Monday,
A postman came with a letter,
For me,
As I open and the read the letter,
I asked the postman,
"Why did you bring this to me?
"I am doing my job"
I tear the letter into pieces.
Tuesday,
The postman came with a letter,
For me,
As I opened and read the letter,
I asked the postman,
"Why did you bring this to me?"
"I am doing my job"
I threw the letter in the rubbish bin.
Wednesday,
The postman came with a letter,
For me,
As I opened and read the letter,
I asked the postman,
"Why did you bring this to me?"
"I am doing my job"
I burned the letter into ashes.
Thursday,
The postman came with a letter,
For me,
As I opened and read the letter,
I asked the postman,
"Why did you bring this to me?"
"I am doing my job"
I ditched the letter into the sea.
Friday,
The postman came with a letter,
For me,
As I opened and read the letter,
I asked the postman,
"Why did you bring this to me?"
"I am doing my job"
I stabbed the postman and buried him at my lawn.
Saturday,
There is no letter for me,
Only a newspaper,
"Missing postman" is the headline,
With a smile on my face,
I have my breakfast.
saturday februari 12 2010 1:49am
p/s: Berita yang mengejutkan. Mengejut,terkejut, dan akhirnya, dikejutkan realiti.
Saturday, February 12, 2011
Wednesday, February 9, 2011
Local Act 82: "Rosak Keronchong aku"
Fynn Jamal cakap, habis rosak lagu keroncong yang "direggaekan". Aku cakap, "masterpiece terbaik!" Ini macam punya lagu boleh mengubat hati yang lara, jiwa yang kacau, otak yang kusut. Nak lagi "feeling", buat macam mereka dalam video ini. Mesti terangkat segala beban duniawi. Tak percaya? Sambil menaip entri ini, aku sedang bergelek kesaorangan dalam bilik. Percaya kan? Tak boleh tahan! Musik asyik!
p/s: Aku lupa macam mana nak berhenti!!! Dasyat!!!

Wednesday, February 2, 2011
Local Act 81: Hutang bontot dibayar punggung.
Sebab insiden semalam, hari ini aku memandu tak buka radio. Biarlah rasa sunyi sepi dalam kereta itu. Aku rela hidup dalam kesunyian daripada hidup di awangan. Rasa bersalah sangat sebab menipu mat rempit semalam. Tidur malam aku tak lena. Isk!! bersalah sangat la senang cerita.
Bila dah memandu tiada gangguan muzik, aku menjadi lebih fokus. Lebih-lebih lagi bila nak "cross" jalan yang kereta berderet-deret. Mungkin sebab bandar sudah pulih akibat banjir menyebabkan orang ramai berpusu-pusu mendapatkan barang-barang keperluan seperti top-up, rokok, nombor ekor. Mungkin tak semua, tapi masih ada.
BAAAANNNNGGG!!!!
Kereta aku terhenjut kedepan. Ah! Sudah. Siapa pula yang menyondol punggung kereta aku ni? Darah dah mula menyirap, macam air sirap,merah menyala. Toleh belakang nampak satu jasad tengah menggelabah nak lari menaiki skuter ego. Dah sondol bontot aku nak lari.Dasar ego!
Aku tahan sebelum dia sempat lari. Budak perempuan. Pelajar sekolah mungkin. Tangan menggigil, buat muka kesian. Boleh tahan comel. Tangan kanan pegang Nokia. Sah tengah bermesejan masa menyontot kereta aku.
"Apsal nak lari? Nie nak settle macam mana nie?", aku tinggikan suara.
"Sorry bang, saya tak sengaja.". Muka nak nangis. Tapi dalam masa yang sama buat muka comel.
Aku jeling belakang kancil aku. Bumper tercabut. Boleh masukkan balik. Tiada kerosakkan sangat pun.
"Nie belakang tercabut mau kene RM100 kalau hantar repair. Ada duit??"
"Takde bang, saya budak skolah lagi.". Dia mula mengesat matanya seperti ada air keluar. Drama queen!
"Macam tu settle balai je la..jom!!" Aku bertegas. Mataku merenung tajam ke matanya bagai helang nampak tikus.
"Tolong bang, saya takde lesen. Mati saya bang...Tolong bang", kali ini betul-betul air mata keluar.
Tiba-tiba otak aku bergeliga.
"Sekolah mana? Form berapa?"
"Errr...sekolah menengah kebangsaan labis...form 3"
"Owh, ok... saya sebenarnya cikgu baru kat sekolah tu. Lepas raya cina saya naik.Ajar B.I form 3. Jadi alang-alang awak sekolah situ, saya nak awak tolong saya selama seminggu. Angkat buku, susun kertas, semua. Boleh??"
"Errmm...ok".
"Awak pergi sekolah bawak motor?"
"Ye"
"Saya dah amik no plate awak. Jadi awak tak boleh lari kalau saya cari awak. Ingat, kalau awak tipu awak sekolah lain pun, saya boleh cari awak dengan no plate nie, boleh jadi kes polis."
"Tak...tak nak polis cikgu. saya tak tipu. Betul!"
"Ok, awak boleh pergi, jumpa hari Isnin"
Si gadis terus memecut skuternya bagai cicak bogel. Aku betulkan bumper yang tercabut. Good as new. Masuk kereta aku pasang radio. Senyum keseorangan. Terbayang muka gadis itu yang akan menutup mukanya dengan buku bila masuk sekolah hari Isnin nanti. kehkehkeh!! Terhibur juga aku petang ini.
p/s: Sampai rumah aku cerita kat ibu aku pasal insiden tadi...ibu marah lepas tu gelak sebab aku sakat anak orang. Tapi aku tak cerita pasal semalam punya kes. Aku pun tak tau kenapa aku tak cerita. Tak funny kot.

Tuesday, February 1, 2011
Local Act 80: Mata terpejam dibuka bontot tersua
No reason to cry by Garry Moore
If you could see inside my heart,
you'd see a loneliness right from the start.
Feels like laughing love has passed me by.
These days I need no reason to cry.
If you could feel the way I feel,
you'd know that every word I say is real.
Seems like laughing love can pass you by.
These days I need no reason to cry.
I always knew I would have to let you go.
The years go by and the only thing I know
is that I love you still.
If I could see your face today,
then all the emptiness'd be far away.
All the loneliness would pass me by.
Then I would have no reason to cry

BANGGG!!!! Kereta kancil aku berlanggar dengan bontot motor mat rempit. Semua sebab lagu ni. Bagi 'feeling' lebih-lebih sangat masa tengah memandu dalam hujan lebat. Tak pasal-pasal aku terpaksa menipu dengan mangsa, cakap aku rabun malam, agak gelabah memandu semasa hujan lupa bawa spec mata, pergi kedai sebab nak beli susu anak, anak sakit kat rumah tak dapat susu sebab banjir teruk. Dalam hujan lebat dan mangsa tengah sakit, semua pun nampak logik kan? Nasib baik mangsa percaya dan kami pun bersalaman dalam hujan yang lebat. Memang betul menangkap ini lagu. Terpejam sebentar mata aku. Sebab itu BAAAANNNGGG!!
p/s: Sorry la bro, aku terpaksa menipu sebab lu mat rempit.Semua orang pun tengah tak suka kat lu kan? Takde masa aku nak jadi baik hulur RM100 kat lu nak repair motor tu...baik aku belanja family aku makan. Tak gitu? hikhikhik

Sunday, January 23, 2011
Local Act 79 : Pesanan Khidmat Masharakat
Siapa-siapa ada bakat menulis lirik lagu, sila ajar saya bagaimana nak membuat lirik yang mencengkam jiwa raga. Sekian!
Sunday, January 16, 2011
Local Act 78: 16 hari lepas tahun Baru
Selamat datang ke sekolah. Sila patuhi undang-undang sekolah jika mahu hidup anda sepanjang tahun ini selamat sejahtera.
Itu perasaan aku bila menjejakkan kaki di IPBA (sekarang dah di naik taraf menjadi IPKBA, tapi sama dari segi pentadbiran, menyusahkkan pelajar sejak dari awal aku masuk). Terasa aku macam masuk darjah 1 sekolah rendah. Dengan peraturan yang tak masuk akal, tak sesuai dengan golongan umur pelajar pengajian tinggi. Tapi malas mahu komen banyak-banyak dalam isu peraturan ini.Penat!
Namun itu semua terubat bila dapat jumpa kawan-kawan yang tercampak bersepah-sepah antara benua. Masing-masing nampak dah berubah, ada cerita sendiri. Ada peningkatan diri. Bagus! Bila duduk lepak, asyik dengar kisah yang diharungi selama 2 tahun di tempat orang. Walaupun kisah yang berlainan, di akhir ayat, hampir semua menyusun ayat yang sama,
"Cukuplah 2 tahun merasa tempat orang"
Dalam hati aku cakap,
"Pasti cukup 2 tahun? Tengok gaya cerita masing-masing macam nak duduk sana selamanya je"
Lepas jumpa kawan-kawan, jumpa pula pensyarah yang mengajar dari Foundation Years dan 1 Year. Ada yang ubah fesyen rambut sampai aku susah mahu mencari beliau, ada yang makin rileks, tak gelabah, dan semestinya ada yang makin menggelabah itik. Yang ini pun malas nak komen banyak-banyak. Cukup dah 2 minggu aku mencarut maki hamun pada mereka-mereka yang menggelabah sangat-sangat ini.
Lepas kawan-kawan, pensyarah, datang pula kenangan silam ketika Foundation Years dan 1 Year, menampar pipi aku yang lembut bak punggung bayi ini. Ditambah pula hampir setiap hari terlihat kenangan itu. Tapi nama pun kenangan, jadi lagi sekali malas nak cerita panjang-panjang.
Sebab mood malas dengan masalah menimpa, ini sahaja yang mampu aku tulis selepas hampir sebulan lebih. Lupa pula! SELAMAT TAHUN BARU YANG SUDAH MASUK HARI KE 16. Azam tahun baru? Guna pakai azam tahun lepas. Senang!
p/s: Nampak kenangan rindu plak kat dier.....damn!

Monday, December 6, 2010
Local Act 77: 10 hari pertama
Sudah hampir 10 hari aku berada di Malaysia. Malas nak mengayat panjang-panjang sebab connection macam haram, aku update pendek-pendek kehidupan aku sepanjang 10 hari pertama sampai.
1. Bukan nak jadi gedik or show-off yang aku baru balik dari negara 4 musim, tapi aku lupa panas Malaysia macam mana. Keluar dari kapal terbang peluh jantan aku mula menitik satu persatu. Cukup sejam dari pintu kapal terbang sampai ke tempat dimana sanak saudara menunggu, aku, bak kata tukang masak, half-cooked.
2. Bila dah sampai di tempat sanak saudara menunggu, mak aku berlari anak untuk memelukku. Macam biasa, mak-mak akan mengalirkan air mata tatkala melihat anak yang 2 tahun tidak membesar di depan matanya. Aku tak kisah dengan air mata ibu menitis di bajuku. Akan tetapi, pabila ibu mula mengusap-usap rambut panjangku yang ikal mayong, aku tahu rambutku dalam bahaya. Disebalik tangisan seorang ibu, aku tahu dia sudah ada idea yang cukup licik untuk mencantas rambutku menjadi pendek.
3. Cakap la aku tak sedar diri atau menunjuk, haram aku tak kisah, tapi aku masih lagi tak boleh buang berkomunikasi dalam bahasa Inggeris ketika berjual beli. Terkebil-kebil seorang makcik tua di sebuah kedai di Kg Melayu Majidee apabila aku " Can I have a pack of battery please?" Serius aku cakap, ini adalah spontan. Bukan aku nak tunjuk tayang aku produk oversea. Tak bangga pun.
4. Aku jadi bodoh bila memandu. Kereta atas jalan macam tak puas hati dengan cara pemanduan aku yang berhemah. Seorang mat rempit menunjukkan isyarat jari tengah pada aku tanpa sebab. Baru nak balas balik, beliau terlanggar motor dihadapan. Melalui cermin pandang sisi, pergaduhan mula berlaku di antara mereka. Aku tersengih.
5. Macam-macam nick name aku dapat sejak balik Malaysia. Semua sebab rambut yang panjang ni. Setakat Predator, Bob Marley, Ramli Sarip, Mat Rockers itu semua tak da hal. Tapi bila sorang budak kecik ni cakap kat akak dia yang agak cun, "Kak, rambut abang tu macam rambut Hantu Kak Limah balik rumah", aku yang ketika itu sedang mengisi minyak kereta mahu saja nak mandikan budak kecik itu dengan petrol dan bakar. Akak dia yang cun aku culik buat bini.
6. Agak terkejut bila mak aku cakap aku adalah abang long untuk 11 orang adik beradik baru. Baru 2 tahun aku tak balik rumah, dah 11 org anak angkat mak aku amik. 11. Tapi bila sampai rumah, segalanya terjawab. Bukan 11 orang, 11 ekor kucing. Masing-masing ada kisah cerekarama tersendiri. Pening kepala bila jadi abang long untuk 3 orang adik manusia dan 11 ekor adik-adik kucing.
p/s: Tolong bagi semangat kat aku agar aku mampu bertahan dengan rambut 'Hantu Kak Limah balik rumah' nie sehingga 1 Januari 2011.

Subscribe to:
Posts (Atom)