Gadis kalis peluru,
Yang pernah aku abaikan dahulu,
kerana pandangan aku menjadi kelabu,
penglihatan aku menembusi mu.
Gadis kalis peluru,
mengapa kini kita begitu,
hanya diam membatu membisu,
buntu aku terduduk disitu.
Gadis kalis peluru,
aku rindukan kita yang dahulu,
mampu tersenyum ketika bertemu,
seperti hati sudah bersatu.
Gadis kalis peluru,
maafkanlah aku,
kerana terpaksa melepaskan kau dulu,
aku akan terus menanti,
agar kau menerimaku kembali........
2 comments:
bukan jiwa kosong walaupun hati besi. =)
hahaha...what's with the statement?
Post a Comment