Wednesday, August 4, 2010
Local Act 57: Hari Superhero Sedunia
Memang tak logik bila fikir balik. Mana nak cari labah-labah yang ad radioactive. Silap-silap menatang tu mampus dulu kalau jatuh dalam radioactive concoction. Buat armor suit macam Ironman? Tak bergerak orang yang pakai suit tu, berat nak mampus satu hal, nak sumbat aircond dalam suit tu satu hal, kene pulak ad ruam.Pergh!! Tengok macam mana nak keruk!! Azab kot kalau gatal kaw-kaw tak boleh nak keruk! Aku rasa takde pun sorang millionaire dalam dunia nie nak keluar malam pakai thights and spender kat luar selamatkan orang. Baik duduk diam-diam dalam penthouse, gundik kiri kanan bagi service. Bak kata Benny Bennasi, Satisfaction!!
Tapi, macam mana pulak orang macam aku, macam orang lain? Yang pernah terniat nak jadi superhero lepas di inspirasi oleh "comic superhero". Yang memang nak make the world to a better place untuk generasi akan datang. Senang je,just perlukan the spark to trigger the enthusiasm to change something. Contoh, mamat A nie membesar dalam keluarga yang porak peranda, bapak selalu pukul mak, tibai anak, satu hari, dier dapat the spark, nak ubah keadaan keluarga dier, keluarga orang lain yang ada masalah yang sama. So dia belajar tinggi-tinggi, sampai cucur atap, jadi macam Dr. Fadhilah Kamsah, kaunselor keluarga. Hanya dengan ilmu, dan sedikit keinginan nak jadi superhero, dier mampu jadi hero in reality. Walaupun tak pakai seluar dalam kat luar,takde kereta 600 kuasa kuda, still, aku yakin dia mampu selamatkan ramai orang.
Kau nak ubah bidang kesihatan supaya orang jadi lebih sihat dan kuat, jadi doctor. Kau nak basmi penjenayah yang berleluasa, jadi polis. Kau tak takut api, jadi fireman. Nama dah gempak. Ada truck berapa ratus kuasa kuda aku pun tak tau. Kau nak bela agama Islam yang semakin ditindas sekarang ni, pasang niat jadi ulama'. Janji niat ikhlas nak change for something better.
Aku nak jadi superhero yang boleh menjadikan sistem pendidikan negara lebih masuk akal. Misi pertama aku nak kawal perangai budak-budak yamg makin kurang ajar. Member aku ada tunjuk satu insiden kat Malaysia dimana student tumbuk cikgu lepas dah penat gaduh mulut. Lepas tengok video tu, sumpah aku cakap aku nak terajang budak tu. Terajang?? Sekarang kau sindir budak pun boleh jadi kes besar. Teringat time aku sekolah dulu, cikgu aku siap baling kasut, rotan kat bontot macam aku rogol orang. Sebab tau salah, tak de cakap banyak. Now, semua superpower tu dah kene tarik balik dari cikgu. Yang tinggal power nak menyampaikan ilmu je. Dah kalau kau semangat nak ajar student tapi sorang-sorang kencing berak ludah atas kepala kau, tak guna. Parents are the kriptonite for teachers. Mungkin parents zaman sekarang tak kisah anak diorang nak jahanam, janji pergi sekolah, buat-buat belajar. Bekas cikgu Fizik aku dah pesan awal-awal " Balik Malaysia cepat, see the true colour of our students, HAHAHAHA", Gelak kejam cikgu aku nie.
Bila dah lama-lama, aku dah less takut dengan masalah disiplin dikalangan students kat Malaysia. Mungkin sebab aku pun macam diorang dulu, faham sebab apa nak kene memberontak setiap masa. With that knowledge, aku hope mampu jadi seorang super cikgu satu hari nanti. Aku rasa nak kene ada lagu introduction bila aku masuk kelas, baru diorang tau sape super-hero.Hahaha..so aku pilih lagu ni
Thursday, July 22, 2010
Local Act 56: Anak Adam itu tidak sempurna.....
" Hensem tahap babi dowh si Adam tu", si B bgtau....
" Dah la kaya, pandai, anak lord, pergh", C pulak cakap..
"Jambu kot muka Adam tu, hensem nak mampus", D menyelit( D nie lelaki, so aku agak pelik)
Nie adalah some of the response yang aku dengar bila aku tanya orang pasal series Adamaya. Heboh kat facebook tu dengan status pasal Adamaya. Aku yang dah 2 tahun tak tengok TV Malaysia dah risau. Mana la tau Adamaya nie virus mcm H1N1 or selsema burung. Bila tanya orang Malaysia apa jadahnyer Adamaya tu, response semua lebih kurang macam kat atas tu. Tanya mak aku, apa yang best kat Malaysia sekarang, dan dengan bangga dier jawab, Adamaya.
Disebabkan sifat ingin tahu aku membuak-buak, aku pun tanya la Mr Google pasal Adamaya nie. Rupanyer, Adamaya ni kesinambungan daripada filem "I'm Not Single". Aku pernah layan filem tu, and to be honest, its a nice film. Lepas dapat informasi tu, aku ingat boleh la bangga skit bila orang sembang pasal Adamaya, tapi still, aku lost.
Selongkar-selongkar laptop member aku one day, jumpa series Adamaya dalam simpanan dier. Biar betul mamat nie? Layan Adamaya juga ke? Bila aku tanya, ayat cover keluar, "Cibai! Sape letak dalam laptop aku cerita nie?", aku iyekan je." Memang cibai kan sape letak cerita nie dalam laptop kau! Kau dah la macho, mana layan cerita-cerita nie", aku bagi backup sikit kat dier. Tapi, aku still sedut jugak series tu, bagi alasan baik, " Hari nie aku bosan".
Aku layan 23 episod dalam masa satu hari. Tutup lampu bilik, berselubung dalam selimut, bagi feeling sikit. Habis series tu, aku gelak sorang-sorang. Teringat balik response-response yang member-member aku bagi pasal Adam. Peluang untuk semua kaum Hawa yang nak lelaki yang dewa macam Adam adalah 0%. Takde lelaki dalam dunia nie yang handsome gile, kaya gila, baik gila and pandai gila at the same time. Kalau korang cakap pakwe/boyfriend/balak korang tergolong dalam kategori macam nie, korang nampak Malaikat depan korang, bukan orang. Sebab manusia itu tak sempurna, tak kira lelaki or perempuan. Tak salah if nak berangan dapat husband or pakwe macam Adam tu, tapi jangan la obses sangat sampai sanggup tinggal pakwe yang sedia ada, just sebab dier tak tau beza fotosintesis dengan fotografi, duit dalam wallet ada 3 ringgit je, hisap rokok sekotak sehari,keluar malam balik pukul 4 pagi. Terima apa yang ada pada pasangan anda tak kira baik buruk, tak kira yang lelaki atau perempuan.
Tapi bila fikir balik, ramai yang cair dengan Adam nie sebab Syed Hussein ( betul ke tak nama tu aku tak ambik kisah) memang dah jadi kegilaan wanita. Cuba la watak Adam tu orang lain yang bawak, let say:
a) Munir Phyneballerz
b) Nabil Rajalawak
c) Saiful Apek
d) Azlee Senario
Tengok cair ke tak dengan Adam tu.
Wednesday, July 14, 2010
Local Act 55: Les Paul Epiphone
Salam kepada semua yang datang singgah ke alam nukilan aku yang tak seberapa nie. Sejak exam aku habis iaitu sebulan lebih yang lepas, blog aku agak bersawang. Sibuk mengisi masa cuti semester dengan WORLD CUP, petik guitar, layan tetamu datang dan enjoying myself. Lagi 5 hari semester 2 second year bermula dan lagi 4 bulan lebih aku di New Zealand sebelum pulang ke tanah air for good. Damn! Sekejap la pulak rasa……
World Cup. Spain menang, memang dah aku jangka. Even in the beginning the players main macam nak tak nak je, in the end piala diorang yang julang. Tahniah buat Spain. But, the funniest about this world cup revolve around an octopus..Sotong bernama Paul nie jadi popular sebab kononnya mempunyai kuasa psikik ramal sape yang menang WC nanti. Every game German sotong lahanat nie predict German menang, except for the last game for German bila jumpa Spain. Agaknya sotong nie gatal kot, awek Spain macam Rosalinda Ayamo tu goda dier, iman tergugat, then predict Spain menang against German . Pada aku memang bullshit la. Aku tak tau apa trickery diorang guna sampai sotong nie tiba-tiba ada magic, tapi memang tak masuk akal. Probably it's just a coincidence tapi jangan terkejut if sotong nie jadi macam Maradona. Disanjung macam Messiah. Siap ada church lagi. Maybe sotong nie pun ada chance jugak kot pakai topi Pope. Jadi Pope Paul. Damn!


The next Pope??
Sementara cuti yang tinggal lagi 5 hari je lagi, adalah lebih baik untuk aku habiskan nya dengan berdamping dengan Epiphone aku. Nak main macam Carlos Santana entah bila agaknya. Tak dapat macam Carlos Santana, main macam Synester Gates pun jadilah, itu pun entah bila agaknya. Tak pun, if boleh main macam Mohamad Syafiq Mohamad (Syah) pun jadila….
Wednesday, June 9, 2010
Local Act 54: Aku rasa aku sudah tidak betul
Entri kali nie agak bangsat ….sebab kepala otak agak bercelaru...macam wayang gambar dengan cerita yang berlainan tengah ditayangkan…siapa yang nak tengok cerita yang berlainan sekaligus? Mungkin sebab rasa cuak sebab final exam dah semakin dekat? Cuak?? Hahaha…biar betul ko dude? Damn!! Maybe baru lepas layan "The Soloist", cerita orang hebat main musik tapi gila. Buat aku jadi gila juga melayan watak gila ni. Mungkin juga aku tensi sebab dah berapa blog orang aku cuba try test masuk, semua pun hanya untuk pembaca terpilih. Aku tak cukup hebat sebagai pembaca ke? Aku ambik kelas membaca dengan menulis kot untuk semester nie..kenapa pula aku tak layak nak baca blog anda yang ada password ni? Terasa juga nak tukar layout blog ni sebab rasa bagai ketinggalan zaman. Hulur-hulur buah fikiran anda semua nak letak tajuk blog ni apa. "Dari Indie Ke Hati Besi"?, Indie celah mana kalau dah tak update mengenai industri musik Indie Malaysia. Hati besi? Besi mudah berkarat. Biar lama-lama terus tiada hati lagi. "Jiwa Kosong"? Ramai yang memberi teguran, tak sesuai guna Jiwa Kosong. Dengar sini, Manusia itu sentiasa jiwanya kosong, sebab itu ada perasaan tamak, dengki, mahu dilengkapi dan melengkapi, kerana Jiwanya Kosong. Isilah dengan apa sekalipun, pasti akan terasa kosong. Selagi kita melakukan kesilapan, selagi itulah Jiwa kita akan kosong. Jangan lari dari jiwa yang kosong, tetapi terimalah ia dengan seikhlas-ikhlasnya.
Betulkan? Berbaur bangsat pula entri ini. Mungkin kapasiti penumpuan semakin rendah akibat aktiviti-aktiviti yang tidak sihat seperti membaca cerita tentang "Peranan Lord of the Ring dalam memartabatkan Kaum Maori dan New Zealand" dan " Perkomputeran dan kesannya pada kesejahteraan intelek". Membaca cerita-cerita ini mampu membunuh.
Wednesday, June 2, 2010
Local Act 53: Everything happens for a reason
Everything happens for a reason…..Every single thing happens for a reason….Every fuckin' thing happen for a fuckin' reason. Even if the reasons are still unclear, but yea…it still has it reasons…Reasons? What are reasons? Something you believe is the right thing to do? Or is it something you have to do? Even reason can cloud your judgment, affect your action, and finally, you will drown with all the reasons you hold on to. In the end, reasons are the one who kill you. Everything happens for a reason right? Just hold tight to that fuckin' reason, and pray it will save you.
Saturday, May 29, 2010
Local Act 52: Cikgu pun pening…..
One thing yang buat aku menyampah bila bukak facebook is baca status org. Maksud aku kat sini bukan menyampah content status tu, tpi more pada ejaan. Cuba korang ushar ayat nie:
" Ak x ske au org yg tpu org lain….menci gle au…dh la..ak nk kuntinew stdi au..."
Ak sebagai bakal cikgu dh mcm-mcm mix feeling ble jumpa ayat cm nie…first dh la susah aku nk paham….baca dekat 10 kali bru dpt tgkap maksud…second rasa geli geleman pun ad…sbb perkataan "au" tu…tulis betul-betul "tau" or "taw" x boleh ke? Dh macam maknyah pun ada ,even yg tulis tu pmpuan…thirdly.. ape jadahnyer "kuntinew" tu? Kuew tiau ke? If ko letak "continue" lagi sedap…even status ko cam haram jadah…
X salah nk guna short form dlm informal writing…nk guna bahasa rojak cam aku wat pun xpe…tpi at least senang org paham n x nmpak gedik dh la…kesian cikgu BM ajar perkataan "tau" tu jdi "au"..sedih dier tau ex anak murid dier jdi nyah….sumpah geli!…
Satu lgi perkataan yg aku menyampah yg byk org guna dlm facebook…GEGURL….what the hell!! Sumpah yg guna nie wat aku geli!
Wednesday, May 26, 2010
Local Act 51: This feeling will always stay
You know it ain't easy
For these thoughts here to leave me
There's no words to describe it
In French or in English
Well, diamonds they fade
And flowers they bloom
And I'm telling you
These feelings won't go away
They've been knockin' me sideways
They've been knockin' me out lately
Whenever you come around me
These feelings won't go away
They've been knockin' me sideways
I keep thinking in a moment that
Time will take them away
But these feelings won't go away
Sideways- Citizen Cope