Wednesday, September 1, 2010

Local Act 60: Merdayka

"Weyh, malam countdown nie lepak town jom. Layan firework,layan anak-anak merdeka"

Ayat nie selalu terpapar dalam phone aku di malam Ambang Kemerdaykaan ketika aku bergelar pelajar sekolah. Malam merdayka adalah kemerdaykaan bagi aku dan member-member aku sebagai landasan untuk balik lewat. Alasannya, mahu menjadi patriotik, menyanyikan lagu kebangsaan di kala sang Jalur Gemilang berkibar. Mahu jadi warga negara Malaysia yang sayangkan negara dengan menyanyikan lagu-lagu patriotik sambil menunggang motor, berkonvoi mengelilingi bandar membawa Jalur Gemilang. Malam itu memang malam merdeka. Pulang rumah tidak perlu risau dengan bebelan si ibu atau pandangan tidak puas hati ayah. Aku bebas malam itu. Aku sudah merdayka.

Zaman itu sudah berlalu, 2 tahun aku tidak mendengar laungan kemerdaykaan di T.V atau pun di jalan-jalan raya. Sedang generasi baru anak-anak merdeka sibuk 'memerdaykakan' diri mereka dengan lumba haram, sex bebas, dadah, untuk 5 tahun akan datang, mereka akan sedar bahawa mereka masih 'dijajah', tidak layak untuk melaungkan "Merdayka!!"

2 tahun hidup di negara orang membuka mata aku yang Malaysia sudah berada di mata dunia.

"You're from Malaysia? I've been there. Good country."
"Malaysian are friendly aye."
"Malaysia? Is it the country new Singapore? Oh! Good country. Love the Twin Tower"

Ye. Siapa tak bangga bila orang luar kenal dengan negara kecil macam Malaysia. Malaysia mula mengorak langkah, ingin menjadi 'the centre stage' dunia. Tapi, harus kau ingat Malaysia, menjadi centre stage di mata dunia bererti ratus jutaan mata melihat kita. Di antara ratus jutaan itu, separuh daripadanya mahu menguasai kita, menghambakan kita, dan mereka telah berjaya melakukannya. Selama 53 tahun kita merdayka ini, dalam diam, kita telah dijajah semula. Dalam diam, kita boleh digelar hamba.

53 tahun kita telah merdayka, tapi masih lagi kita dihambakan. Kenapa merdayka? Kerana hanya pada tanggal 31 Ogos kita rasa kita sudah bebas. Hanya pada hari itu kita rasa kita merdayka. Hari Merdayka!.



No comments: