Tuesday, September 13, 2011

Local Act 98: Dan apabila aku beradab dan kau biadap......

Gua punya practicum sudah hampir tiba kehujungnya. 3 bulan practicum kat sekolah gua rasa tak banyak nak cerita. Asasnya, budak-budak sekarang lagi biadap dari zaman gua budak-budak dulu.Buktinya last week ada sorang budak sekolah tingkatan 2 buat biadap dengan aku sebagai Cikgu English. Gua rasa gua cikgu yang sempoi dalam kelas. Budak-budak nak bershuffle dalam kelas gua tak marah. Janji diorang shuffle pakai kaki, jangan pakai mulut. Budak-budak nak makan burger dalam kelas gua tak amik peduli, asalkan jangan time bulan puasa atau gua tengah puasa 6. Memang gua bagi penyepak.

Tapi pantang gua kalau budak-budak kutuk atau maki gua tapi gua boleh buat tak tau. Sebab apa gua buat tak tau? Sebab gua tak faham bahasa yang digunakan untuk mengutuk gua. Lagi pulak budak perempuan. Sial kan?

Kisah yang terjadi lebih kurang macam ni:

Selasa minggu lepas

Budak: Cikgu erok!
Gua: Haaaa?
Budak: Cikgu errrrrooook!
Gua: Apa erok tu? Bunyi macam lucah je ( Gua rasa lucah sebab bunyi lebih kurang erotik, so gua anggap budak tu nak cakap gua kelihatan erotik mungkin..heh)
Budak: * terdiam

Bila sekolah dah tamat, gua bawak keluar kereta dari parking lot untuk balik. Budak yang sama panggil gua sambil terjerit-jerit:

CIKGU ERRRRROOOKKK!!!

Dalam hati gua terfikir sejenak, side mana yang buat gua nampak erotik nie?

Lepas tu gua terfikir lagi, budak yang panggil gua erok tu asal sabah. Jadi mungkin erok tu bahasa Sabah. Lalu, gua pun mencari guru tuisyen bahasa Sabah pada malam itu.


######################################################


Khamis minggu lepas

Hati gua panas sepanas mentari tengahari yang mampu buat orang migrain. Hari ini gua ada kelas dengan budak sabah yang panggil erok. Gua masuk kelas dengan muka ketat seketat-ketat seluar jeans size 28 yang cuba disarung ke pinggang size 32. Ketat habis. Lepas gua bagi kerja kat budak-budak lain, gua terus cari budak sabah tersebut. Gua tengok dia tak buat kerja yang gua bagi, sibuk bergelak tawa bersuka ria. Gua sudah ada 'point'. Gua buat mata helang, tenung budak tersebut selama 5 minit. Gua tenung dan tenung sampai budak sabah tu perasan. Dia kembali senyap berlakon buat kerja. Gua tenung lagi, kali ini gua bagi lagi ketat muka. Gua nampak dia dah tak senang duduk. Mulut berkumat-kamit tidak bersuara memaki hamun gua sebab tenung dia macam tu. Gua tak peduli. Hati gua yang panas ni perlu dipuaskan. Gua tenung lagi macam nak makan. Cukup 5 minit, budak sabah tu dah berjurai air mata. Inilah masanya. Gua bangun dari kerusi dan terus pergi ke mejanya.


Gua: Apehal nangis tiba-tiba?
Budak: * terdiam
Gua: Saya suruh buat kerja tak nak buat, gelak kuat-kuat kacau orang lain nak buat
kerja!
Budak: Cikgu kenapa tengok saya macam tu? ( dalam pada tengah berjurai air mata
boleh dia nak memberontak!)
Gua: Awak ingat saya tak tahu awak panggil saya anjing hari tu? Awak ingat saya tak
tau erok tu anjing dalam bahasa Bajau? Awak ingat saya bodoh!!??
Budak: * diam terkebil-kebil.
Gua: Kau ingat kau dah panggil aku anjing kau boleh lepas. Tengok muka aku
sekarang! Ada macam muka anjing?? Ada ke tak?? ( Gua hentak meja sambil
sepak-sepak kaki meja)
Budak: * Geleng kepala.
Gua: Cuba panggil aku erok sekarang! Panggil aku anjing kalau kau rasa kau
layak nak kurang ajar dengan aku!
Budak: * geleng kepala sambil paut tangan member sebelah.
Gua: Muka je lawa, tapi perangai biadap! ( Ayat nie gua pinjam dari member gua,
terima kasih Paan!)

Kalau lu orang nak tau, penat buat muka ketat sambil tengking-tengking nie. Perasaan dia sama macam kau lari pecut 100 meter. Sepanjang kelas budak perempuan tu berjurai air mata. Bila nak berhenti gua pun tak tau. Gua pun malas nak ambik tau. Gua dah buat muka friendly dalam kelas, gua buat beradab, budak-budak pijak kepala. Budak-budak dah rasa satu taraf nak biadap-biadap nak panggil gua anjing. Memang silap besar.

No comments: