Sebab insiden semalam, hari ini aku memandu tak buka radio. Biarlah rasa sunyi sepi dalam kereta itu. Aku rela hidup dalam kesunyian daripada hidup di awangan. Rasa bersalah sangat sebab menipu mat rempit semalam. Tidur malam aku tak lena. Isk!! bersalah sangat la senang cerita.
Bila dah memandu tiada gangguan muzik, aku menjadi lebih fokus. Lebih-lebih lagi bila nak "cross" jalan yang kereta berderet-deret. Mungkin sebab bandar sudah pulih akibat banjir menyebabkan orang ramai berpusu-pusu mendapatkan barang-barang keperluan seperti top-up, rokok, nombor ekor. Mungkin tak semua, tapi masih ada.
BAAAANNNNGGG!!!!
Kereta aku terhenjut kedepan. Ah! Sudah. Siapa pula yang menyondol punggung kereta aku ni? Darah dah mula menyirap, macam air sirap,merah menyala. Toleh belakang nampak satu jasad tengah menggelabah nak lari menaiki skuter ego. Dah sondol bontot aku nak lari.Dasar ego!
Aku tahan sebelum dia sempat lari. Budak perempuan. Pelajar sekolah mungkin. Tangan menggigil, buat muka kesian. Boleh tahan comel. Tangan kanan pegang Nokia. Sah tengah bermesejan masa menyontot kereta aku.
"Apsal nak lari? Nie nak settle macam mana nie?", aku tinggikan suara.
"Sorry bang, saya tak sengaja.". Muka nak nangis. Tapi dalam masa yang sama buat muka comel.
Aku jeling belakang kancil aku. Bumper tercabut. Boleh masukkan balik. Tiada kerosakkan sangat pun.
"Nie belakang tercabut mau kene RM100 kalau hantar repair. Ada duit??"
"Takde bang, saya budak skolah lagi.". Dia mula mengesat matanya seperti ada air keluar. Drama queen!
"Macam tu settle balai je la..jom!!" Aku bertegas. Mataku merenung tajam ke matanya bagai helang nampak tikus.
"Tolong bang, saya takde lesen. Mati saya bang...Tolong bang", kali ini betul-betul air mata keluar.
Tiba-tiba otak aku bergeliga.
"Sekolah mana? Form berapa?"
"Errr...sekolah menengah kebangsaan labis...form 3"
"Owh, ok... saya sebenarnya cikgu baru kat sekolah tu. Lepas raya cina saya naik.Ajar B.I form 3. Jadi alang-alang awak sekolah situ, saya nak awak tolong saya selama seminggu. Angkat buku, susun kertas, semua. Boleh??"
"Errmm...ok".
"Awak pergi sekolah bawak motor?"
"Ye"
"Saya dah amik no plate awak. Jadi awak tak boleh lari kalau saya cari awak. Ingat, kalau awak tipu awak sekolah lain pun, saya boleh cari awak dengan no plate nie, boleh jadi kes polis."
"Tak...tak nak polis cikgu. saya tak tipu. Betul!"
"Ok, awak boleh pergi, jumpa hari Isnin"
Si gadis terus memecut skuternya bagai cicak bogel. Aku betulkan bumper yang tercabut. Good as new. Masuk kereta aku pasang radio. Senyum keseorangan. Terbayang muka gadis itu yang akan menutup mukanya dengan buku bila masuk sekolah hari Isnin nanti. kehkehkeh!! Terhibur juga aku petang ini.
p/s: Sampai rumah aku cerita kat ibu aku pasal insiden tadi...ibu marah lepas tu gelak sebab aku sakat anak orang. Tapi aku tak cerita pasal semalam punya kes. Aku pun tak tau kenapa aku tak cerita. Tak funny kot.
2 comments:
cikgu,baru posting dah ngaja f3 ke??
xbaik tipu cikgu
kau mmg xleh blah
kalau dah menggelabah....kalau ak tipu dia aku anak angkat dato k pun dier caya....
Post a Comment