Sunday, September 25, 2011

Local Act 99: Sila ajar dengan betul!

Hari Jumaat kelmarin gua kene jage relief class. Diorang tau gua punya kelas ada satu je hari tu, sebab tu gua yang jadi mangsa. Macam biasa, bila gua masuk, budak-budak greet. Kalau suara tak sama gua suruh greet lagi sekali. Kalau ada yang main-main, cakap-cakap masa nak greet, gua akan bagi input pasal respect dengan nada suara yang tinggi. Macam kebiasaan kelas relief yang lain, the next step, gua akan tanya sekarang subject apa dan siapa cikgu. Memang gua dah tau subject dan cikgu mana yang mengajar, tapi for the sake of killing time, gua tanya jugak.

Lepas tu gua akan cakap subject kelas tu tak datang hari nie sebab dia malas dan gua yang jadi mangsa. Of course yang tu gua cakap dalam hati sebab gua tau nanti budak-budak kecik hati. Kemudian gua akan arahkan budak-budak buat kerja sendiri. Kerja sendiri ini adalah code words untuk budak-budak tidur, bersembang, bergosip atau main dam cina dalam kelas. Yang penting the noise level haruslah pada tahap yang selamat.

Jadi selepas gua melakukan rutin-rutin kelas relief gua, gua tarik kerusi cikgu letak depan kelas. Tiba-tiba ada satu budak perempuan datang kat gua sambil bawak kerusi. Dia duduk sebelah gua macam gua dah bagi izin.

Pelajar: Cikgu, cikgu ajar English kelas 2A2 kan?
Gua: A'ah. Kenapa?
Pelajar: Kawan saya dalam kelas tu. Dier cakap kalau cikgu marah, garang macam setan.

Gua terdiam.



Pertama.Lahanat mana ajar budak-budak "garang macam setan"! Setahu gua masa gua belajar BM dulu, garang macam singa/harimau.

Kedua. Memang gua cari budak yang cakap gua garang macam setan dan betulkan persamaan tersebut.

Ketiga. Setan mana yang letak lagu Boyce Avenue dekat blog!?

No comments: