Saturday, November 6, 2010

Local Act 72: November 7 2030

Tersentak aku tiba-tiba. Datang anak lelaki sulungku berumur 8 tahun mencuit peha aku. Ah, bila pula mahluk kecil ini memaculkan dirinya di sebelah aku? Amirul the 1st kelihatan tidak bermaya. Sedih aku lihat wajah mahluk kecil itu. Aku tidak endahkan cuitannya dan memfokuskan mataku ke kaca T.V. Raja Lawak 20 dah semakin bodoh aku rasa.

"Ayah, tadi kat sekolah cikgu pukul tangan abang", Amirul the 1st menggorak langkah membuka bicara.

Sambil itu dihalakan tapak tangan kanannya yang agak berbirat. Aku syak cikgu Amirul guna rotan halus berdiameter 3cm untuk merotan anak sulungku ini.

"Abang buat apa sampai cikgu rotan abang?", tanya aku dengan gaya agak malas dan bersahaja. Tidak aku tunjukkan rasa simpati pada Amirul the 1st.

"Errr....abang tak bawak buku latihan Matematik. Tertinggal", jawab anak aku dengan pantas dan jitu. Matanya yang bulat terkebil-kebil. Aku tersenyum.

"Tertinggal atau sengaja tinggalkan sebab tak buat homework yang cikgu bagi semalam?", aku melirikkan mata ku tepat ke matanya. Pandangan maut. Tepat masuk ke mata turun ke hati, membuat jiwa yang melihat goyah.

" Er...errr...emmm...". gagap tiba-tiba Amirul the 1st. Tak ubah seperti bapanya dulu. Tapi Amirul the 1st lagi hebat. Ayahnya dulu darjah 6 baru berani meninggalkan buku di rumah apabila homework tidak siap. Boleh tahan juga anak sulung aku ini.

"So. salah siapa sekarang abang kene rotan? Terima atau tidak cikgu rotan abang?"

"Em, salah abang. Memang patut abang kene rotan dengan cikgu"

Alhamdulillah.Sejak semua ibu-bapa menghadiri kursus selama 10 hari di setiap sekolah yang bertajuk " Murid yang tidak boleh disentuh, dimarah @ dihukum oleh guru-guru kerana larangan ibu bapanya adalah bodoh!", anak-anak tidak lagi berani mengadu domba meminta belas kasihan apabila mereka dihukum di sekolah. Ibu bapa sudah terbuka matanya dengan konsep "corporal punishment" dan dapat menerima segala hukuman yang dikenakan bukan untuk mendera atau meyakiti, tetapi lebih kepada mendisiplinkan mereka menjadi insan yang berguna.

"Tau tak pe. Ayah tau dah abang kene rotan. Cikgu abang call tadi mintak maaf sebab terpaksa rotan. Ingat, tak nak kene rotan, jangan buat lagi. Senang je. Faham?"

" Em, faham", jawab Amirul the 1st. Aku sudah ada anak lelaki dewasa rupanya.

" Nanti esok kalau abang jumpa cikgu, nak cakap apa dengan dia?", aku bertanya sebagai satu ujian kecil untuk mendapatkan kepastian.

"Abang nak cakap terima kasih sebab rotan abang sebab cikgu tu nak abang jadi orang yang berguna", hiba hati aku melihat anak kecil di depan ku ini. Dalam usia yang kecil ini, dia sedar tanggungjawab yang harus dipikul sebagai abang sulung. Jangan lah kau jadi seperti ayahmu ketika dia dibangku sekolah.

"Em...macam mana training bowling petang tadi?," aku mengubah topik perbualan kepada sukan.

" Ok je, coach pesan suruh tukar bola la ayah. Bola yang ayah bagi tu old school sangat."

Adeh! Nak mintak tukar bola pula. Leceh la Shahlin Zukifli ni. Dia tak faham ke betapa pentingnya bola tu pada aku. Sengaja aku beri bola bowling aku yang lama pada Amirul the 1st sebagai nilai sentimental. Namu begitu aku hanya mengangukkan kepala tanda setuju.Kau berhak untuk mendapatkan bola baru Amirul the 1st, setelah perubahan yang kau tunjukkan malam ini.

" Ayah!!! saya dah balik!!!", tempikan adik perempuan Amirul the 1st begitu kuat sekali. Mungkin bakat itu tersemat ihsan ibunya. Tertelan microphone agaknya.

"Anak ayah pergi mana dengan ibu? Kesian ayah tinggal dengan abang kat rumah." aku cuba merajuk dengan puteri bongsu ku sambil mata melirik ke arah isteriku yang memain-mainkan mata manjanya. Ah sudah! Nak sesuatu la tu.

" Adik teman ibu pegi pasar malam la ayah. Ayaaaaaaah, nanti sebelum tidur ajar Tasha main guitar lagu Guns and Roses boleh?", puteri aku bersuara manja.

Ah sudah! Bila pula anak perempuan aku ni layan lagu Guns n Roses? Tiba-tiba aku tersyak sesuatu....

"You, you bukak lagu Guns n Roses dalam kereta tadi?" sahut aku pada si isteri yang sedang memotong cheesecake kegemaran aku.

" Aah, I tengok Tasha layan je"

Mestilah dia layan sayang oii!...Guns n Roses kot. Lagu Bob Marley pun tak habis belajar lagi, dah nak main lagu lain. Susah juga kalau dapat anak yang minat pada musik seawal 5 tahun. Syukur pada Allah atas kurniaan mu.

3 comments:

noi_azufham said...

lol....dr awal till akhir citer ni buat aku tergelak sorang2....
ko buat ke meerul?....gud job:D
tapi x bleh bla....ko dah berangan 20thn akan dtg... :D

Irrina Sanusi said...

hr tu org hack fb kau,ni org hack blog kau plak ke??

The Corrupted said...

@maz: hahah...cm nie la time xde mood nak study...bnde lain kluar...

@irr: fb mmg org hack...ini adaptasi dri org lain....hahaha