Thursday, May 12, 2011

Local Act 91: Helluva night!

Here's a thought:

" I wish I can turn back time"

Then came another thought:

" if you could turn back time, what would you change?"

Finally, this thought came:

" To change my mindset that I wish I can turn back time every single fucking day!"



p/s: duhh!! face the cold fact and hit the reality ground!

Wednesday, April 27, 2011

Local Act 90: SONUVABITCH

Rasa macam berkurun jugak aku tak singgah kat sini. Sibuk dengan realiti yang mencabar minda untuk aku mencari kebenaran. Assignment yang bertimbun, isu video sex seorang ahli politik, isu orang-orang yang cuba jatuhkan ahli politik itu dengan video sex dan isu orang-orang lain yang cuba cari video sex ahli politik yang cuba dijatuhkan sesetengah pihak atas alasan nak buat kajian (padahal nak buat koleksi). Tidak lupa juga ada 18 video sex yang dicanang-canangkan akan disebarkan dalam masa terdekat ini. Sebab itu aku tak kisah siapa pun yang memerintah negara ini. Alasan mudah, yang memerintah akan menyalahgunakan kuasa untuk menjatuhkan pihak lawan. Yang menjadi mangsa, rakyat. Pusing-pusing, putar-putar, benda yang sama akan jadi.

Cakap pasal pusing-pusing, putar-putar ini, semester depan aku kene terajang keluar dari asrama. Bukan sebab aku pukul orang, main anak dara orang, atau curi harta-harta asrama lepas tu jual pada besi buruk. Aku kene terajang sebab asrama tak cukup nak tampung orang. Sebab apa tak cukup nak tampung, sebab blok asrama tak cukup. Sebab apa blok asrama tak cukup, sebab ada blok yang rosak, pihak atasan tak nak repair, alasan tunggu budget. Dah ada blok yang baru siap, cantik, tak nak bagi duduk,alasan blok itu untuk tetamu-tetamu dari luar. Kera kat hutan korang bagi susu Anmum, ada DHA dan segala macam zat-zat yang sihat walafiat, anak kat rumah bagi susu getah.

Tambah pulak semester depan aku dah mula praktikum kat sekolah. Lagi 2-3 bulan baru bagitau kene keluar asrama. Kenapa tak bagitau 2-3 hari sebelum aku masuk sekolah? Ini semua sama macam isu video sex. Ada kuasa, ada pangkat, petik jari je nak jatuhkan orang lain.

4hb Jun 2011 dah nak dekat. Aku rasa aku tak suka dengan tarikh tu. Macam mana nak skip 4hb Jun 2011?

Kesimpulannya, isu video sex, isu kene terajang keluar asrama, isu 4hb Jun 2011. You all are SONUVABITCH

Monday, April 4, 2011

Local Act 89: Syaitan dan kita

Sesungguhnya, syaitan itu sentiasa bersama kita. Syaitan itu akan sentiasa berusaha untuk menyesatkan umat manusia. Dan kita akan menjadi lebih 'vulnerable' dengan hasutan dan mainan syaitan ini ketika kita kusut, berserabut. Pada saat kita dalam keadaan yang sedemikian, syaitan akan cuba sehabis baik untuk meracuni pemikiran kita, dan pabila kita termakan hasutan syaitan itu, kita akan melakukan sesuatu di luar batasan akal dan memalukan diri kita sendiri.

Sebagai contoh, syaitan menghasut anda meminta top-up Celcom di kaunter tiket LRT. Sungguh memalukan diri. Pasti syaitan yang sedang menghasut gadis yang menjaga tiket LRT itu melakukan kejahatan berguling-guling ketawa.


p/s: Setan punya syaitan!

Sunday, March 6, 2011

Local Act 88: This feeling is called fuck-up






Aku pun tak tau kenapa. Pagi semalam bangun tidur aku tak senang hati. Perasaan marah aku meluap-luap. Tak tenteram. Nak kata aku mimpi yang celaka-celaka, tidur tanpa ditemani mimpi semalam. Tapi perasaan amarah muncul tiba-tiba. Rasa menyampah campur rasa fucked-up. Bila dah rasa fuck-up tu, secara tak langsung aku rasa lapar. Itu memang normal plus malam semalam aku makan mi cepat siap untuk dinner.


Lepas gosok gigi, aku siap-siap nak masak mi cepat siap lagi. Tak tau kenapa, susah sangat nak buka paket mi tu dengan tangan. Dan pada ketika itu perasaan amarah tu datang menyerang. Aku maki-maki paket mi yang tak bernyawa tu. Kalau hari-hari tak fuck-up, aku rileks, walaupun masalah yang sama berlaku sebab pada aku itu small matter. Tapi bukan semalam, sebab semalam benda-benda kecik pun boleh buat aku angin satu badan. Lepas peristiwa mi segera, emosi aku tak stabil for the whole day. Segala benda yang tak kena sekeliling aku, hatta benda bodoh macam duit syiling jatuh atas lantai pun aku dah maki hamun. Kawan aku mintak tolong ambikkan barang aku dah bagi ayat-ayat sadis sedas dua. Angin tiup jatuhkan tuala aku dari ampaian aku rasa nak tumbuk angin tu. Memang betul-betul bermasalah.

Kenapa aku emosi mengalahkan perempuan bila bangun tidur semalam? Adakah hormon dalam badan aku secara tiba-tiba bersepakat untuk berubah kepada hormon perempuan? Aku selak seluar. Masih ada lagi. Mungkin simptom-simptom yang berlaku pada perempuan bila nak datang bulan mula berlaku pada aku? Semalam aku sakit perut tapi bukan sebab senggugut,tapi sebab makan mi cepat siap perasa tom yum yang semakin tak serasi dengan diet aku. Agaknya masa aku tidur, ada pendarahan berlaku. Aku check katil, cadar, tilam, seluar tidur. Bersih daripada tompokan merah. Lepas 10 minit, baru aku perasaan, tersasar sungguh assumption aku tentang masalah yang melanda. Then aku emo balik. Tengok!. Emo balik!




Entah berapa ramai orang aku maki hamun, carut marut, bagi ayat sadistik dan sarkastik aku pun tak tau. Itu baru orang. Benda-benda tak bernyawa lagi hebat aku attack. Bila dah penat sangat melayan perasaan fuck-up ni, aku lepaskan pada gitar aku. Awal-awal bila nak keluarkan gitar tu pun aku rasa nak patahkan gitar tu jadi dua. Terasa hodoh bagai gitar aku. Aku petik beberapa notes yang agak harmonik, dengan harapan mampu melegakan rasa yang beban ini. Akhirnya, lagu jenis heavy metal, yang harus dilagukan dengan jerit-jeritan dan bunyi yang macam nak pecah gegendang telinga menjadi pilihan. Yang menjadi mangsa, lagu Siti Nurhaliza 'Aku Cinta Padamu' yang jiwang aku tukar jadi rock keras. Tapi boleh tahan.


Benda ini aku rasa jadi pada semua orang. Aku jenis bukan yang akan menggelabah itik bila ada benda tak kena dalam hidup. Aku akan cuba untuk bertenang dan mencari the best solution to the problems. Tapi bukan semalam,sebab aku rasa masalah itu boleh hilang dengan maki hamun, talking thrash, dan kekejaman sama ada percakapan atau perbuatan. Aku mengaku aku ada sedikit panas baran, tapi selalunya aku mampu mengawal perasaan amarah itu dengan sedikit reasoning dan positive thinking. Dan aku tak nak orang-orang atau benda-benda sekeliling aku menjadi mangsa akibat perasaan ini. Tengoklah segala macam perang dan gaduh dalam dunia sekarang. Semua sebab tak mampu membuat pertimbangan yang betul. Sebab apa? Sebab sifat amarah atau wrath menyelubungi perhitungan. Wrath clouded the ability to make judgement.


Kalau boleh, aku tak nak perasaan ini timbul bila aku dah berkeluarga nanti. Aku tak nak situasi-situasi macam ini terjadi bila aku dalam genggaman wrath:


" Ayah, macam mana nak main lagu Cindai versi rock?" "Tak nampak ayah takde mood nie!!!!" PAAANG!!

atau

" You, anak kita dah tidur, malam nie malam Jumaat" "Ape kena mengena anak dah tidur dengan malam Jumaat!!!?? PAAANG!!

atau dengan anak-anak murid aku kat sekolah

" Sorry Sir, I was late because I helped a teacher carrying her book just now" "PAAAAANG", takde cakap banyak lagi.

Harap-harap lepas ini, kalau perasaan ini muncul lagi aku boleh mengawalnya seperti mana biasa aku mampu lakukan.Harap bila aku bangun dari tidur nanti, semua akan jadi seperti sediakala.Dimana aku adalah aku yang sepatutnya. Sentiasa tenang dan cool tatkala menghadapi segala rintangan dan cabaran dunia.


Losing your coolness and the ability to rationalize everything around you is like losing your head





p/s: Perasaan amarah, lepas ini kalau kau nak datang dan control aku,biar time aku kene rompak atau ada manusia bodoh nak pukul aku. Baru ada macam gaya Hulk. Me smashhhhh!

Thursday, March 3, 2011

Local Act 87: Hujan di Kuala Lumpur

Malam ini hujan lebat. Mencurah-curah menghentam bumi,

Cahaya kilat bagaikan ada satu 'flash' besar sedang menangkap potret mahluk-mahluk di Kuala Lumpur yang sedang lena dibuai mimpi,

Dentuman guruh bagaikan satu jasad yang besar,jatuh dari ketinggian yang tidak tercapai akal dan hati,

Lalu menghentak tanah, bergema satu kota metropolitan ini,

Hujan rahmat di awal pagi,

Tempias hujan membasahi diri,

Sejuk ketar menggigit sehingga hujung kaki,

Tingkap ditarik rapat mati,

Ini petanda kuasa Ilahi.



p/s: Katil aku betul-betul sebelah tingkap. Ada kemungkinan boleh kene panah petir walaupun dalam bilik. Boleh ke petir tu buat curve? Mintak dijauhkan mati kene panah petir curve dalam bilik.Aminnnnn~




Friday, February 25, 2011

Local Act 86: Ekspidisi

Jam menunjukkan angka 3.30 pagi. Tekak tiba-tiba kering. Ditepi meja, dua botol air kosong berdiri tegak. Ah, perlu diisi botol-botol air ini untuk memuaskan tekak yang kering. Bangkit bangun dari katil, mencapai dua botol kosong, bergerak ke arah lif usang yang cabuk. Lif bergerak perlahan dari 'ground floor' ke tingkat tujuh. Pintu lift terbuka. Masuk. Butang 'ground floor' ditekan semula lalu turun semula ke bumi. Bunyi besi bergeser menjadi irama peneman.

Sampai di destinasi, melangkah perlahan ke arah blok 2. Agak sejuk pagi ini. Menyusun tapak ke arah 'water cooler' di blok 2. Terasa pelik. Penutup botol dibuka, dan pengisian air berlaku. Sambil menunggu, meninjau keadaan sekitar. Pelik sungguh rasa pagi ini. Seolah, seolah-olah ada sesuatu yang memerhati dari jauh. Kiri hutan tebal, kanan 'parking lot' yang suram. Sekali lagi, rasa pelik bercampur sejuk meremang datang menerpa.

Dua botol air sedia terisi penuh. Kerana terlalu dahaga, tekak ini perlu dibasahkan. Ketika mendongak meneguk air sejuk,terpandang sesuatu. Anak mata mula membesar, peluh sejuk mula menitis. Kelawar terbang melintas rupanya. Tekak mula lega. Perjalanan pulang disusun. Langkah kaki laju, tidak seperti tadi. Angin sejuk mula mengelus perlahan leher yang terdedah. Kedengaran dahan pokok bergoyang.

Langkah masih lagi laju tetapi stabil. Sampai di depan lift, butang ditekan. Pintu lift terbuka perlahan, seperti mahu melengah-lengahkan masa. Butang tingkat tujuh ditekan, dan sebelum pintu tertutup rapat, ternampak satu kelibat sedang berdiri. Memegang dua botol air. Bayang sendiri dalam cermin. Lift bergerak perlahan, bunyi irama besi bergeser kembali meneman. Terdengar juga suara berbisik. Didalam kepala.

Pintu lift terbuka. Tingkat tujuh. Melangkah masuk ke rumah dan terus ke bilik. Dua botol air berisi air diletak di tempat asal. Kembali rebah di atasa katil. Terpandang keluar tingkap. Anak mata kembali membesar.Langit malam tanpa bintang~

p/s: Fuck!! Macam mana boleh lupa malam nie malam Jumaat!!!

Thursday, February 24, 2011

Local Act 85: Kembalikan perempuan melayu


Aku rasa nak buat satu gerakan anti-tudung express. Tudung express a.k.a tudung Indon. Sumpah hilang seri gadis-gadis yang pakai tudung jenis macam ini. Memang tak salah pakai tudung gaya begitu, janji pakai tudung, tapi mungkin lebih ayu seseorang gadis itu kalau pakai tudung gaya biasa, bawal. Rasa kalau malas nak pakai tudung, lilit selendang beribu-ribu lilit pun boleh. Masih lagi manis. Bayangkan kalau semua perempuan dalam Malaysia ini bertudung expres, mungkin perkataan perempuan Melayu itu akan hilang, dan digantikan dengan perempuan 'sinetron'. Bukan aku sahaja yang tidak senang dengan fesyen tudung express ini. Survey yang aku jalankan mendapati rata-rata lelaki tidak gemar akan tudung express. Mungkin kajian aku ini hanya kecil-kecilan dan tidak 'valid', tapi buat gadis-gadis yang diluar sana, cuba tanya teman lelaki anda mengenai hal ini. Dan jangan terkejut jika reaksi yang diberikan sama seperti aku. Bagi lelaki yang menyokong pemakaian tudung express ini, mungkin mereka memberikan reaksi yang selamat, mungkin kerana gadis-gadis mereka garang atau kuat merajuk. Mungkin~~

Mungkin aku akan dikecam hebat selepas ini. Mungkin apabila aku berjalan-jalan di kawasan masjid India dan Jalan TAR, ada mata-mata memerhatikan aku sambil mengasah parang. Mungkin kenalan-kenalan aku yang bertudung express ini akan mencari jalan untuk melenyapkan aku dari muka bumi ini. Namun aku tetap dengan pendirian aku. Aku anti tudung express. Bukan aku anti-tudung ok.


Walaupun muka tampak suram, anda masih lagi ayu~



Sori,awak siapa? Tak kenal la~~

p/s: Siapa sokong, angkat tangan macam sayeee~~~