Sunday, January 16, 2011

Local Act 78: 16 hari lepas tahun Baru

Selamat datang ke sekolah. Sila patuhi undang-undang sekolah jika mahu hidup anda sepanjang tahun ini selamat sejahtera.

Itu perasaan aku bila menjejakkan kaki di IPBA (sekarang dah di naik taraf menjadi IPKBA, tapi sama dari segi pentadbiran, menyusahkkan pelajar sejak dari awal aku masuk). Terasa aku macam masuk darjah 1 sekolah rendah. Dengan peraturan yang tak masuk akal, tak sesuai dengan golongan umur pelajar pengajian tinggi. Tapi malas mahu komen banyak-banyak dalam isu peraturan ini.Penat!

Namun itu semua terubat bila dapat jumpa kawan-kawan yang tercampak bersepah-sepah antara benua. Masing-masing nampak dah berubah, ada cerita sendiri. Ada peningkatan diri. Bagus! Bila duduk lepak, asyik dengar kisah yang diharungi selama 2 tahun di tempat orang. Walaupun kisah yang berlainan, di akhir ayat, hampir semua menyusun ayat yang sama,

"Cukuplah 2 tahun merasa tempat orang"
Dalam hati aku cakap,
"Pasti cukup 2 tahun? Tengok gaya cerita masing-masing macam nak duduk sana selamanya je"

Lepas jumpa kawan-kawan, jumpa pula pensyarah yang mengajar dari Foundation Years dan 1 Year. Ada yang ubah fesyen rambut sampai aku susah mahu mencari beliau, ada yang makin rileks, tak gelabah, dan semestinya ada yang makin menggelabah itik. Yang ini pun malas nak komen banyak-banyak. Cukup dah 2 minggu aku mencarut maki hamun pada mereka-mereka yang menggelabah sangat-sangat ini.

Lepas kawan-kawan, pensyarah, datang pula kenangan silam ketika Foundation Years dan 1 Year, menampar pipi aku yang lembut bak punggung bayi ini. Ditambah pula hampir setiap hari terlihat kenangan itu. Tapi nama pun kenangan, jadi lagi sekali malas nak cerita panjang-panjang.

Sebab mood malas dengan masalah menimpa, ini sahaja yang mampu aku tulis selepas hampir sebulan lebih. Lupa pula! SELAMAT TAHUN BARU YANG SUDAH MASUK HARI KE 16. Azam tahun baru? Guna pakai azam tahun lepas. Senang!

p/s: Nampak kenangan rindu plak kat dier.....damn!

5 comments:

Para Jamaludin said...

menggelabah itik ea. haha.
selamat ya =)

The Corrupted said...

aku ad dua choice between itik ngan ayam,,,,tpi x tau nape aku plih itik..hahahah

Gadis Pudarnama said...
This comment has been removed by the author.
Gadis Pudarnama said...

apa-apa pun, megi itik dengan ayam dua-dua pun sedap

The Corrupted said...

ada meggi itik ke? lazat? x pernah try....