Monday, September 20, 2010
Thursday, September 16, 2010
Local Act 64: Monolog Dalaman Abang Sulung
Bila adik perempuan kau dah pandai bercinta,
Susah jadi abang sulung,
Bila adik perempuan kau tanya macam mana nak paham lelaki,
Susah jadi abang sulung,
bila adik perempuan kau cerita perangai boyfriend dier,
Susah jadi abang sulung,
Bila adik perempuan kau cakap balak dier 'terejal' macam kau.
Susah jadi abang sulung,
Bila adik perempuan kau cakap mak kau tak berapa suka balak dier,
Susah jadi abang sulung,
Bila adik perempuan tanya pendapat pasal cinta.
Susah jadi abang sulung,
Bila semua rahsia adik perempuan kau sorang yang tau,
Susah jadi abang sulung,
Bila kau sedar adik perempuan kau dah besar panjang.
Susah jadi abang sulung,
Bila kau dah mula risau bila adik perempuan kau ada pakwe.
Susah jadi abang sulung,
Bila adik perempuan kau tanya bila kau nak ada girlfriend.
Susah jadi abang sulung,
Bila kau tak tau nak jawab segala persoalan adik kau,
Susah jadi abang sulung,
Bila adik-adik kau tak nampak adik-adik kau membesar selama 2 tahun.
Susah jadi abang sulung,
Bila kau sedar kau abang sulung pada adik-adik kau.
Susah jadi abang sulung,
Bila kau tak tau macam mana nak jadi abang sulung.
Abang sulung nak petik gitar.
Jangan kacau!!
Wednesday, September 15, 2010
Local Act 63: Sweet memories
suddenly......
SKITTLES
ahh......
sweet memories.....
Monday, September 13, 2010
Sunday, September 5, 2010
Local Act 61: Berita Kilat ( Gempa Bumi New Zealand)
Untuk berita penuh, sila tekan tetikus anda di sini.....
Wednesday, September 1, 2010
Local Act 60: Merdayka
Ayat nie selalu terpapar dalam phone aku di malam Ambang Kemerdaykaan ketika aku bergelar pelajar sekolah. Malam merdayka adalah kemerdaykaan bagi aku dan member-member aku sebagai landasan untuk balik lewat. Alasannya, mahu menjadi patriotik, menyanyikan lagu kebangsaan di kala sang Jalur Gemilang berkibar. Mahu jadi warga negara Malaysia yang sayangkan negara dengan menyanyikan lagu-lagu patriotik sambil menunggang motor, berkonvoi mengelilingi bandar membawa Jalur Gemilang. Malam itu memang malam merdeka. Pulang rumah tidak perlu risau dengan bebelan si ibu atau pandangan tidak puas hati ayah. Aku bebas malam itu. Aku sudah merdayka.
Zaman itu sudah berlalu, 2 tahun aku tidak mendengar laungan kemerdaykaan di T.V atau pun di jalan-jalan raya. Sedang generasi baru anak-anak merdeka sibuk 'memerdaykakan' diri mereka dengan lumba haram, sex bebas, dadah, untuk 5 tahun akan datang, mereka akan sedar bahawa mereka masih 'dijajah', tidak layak untuk melaungkan "Merdayka!!"
2 tahun hidup di negara orang membuka mata aku yang Malaysia sudah berada di mata dunia.
"You're from Malaysia? I've been there. Good country."
"Malaysian are friendly aye."
"Malaysia? Is it the country new Singapore? Oh! Good country. Love the Twin Tower"
Ye. Siapa tak bangga bila orang luar kenal dengan negara kecil macam Malaysia. Malaysia mula mengorak langkah, ingin menjadi 'the centre stage' dunia. Tapi, harus kau ingat Malaysia, menjadi centre stage di mata dunia bererti ratus jutaan mata melihat kita. Di antara ratus jutaan itu, separuh daripadanya mahu menguasai kita, menghambakan kita, dan mereka telah berjaya melakukannya. Selama 53 tahun kita merdayka ini, dalam diam, kita telah dijajah semula. Dalam diam, kita boleh digelar hamba.
53 tahun kita telah merdayka, tapi masih lagi kita dihambakan. Kenapa merdayka? Kerana hanya pada tanggal 31 Ogos kita rasa kita sudah bebas. Hanya pada hari itu kita rasa kita merdayka. Hari Merdayka!.
Saturday, August 28, 2010
Local Act 59: BFF
Buzz!!
"Cibai!! Wa nak tanya sikit kat lu nie"
Dah kenapa mamat sorang nie? Dengan tak bagi salam, dapat pulak aku cibai sebiji. Celaka sungguh! Hilang dah ‘feel’ aku nak petik gitar main lagu sebarang dua.
"Lelaki ada BFF ke?"
Lah, dah kenapa kau nie tanya soalan macam nie pukul 4 pagi time aku tengah mood baik nak rileks petik gitar? Sebab kau dah bunuh “feel” aku, nak tak nak terpaksa aku jawab soalan pelik kau.
Lelaki ada ke BFF? Tak tau la aku kalau lelaki lain ada guna istilah tu, tapi pada aku tak la. Sebab aku label kan semua kawan-kawan aku sebagai kawan atau member. Walau rapat macam mana pun, aku label sebagai kawan je. Tak pernah pulak aku cakap,
“Nie BFF aku, Eminem, Eminem, nie BFF aku, Brad Pitt”
Kalau perempuan tu selalu la guna istilah BFF ni. Aku pun pelik dengan level of friendship di kalangan perempuan ni. Ada hierarchy tersendiri. Lebih kurang macam nie la:
(BFF)
(KAWAN RAPAT)
(KAWAN)
(KENALAN)
Newsfeed Facebook aku selalu jugak penuh dengan gadis-gadis yang nak tunjuk BFF diorang. Ayat yang biasa aku nampak macam ni:
“Jenab, Temah, Peah, Kamisah, U Guys are my BFF. Luv U XoXo”
Lepas tu bila aku buat-buat menyibuk tanya “Maimon Mutalib bukan BFF korang ke?”, jawapan nie yang akan terpacul,
“Owh, dier kawan je, tak berapa nak rapat sangat”
Yang nie berdasarkan apa yang aku nampak dalam Facebook aku la. Tak tau la kalau fenomena ini berlaku pada seluruh kaum wanita yang normal. Mungkin juga gadis-gadis yang aku nampak itu tidak normal.
Jadi pada aku, pelik jugak kalau lelaki pun ada guna istilah BFF tu. Tak kisah la kalau kawan korang tu rapat tahap macam kembar siam pun, lebih manis kalau di gelarkan "member" atau "kawan" je. Agak geli geleman juga kalau lelaki dengan lelaki menggunakan istilah BFF.
Lelaki dengan perempuan ada tak istilah BFF?
Malas nak kupas, takde mood. Sambung petik gitar.
p/s: Brader nie tanya sebab dier telah dilabel sebagai BFF oleh kawan serumah dier. Peringatan untuk brader nie, "Nak tidur baca ayat Kursi 100 kali dan kunci pintu bilik". Ingat sebelum "kena"