indonesia, tp Is malah BANGGA belajar di Indonesia, kerana orang Indonesia KREATIF…hehehe…long live Indonesian music

Nak tahu stesen radio yg paling Is benci? XFRESH FM. Stesen radio paling hipokrit & sombong. Is masih ingat tagline dia…

-“Di XFRESH ada ke lagu-lagu camni?”

-(lagu SAMSONS dimainkan)

-“Atau ini?”

-(lagu BEAUTIFUL GIRLS dimainkan (tak tau lgu siapa)

“Sori beb, XFRESH tak main la lagu2 camtu! XFRESH main lagu MALAYSIA macam ni…”

-(lagu Malaysia yg busuk gila dimain kan…(alaa…lagu yang nyanyi dia “lalalala…lalalala…hari-hari kerja…” busuk gila lagu dia, dan dia nak compare lagu tu dgn kedua lagu dari indonesia dan barat td????bwt sakit telinga je,nyanyi mcm naktaknak jer)

Bukannya Is nak jatuhkan muzik Malaysia, tp anggaplah kritikan ni sebagai sebuah penggerak untuk kita sama-sama memperbaiki wajah muzik Malaysia. Mungkin ameer boleh sebarkan file ni kat kawan2 ameer, dan kalau diorang berpikiran dewasa, insyaAllah mereka juga akan membantu muzik Malaysia menjadi lebih baik lagi.

Ingat, Is buat statement macam ni sebab is PEDULI dengan nasib muzik Malaysia. Kita sama2 sebagai pencita muzik boleh mengubah semua ini. Ajaklah member2 untuk berbuat sesuatu-demi muzik kita. Malaysian Music…peace…

Dan apa tujuan is bagi CD ni? Dalam CD ni terisi 66 lagu Indonesia pilihan Is. Band2 yang kt dalam CD ni kebanyakan BELUM PERNAH SAMPAI DI MALAYSIA (sori la, xde ungu, samsons, kerispatih yg jiwang2 tu…). Is yakin, kalau band2 ni (yg belum sampai di Malaysia) turun Malaysia, XFRESH pasti gulung tikar.(hahahaha)…dari lagu2 ni, cuba cari kekuatan mereka…muzik mereka SANGAT BERBEZA dengan muzik kita. Lebih padat. Lebih jelas. Lebih bermaksud. Dengarkan muzik mereka ni dengan teliti, satu demi satu….Dan bandingkan dengan muzik kita.

SAVE OUR MUSIC INDUSTRY!!!

Damai tanpa sebarang maksud anarki,

Tengku Iskhandar Dzulkarnain@Expressionist

Expressionist89@yahoo.com "


So, berdasarkan ap yg cousin aku 2 sembang dalam e-mail dier...bru ak sedar yang band2 Indie Inonesia nie pun bleh tahan gak...ak dh dgr semua lagu dalam CD yang cousin aku bg...and sapa-sapa nak dgr yang stay dekat2 ngan aku...aku bleh bg dgr..

To tell the truth, apa yg cousin ak ckp is true…mcm nie la nasib indie music,kat mane2 pun…either kat Malaysia or Indonesia…this type of genre dipandang sebelah mata..kdg2 tak pandang pun sbb idea yg diorang bawak to the society is crap…biase la tu…society tak matang..diorang mane nk artist2 tepi jalan nie…diorang demand artis from reality t.v mcm Akedemi Fantasia yg entah ap2…Malaysian Idol yg penuh dgn crap..n other reality t.v yg bersepah2…I believe kat Indonesia pun byk gak program2 mcm nie kan?

To me, genre indie nie just about idea yg diorang nak sampaikan…sbb tu ad yang anggap music diorang crap..x sedap la…the lyrics is full of bullshit or what ever…tp aku bleh trima dis type of genre…and kat Malaysia pun indie music dh ad platform diorang… kat stesen radio mcm Hot f.m Hitz.fm n Fly f.m doirang ad section khas for indie music nie….skarang nie dh mcm trend org dgr band Hujan, Butterfingers, Popshuvit, Meet Uncle Hussien…n mcm2 lg…so indie music in Malaysia dah ade fan diorang sendiri. Byk gak gig-gig yang aku pernah pergi, mengexposekan aku dgn ramai lg band-band indie mcm Skudap-Skudip, Zip Zieller, Grey Sky Morning, Awan band( band abg Afiq =P) and many more..( thanks to Naim and Afiq gak coz ajak ak)...

I think sebab ap indie music kat Indonesia x dpt tembus Malaysia is because diorang tak diekspose langsung..tgk la beb…yang dapat tembus mcm band Samson, Radja, then artist yang solo.(Ad satu lagu, "Mahluk Tuhan Paling Seksi",..huuu, tak bleh masuk langsung ngan aku)...sama la cam kat Malaysia. Band yang dapat lepas international just brape ketul je,,,n one of them is my all time favourite, POP SHUVIT..so, untuk byk lg band-band mcm nie tembus international, kne la byk wat expose kat diorang...bru band- band indie tak kira kat mana pun bleh naik...

So, to my cousin Iskh, if u read this...sama-samalah kita sebarkan genre music nie. Aku nak tengok lagi 5 tahun, genre music nie ad peminat kat Malaysia...Chow!!





Local Act 3: Enjoy the Local Music

Since i'm supporting our Indie act here in Malaysia, you all will be entertain by some of the great Indie artists, hope you all enjoy what i enjoyed in this kind of music genre.

Local Act 2: Bintang Hatiku

=BINTANG HATIKU=

Aku selalu menyanyi,
lagu yang kau ciptakan,
kau nyanyikan,
dan Aku selalu ikuti,
semua cerita tentang mu,
hari-harimu

Kau jadi inspirasiku,
semangat hidup.
dikala Aku sedih,dikala Aku senang,
saat Aku sendiri dan kesepian,
Kau bintang,
di hatiku.

apa pun yang Kau lakukan,
baik dan buruk,bagiku,
tetap indah,
tiada satu pun alasan,
untuk melupakan mu,
meninggalkan mu.

Aku selalu berdiri mendukung mu,
Dikala Kau terbang, dikala Kau jatuh,
sampai mati ku tetap setia,
Aku selalu berdiri di belakangmu,
dikala Kau dipuja, dikala Kau dihina,
sampai mati ku tetap membela…
Kau tetap bintang ku..
Kau bintang yang satu…
Di hati ku….

29-07-08 3.34am

Local Act 1 : Ghost to U

+A Ghost to U+

I’m standing infront of U,
But U can’t see me,
As I’m a ghost to U,
A ghost, always and will be.
That is what i do .

I always look after U,even you didn’t notice me,
Holding U warm hand, without U realised ,
Watching U from every corner,so you will be safe and sound.
Because i’m a ghost to U,
That is what i do.

If someday, U feel Ur being watched,
U feel the warmth love and care surround U,
An ambience of protection that U are looking for,
Please,
Don’t be scared,
Its just me, protecting U,day and night,
Sharing my love and care with U, near and far,
U won’t notice it, and others too,
Because i’m a ghost to U,
That is what i do.

Just remember,
If U want me visible,
Just call my name,
Because i’ll be waiting and waiting,
To be visible, in Ur eyes,
As for now,
I’m a ghost to U,
Always beside U,
That is what i do.

29/7/08 -4.05am-

Introduction...

Assalamualaikum and oii!! mates, Welcome to my life where I will share with you all my ups and downs in life, and certain interest that I like to share with you all, so just relax and response.