Tersentak aku tiba-tiba. Datang anak lelaki sulungku berumur 8 tahun mencuit peha aku. Ah, bila pula mahluk kecil ini memaculkan dirinya di sebelah aku? Amirul the 1st kelihatan tidak bermaya. Sedih aku lihat wajah mahluk kecil itu. Aku tidak endahkan cuitannya dan memfokuskan mataku ke kaca T.V. Raja Lawak 20 dah semakin bodoh aku rasa.
"Ayah, tadi kat sekolah cikgu pukul tangan abang", Amirul the 1st menggorak langkah membuka bicara.
Sambil itu dihalakan tapak tangan kanannya yang agak berbirat. Aku syak cikgu Amirul guna rotan halus berdiameter 3cm untuk merotan anak sulungku ini.
"Abang buat apa sampai cikgu rotan abang?", tanya aku dengan gaya agak malas dan bersahaja. Tidak aku tunjukkan rasa simpati pada Amirul the 1st.
"Errr....abang tak bawak buku latihan Matematik. Tertinggal", jawab anak aku dengan pantas dan jitu. Matanya yang bulat terkebil-kebil. Aku tersenyum.
"Tertinggal atau sengaja tinggalkan sebab tak buat homework yang cikgu bagi semalam?", aku melirikkan mata ku tepat ke matanya. Pandangan maut. Tepat masuk ke mata turun ke hati, membuat jiwa yang melihat goyah.
" Er...errr...emmm...". gagap tiba-tiba Amirul the 1st. Tak ubah seperti bapanya dulu. Tapi Amirul the 1st lagi hebat. Ayahnya dulu darjah 6 baru berani meninggalkan buku di rumah apabila homework tidak siap. Boleh tahan juga anak sulung aku ini.
"So. salah siapa sekarang abang kene rotan? Terima atau tidak cikgu rotan abang?"
"Em, salah abang. Memang patut abang kene rotan dengan cikgu"
Alhamdulillah.Sejak semua ibu-bapa menghadiri kursus selama 10 hari di setiap sekolah yang bertajuk " Murid yang tidak boleh disentuh, dimarah @ dihukum oleh guru-guru kerana larangan ibu bapanya adalah bodoh!", anak-anak tidak lagi berani mengadu domba meminta belas kasihan apabila mereka dihukum di sekolah. Ibu bapa sudah terbuka matanya dengan konsep "corporal punishment" dan dapat menerima segala hukuman yang dikenakan bukan untuk mendera atau meyakiti, tetapi lebih kepada mendisiplinkan mereka menjadi insan yang berguna.
"Tau tak pe. Ayah tau dah abang kene rotan. Cikgu abang call tadi mintak maaf sebab terpaksa rotan. Ingat, tak nak kene rotan, jangan buat lagi. Senang je. Faham?"
" Em, faham", jawab Amirul the 1st. Aku sudah ada anak lelaki dewasa rupanya.
" Nanti esok kalau abang jumpa cikgu, nak cakap apa dengan dia?", aku bertanya sebagai satu ujian kecil untuk mendapatkan kepastian.
"Abang nak cakap terima kasih sebab rotan abang sebab cikgu tu nak abang jadi orang yang berguna", hiba hati aku melihat anak kecil di depan ku ini. Dalam usia yang kecil ini, dia sedar tanggungjawab yang harus dipikul sebagai abang sulung. Jangan lah kau jadi seperti ayahmu ketika dia dibangku sekolah.
"Em...macam mana training bowling petang tadi?," aku mengubah topik perbualan kepada sukan.
" Ok je, coach pesan suruh tukar bola la ayah. Bola yang ayah bagi tu old school sangat."
Adeh! Nak mintak tukar bola pula. Leceh la Shahlin Zukifli ni. Dia tak faham ke betapa pentingnya bola tu pada aku. Sengaja aku beri bola bowling aku yang lama pada Amirul the 1st sebagai nilai sentimental. Namu begitu aku hanya mengangukkan kepala tanda setuju.Kau berhak untuk mendapatkan bola baru Amirul the 1st, setelah perubahan yang kau tunjukkan malam ini.
" Ayah!!! saya dah balik!!!", tempikan adik perempuan Amirul the 1st begitu kuat sekali. Mungkin bakat itu tersemat ihsan ibunya. Tertelan microphone agaknya.
"Anak ayah pergi mana dengan ibu? Kesian ayah tinggal dengan abang kat rumah." aku cuba merajuk dengan puteri bongsu ku sambil mata melirik ke arah isteriku yang memain-mainkan mata manjanya. Ah sudah! Nak sesuatu la tu.
" Adik teman ibu pegi pasar malam la ayah. Ayaaaaaaah, nanti sebelum tidur ajar Tasha main guitar lagu Guns and Roses boleh?", puteri aku bersuara manja.
Ah sudah! Bila pula anak perempuan aku ni layan lagu Guns n Roses? Tiba-tiba aku tersyak sesuatu....
"You, you bukak lagu Guns n Roses dalam kereta tadi?" sahut aku pada si isteri yang sedang memotong cheesecake kegemaran aku.
" Aah, I tengok Tasha layan je"
Mestilah dia layan sayang oii!...Guns n Roses kot. Lagu Bob Marley pun tak habis belajar lagi, dah nak main lagu lain. Susah juga kalau dapat anak yang minat pada musik seawal 5 tahun. Syukur pada Allah atas kurniaan mu.
Saturday, November 6, 2010
Saturday, October 23, 2010
Local Act 71: Boboy gedicks and gegurl gediwx
Eeeeeeeiiiiii........tensen nyer I arinie. Bilew bukak fb jew...ad je status2 gedix naik. Menci betul I. I ngat bile dah delete sape2 yang I rasa gedix dalam friendlist I, everthing ok. Ad lgi rupenyew yang muncul...eiiiiii...menci-menci!!!! I dah wase menyampah jerk nak bukak fb nie..gigirl gan boboy samer jew sumer...Yg pelik nyew....status tu jas tulis "TATOTTNYEEEEWWW!!!..tapi yang comment sampai 100 owg...tu blum lagi yg letak " I Loike". Apew-apew jelah diorang-diorang nie kan? Bajet comel ape tulis macam tu......diorang gat ble tulis macam tu diorang macam budak umur 2 taun ke? Diorang nie x dewr kejer ke?Eiiiii.....menci-menci!!! I rasew malas nak bukak FB pasnie...n padew sapew-sapew yang rase dier gediwks, paham2 kalau I buwang kowang dri fwenlist I. Bubye...
p/s: Pada sape-sape yang gaya tulisan macam kat atas nie, elakkan diri dari mengadakan conversation dengan aku kalau tak kisah kena maki hamun.
p/s no 2: YA ALLAH!!! Gelinyer lepas habis tulis post nie.

Tuesday, October 19, 2010
Local Act 70: Kawan sampai mati
A good FRIEND will bail you out of jail, but a best FRIEND will be in the next cell saying "that was fucking awesome!"
Status ni terpacul kat Newsfeed Facebook aku beberapa jam yang lepas. Aku rasa patut tambah sesuatu supaya maksud dia lebih bermakna. Melambangkan kau betul-betul ada kawan yang sanggup buat apa saja.
a best FRIEND forever will ask you to pick up the soap during shower
Ini baru betul....betul tak?
Monday, October 18, 2010
Local Act 69: Emansipasikan dirimu
Malam tadi aku mengharung sejuk musim bunga di Auckland untuk mencari makan malam buat diri yang lapar dan juga teman-teman serumah yang tumbang menyembah bantal akibat hentaman 'assignment' Language Teaching. Menu untuk makan malam hari ini adalah 'fried chicken' bersama 'chips'@ kentang goreng. Mungkin ia tidak sesedap KFC di Malaysia, tapi apa hak aku untuk memilih dikala diri ini tidak menjamah KFC selama 2 tahun?
Setelah meminta 4 dinner set untuk aku dan askar-askar Language Teaching yang mati syahid di medan perang, aku tunggu di luar kedai. Bertemankan irama reggea dan ska, dan juga ratusan umat manusia di Queenstreet pada malam yang sejuk, aku mengemansipasi kan diri.
Duduk seorang lelaki Kiwi tiba-tiba di sebelah aku. Lagaknya seperti 'businessman' dengan full suit dan 'briefcase'. Aku melihat nya dan menganggukan kepala tanda duduklah kau di situ. Tidak aku kisah sedikit pun.
"How's going?" tanya businessman itu dengan nada 'friendly'.
"I'm good" jawab aku lemah untuk memberi 'hint' bahawa aku tidak minat untuk berinteraksi pada waktu itu.
" Did you know that New Zealander is full of crazy people?"
Tak cukup ke dengan mendiamkan diri selepas teguran pertama kau merupakan hint untuk kita tidak perlu berinteraksi ?
"Nope, I didn't know that", balas aku pendek. Harapan aku dengan balasan aku yang ringkas itu, kau faham isi hati aku.
"I gotta go know, I got a meeting in 10 minutes", balas businessman Kiwi tersebut. Aku menjelingkan mata ke arah jam di tangan. 9.30 malam. Mungkin meeting informal.
Tatkala lelaki tersebut bangun dan beredar, terpandang aku sesuatu. Aku tersenyum sinis lagi.
Poor guy. Terlalu sibuk bergelumang dalam kerja sehingga tidak mengendahkan ada lubang besar di bahagian punggung seluar kau sehingga menampakan alur punggung yang tidak ditutupi seluar dalam. Dan aku tersenyum lagi dengan 'chuckles' yang perlahan apabila kau mengutip sisa-sisa rokok di atas jalan yang tidak habis untuk kau habiskan.
Hopefully everything goes well with you mate. Don't care what others look at you. You just be yourself in your own world. Because, that is the only place you can emancipate yourself from the cruelty of the world.
p/s: On the way nak balik, baru aku perasan kad bank aku tertinggal kat kedai makan. Terpaksa membazir 3 minit dalam sejuk. Tuhan itu Maha Adil.

Saturday, October 16, 2010
Local Act 68: Keluhan sang jiwa
"oh berombak lagi, oh kisah dunia
cerah jiwa gemuruh bergelora
erti sebenar dunia sementara
berlari kau ke sini dan ke sana
berlari mencari nur kasih hatimu yang telah lama
kau pejam hinggakan sesat dirimu
tiada sangsi dalam diri bertikam dengan cinta gila
semuanya hasutan sementara
berubahlah jiwa ribut dunia
melanda semua hakikatnya lorong berbeza
cinta ku mungkinlah oh!! beribu, yang tetap hanyalah Satu"
~Joe Blid~
Saturday, October 9, 2010
Local Act 67: Autobiografi Jasad Cacian
Hari ini hari hati aku nak sayu. Sayu jenis terkilan. Terkilan jenis sedih. Sedih jenis mengenang. Mengenangkan betapa masa itu mampu mengubah sesuatu jasad. Jasad yang pada awalnya kita rasa ia mampu bertahan lama. Namun masa itu manipulasi. Masa itu jahat. Masa itu mengelirukan mata kita. Sedar tak sedar, jasad berubah. Bagi individu-individu yang datang bertanggah di Jiwa Kosong aku ini, tak kira yang tetap atau part-time, yang terpaksa,dipaksa,memaksa bertanggah atau rela hati, aku tak tau kalau korang perasaan atau tidak gambar ini:

Kasut Vans slip-on black&white corak iluminati

Kasut Vans slip-on black&white corak iluminati
Kalau korang rasa aku nak bercerita pasal kaitan kasut aku nie dengan gerakan iluminati@freemason, sila tarik nafas dalam-dalam lepas tu mengeluh panjang-panjang. Sebab aku tak menggunakan kasut aku nie untuk memasuki mana-mana lodge freemason di New Zealand ataupun kasut aku nie menjadi pintu gerbang syaitan@dajjal nak menakluki dunia. Tidak sama sekali. Kasut nie aku beli di awal bulan 4 tahun 2009. Zaman pasca kemerdekaan. Dibeli dengan harga NZD70, kasut nie menjadi barang kesayangan aku. Dan aku berharap agar ia mampu bertahan lama, melindungi perjalanan ku ulang-alik ke kelas disamping menambahkan keyakinan diri aku di khalayak ramai. Dengan menganggarkan kasut hikmat ini mampu bertahan selama 2 tahun, aku boleh menghabiskan sisa-sisa hidupku dengannya.
#############################
9 October 2010
Hati aku sebak berdayu melihat jasad yang terkulai di beranda rumah. Mencungap-cungap meminta nyawa, walaupun ajalnya masih lagi panjang.

###########################
Disaat ini, si kasut hitam putih corak iluminati memandangku dengan lemah. Yang dulunya hanya calar sudah menjadi lubang yang tidak mampu ditutup lagi. Tiada apa lagi yang mampu di lakukan untuk menjadikan hari-hari terakhirnya tersenyum. Jangan risau sahabatku. Kau tetap akan berada disisiku sehingga kau terkulai tidak bernyawa di kaki ku.
9 October 2010
Hati aku sebak berdayu melihat jasad yang terkulai di beranda rumah. Mencungap-cungap meminta nyawa, walaupun ajalnya masih lagi panjang.

Tak tertahan rasa hiba melihat kondusi jasad ini. Bagai mahu aku teriak sahaja. Namun, apa kata mereka-mereka pabila aku berduka hanya kerana sepasang sepatu berlubang tiga. Biar aku ceritakan kisah aku dan sepatu ajaib aku ini.
Kisah bermula apabila aku menjejakkan sepatu aku di tanah South Island untuk berkerja sebagai pemetik buah-buahan. Akibat merantau dengan hanya sehelai sepinggang bagi mengelakkan diri membawa beg yang banyak dan juga ingin mendapatkan imej seorang pengembara yang bertauliah, aku tidak mempunyai kasut berkerja yang sesuai untuk ke ladand buah-buahan. Jadi pendekatan drastik yang terpaksa aku buat dalam jangka masa kecemasan adalah menggunakan Vans Slip-on hitam putih corak iluminati untuk berkerja dan juga kegunaan harian.
#############################################
Seperti aku, sepatu aku juga memerlukan rehat setelah seharian berhempas pulas. Pada tahap ini, sudah mula kelihatan perubahan mendadak pada fizikal dan emosional sepatu aku. Secara fizikal, sudah mula kelihatan tanda-tanda calar akibat bergesel dengan pokok, tangga dan menyepak dahan pokok pabila aku mengalami tekanan mental akibat gaya kerja yang macam sial. Secara emosi nya pula, kasut aku berubah warna, dari putih hitam kepada hitam merah. Merah yang terhasil akibat memijak buah-buah ceri yang gugur di atas tanah itu membuat kasut aku "berdarah", menahan kesakitan yang tidak terperi.
Selepas berkerja mencari 25+ bakul ceri, kasut aku melalui fasa yang kedua dimana aku membawanya ke sungai untuk memancing belut. Dengan kesejukan air sungai di malam hari disamping kepekatan malam yang gelap, kasut aku tidak tahu apa yang menantinya. Dengan berbekalkan kepercayaan terhadap diriku, kasut aku telah dicelup ke dalam selut, dijadikan senjata untuk menamatkan riwayat sang belut, dan juga tempat udang kara berpaut ketika kami meredah anak sungai seperti dalam rancangan 'The Deadliest Catch'
Sang kasut cuba meminta belas kasihan sang pemuda untuk seteguk air. Namun tidak diendahkan.
#####################
Setelah berkerja keras selama 3 bulan menimba pengalaman dan juga gaji yang dipotong akibat tax, aku dan kasut meneruskan perjalanan sebagai pengembara mengelilingi South Island selama 11 hari. Tempoh 11 hari tersebut adalah saat-saat yang merobek jiwa kosong si kasut bercorak iluminati kerana rupanya yang sudah robek di sana sini. Sering kali dia dicaci, maki, keji dan di lahanat oleh sang-sang kasut yang lain kerana mereka masih lagi bergaya. Aku lah yang menjadi tempat sang kasut melepaskan rasa amarah,hiba, kecewa. Aku faham perasaan jiwa si kasut terkutuk itu.
###########################
Akibat daripada caca merba serta carutan sekeliling, si kasut hitam putih corak iluminati sudah tiada niat untuk hidup lagi. Dia sudah nekad mahu menamatkan riwayatnya dengan menghumban kan dirinya ke dalam hutan pine yang tajam. Jika itu tidak mampu membunuhnya, biarlah dirinya di baham serigala, musang atau anjing yang kelaparan. Sudah tidak sanggup ditahan seksa dunia ini. Mujurlah aku bau perancangan si kasut dari awal. Sempat aku menyelamatkanya dari melakukan tindakan di luar akal pemikiran. Bodoh punya kasut! Si kasut tidak sedarkan diri setelah aku menyelamatkannya. Maklumlah, melebihi batasannya untuk terjun di ketinggian 400 kaki.
#############################################
Selepas berkerja mencari 25+ bakul ceri, kasut aku melalui fasa yang kedua dimana aku membawanya ke sungai untuk memancing belut. Dengan kesejukan air sungai di malam hari disamping kepekatan malam yang gelap, kasut aku tidak tahu apa yang menantinya. Dengan berbekalkan kepercayaan terhadap diriku, kasut aku telah dicelup ke dalam selut, dijadikan senjata untuk menamatkan riwayat sang belut, dan juga tempat udang kara berpaut ketika kami meredah anak sungai seperti dalam rancangan 'The Deadliest Catch'
#####################
###########################
Akibat daripada caca merba serta carutan sekeliling, si kasut hitam putih corak iluminati sudah tiada niat untuk hidup lagi. Dia sudah nekad mahu menamatkan riwayatnya dengan menghumban kan dirinya ke dalam hutan pine yang tajam. Jika itu tidak mampu membunuhnya, biarlah dirinya di baham serigala, musang atau anjing yang kelaparan. Sudah tidak sanggup ditahan seksa dunia ini. Mujurlah aku bau perancangan si kasut dari awal. Sempat aku menyelamatkanya dari melakukan tindakan di luar akal pemikiran. Bodoh punya kasut! Si kasut tidak sedarkan diri setelah aku menyelamatkannya. Maklumlah, melebihi batasannya untuk terjun di ketinggian 400 kaki.Disaat ini, si kasut hitam putih corak iluminati memandangku dengan lemah. Yang dulunya hanya calar sudah menjadi lubang yang tidak mampu ditutup lagi. Tiada apa lagi yang mampu di lakukan untuk menjadikan hari-hari terakhirnya tersenyum. Jangan risau sahabatku. Kau tetap akan berada disisiku sehingga kau terkulai tidak bernyawa di kaki ku.
p/s: Sape-sape berminat nak beli kasut aku nie, boleh PM aku. Starting price 15 tak kira dalam mata wang apa sekalipun.
p/s no2: Aku baru tau PM tu personal message. Bangsat kan??
p/s no2: Aku baru tau PM tu personal message. Bangsat kan??
Friday, October 1, 2010
Local Act 66: Irama Ska Penghubung Perasaan Itu
~Temanku~
Engkau berlari
Mengejar pelangi
Bersama bayang bayang sendiri
Masih engkau tercari, menanti
Engkau tangisi
Kesali yang terjadi
Bagai layang layang tak bertali
Terbang ke langit tinggi dan pergi
Masihkah engkau sama
seperti sebelumnya?
Hilangmu buat aku tertanya
Apakah dapat kita
bersama semula?
Mengulang saat saat remaja
Oh, temanku!
Tak sanggup ku lihat deritamu?
Oh, temanku!
Lupakah kau dengan janjimu
Yang dulu?
by: Gerhana Ska Cinta

Engkau berlari
Mengejar pelangi
Bersama bayang bayang sendiri
Masih engkau tercari, menanti
Engkau tangisi
Kesali yang terjadi
Bagai layang layang tak bertali
Terbang ke langit tinggi dan pergi
Masihkah engkau sama
seperti sebelumnya?
Hilangmu buat aku tertanya
Apakah dapat kita
bersama semula?
Mengulang saat saat remaja
Oh, temanku!
Tak sanggup ku lihat deritamu?
Oh, temanku!
Lupakah kau dengan janjimu
Yang dulu?
by: Gerhana Ska Cinta

p/s: <<<<<<<<< Say hello to Mr. Freezing Feet
Subscribe to:
Posts (Atom)