Sunday, March 6, 2011

Local Act 88: This feeling is called fuck-up






Aku pun tak tau kenapa. Pagi semalam bangun tidur aku tak senang hati. Perasaan marah aku meluap-luap. Tak tenteram. Nak kata aku mimpi yang celaka-celaka, tidur tanpa ditemani mimpi semalam. Tapi perasaan amarah muncul tiba-tiba. Rasa menyampah campur rasa fucked-up. Bila dah rasa fuck-up tu, secara tak langsung aku rasa lapar. Itu memang normal plus malam semalam aku makan mi cepat siap untuk dinner.


Lepas gosok gigi, aku siap-siap nak masak mi cepat siap lagi. Tak tau kenapa, susah sangat nak buka paket mi tu dengan tangan. Dan pada ketika itu perasaan amarah tu datang menyerang. Aku maki-maki paket mi yang tak bernyawa tu. Kalau hari-hari tak fuck-up, aku rileks, walaupun masalah yang sama berlaku sebab pada aku itu small matter. Tapi bukan semalam, sebab semalam benda-benda kecik pun boleh buat aku angin satu badan. Lepas peristiwa mi segera, emosi aku tak stabil for the whole day. Segala benda yang tak kena sekeliling aku, hatta benda bodoh macam duit syiling jatuh atas lantai pun aku dah maki hamun. Kawan aku mintak tolong ambikkan barang aku dah bagi ayat-ayat sadis sedas dua. Angin tiup jatuhkan tuala aku dari ampaian aku rasa nak tumbuk angin tu. Memang betul-betul bermasalah.

Kenapa aku emosi mengalahkan perempuan bila bangun tidur semalam? Adakah hormon dalam badan aku secara tiba-tiba bersepakat untuk berubah kepada hormon perempuan? Aku selak seluar. Masih ada lagi. Mungkin simptom-simptom yang berlaku pada perempuan bila nak datang bulan mula berlaku pada aku? Semalam aku sakit perut tapi bukan sebab senggugut,tapi sebab makan mi cepat siap perasa tom yum yang semakin tak serasi dengan diet aku. Agaknya masa aku tidur, ada pendarahan berlaku. Aku check katil, cadar, tilam, seluar tidur. Bersih daripada tompokan merah. Lepas 10 minit, baru aku perasaan, tersasar sungguh assumption aku tentang masalah yang melanda. Then aku emo balik. Tengok!. Emo balik!




Entah berapa ramai orang aku maki hamun, carut marut, bagi ayat sadistik dan sarkastik aku pun tak tau. Itu baru orang. Benda-benda tak bernyawa lagi hebat aku attack. Bila dah penat sangat melayan perasaan fuck-up ni, aku lepaskan pada gitar aku. Awal-awal bila nak keluarkan gitar tu pun aku rasa nak patahkan gitar tu jadi dua. Terasa hodoh bagai gitar aku. Aku petik beberapa notes yang agak harmonik, dengan harapan mampu melegakan rasa yang beban ini. Akhirnya, lagu jenis heavy metal, yang harus dilagukan dengan jerit-jeritan dan bunyi yang macam nak pecah gegendang telinga menjadi pilihan. Yang menjadi mangsa, lagu Siti Nurhaliza 'Aku Cinta Padamu' yang jiwang aku tukar jadi rock keras. Tapi boleh tahan.


Benda ini aku rasa jadi pada semua orang. Aku jenis bukan yang akan menggelabah itik bila ada benda tak kena dalam hidup. Aku akan cuba untuk bertenang dan mencari the best solution to the problems. Tapi bukan semalam,sebab aku rasa masalah itu boleh hilang dengan maki hamun, talking thrash, dan kekejaman sama ada percakapan atau perbuatan. Aku mengaku aku ada sedikit panas baran, tapi selalunya aku mampu mengawal perasaan amarah itu dengan sedikit reasoning dan positive thinking. Dan aku tak nak orang-orang atau benda-benda sekeliling aku menjadi mangsa akibat perasaan ini. Tengoklah segala macam perang dan gaduh dalam dunia sekarang. Semua sebab tak mampu membuat pertimbangan yang betul. Sebab apa? Sebab sifat amarah atau wrath menyelubungi perhitungan. Wrath clouded the ability to make judgement.


Kalau boleh, aku tak nak perasaan ini timbul bila aku dah berkeluarga nanti. Aku tak nak situasi-situasi macam ini terjadi bila aku dalam genggaman wrath:


" Ayah, macam mana nak main lagu Cindai versi rock?" "Tak nampak ayah takde mood nie!!!!" PAAANG!!

atau

" You, anak kita dah tidur, malam nie malam Jumaat" "Ape kena mengena anak dah tidur dengan malam Jumaat!!!?? PAAANG!!

atau dengan anak-anak murid aku kat sekolah

" Sorry Sir, I was late because I helped a teacher carrying her book just now" "PAAAAANG", takde cakap banyak lagi.

Harap-harap lepas ini, kalau perasaan ini muncul lagi aku boleh mengawalnya seperti mana biasa aku mampu lakukan.Harap bila aku bangun dari tidur nanti, semua akan jadi seperti sediakala.Dimana aku adalah aku yang sepatutnya. Sentiasa tenang dan cool tatkala menghadapi segala rintangan dan cabaran dunia.


Losing your coolness and the ability to rationalize everything around you is like losing your head





p/s: Perasaan amarah, lepas ini kalau kau nak datang dan control aku,biar time aku kene rompak atau ada manusia bodoh nak pukul aku. Baru ada macam gaya Hulk. Me smashhhhh!

2 comments:

Florinta Edward said...

Pkir pempuan dtg bulan je yg ada masalah mcm nie..tak sangka amer telah membuktikan yg lelaki pun ada juga penyakit dtg bulan cuma bukan luaran..pendarahan dalam kot..tu yg effect dia lagi ganas..

The Corrupted said...

errrr....pendarahan dalaman? itu lagi bahaya...boleh buat mati kot....standard la tu...semua mahluk pun ada bad day diorang....waima seekor lalat pun...mahupun seorang lolita....it comes back how u manage them je....