Wednesday, December 7, 2011

Local Act 104: Courtesy on the road? Pfttt!

Aku nie boleh dikatakan sudah mula menjadi pemandu yang agak berhemah. Dulu aku mengaku kalau driving tu agak kelam kabut. Itu pun passenger aku yang rasa kelam kabut. Aku rasa aku cool je lagi. Jadi bila dah bawak kelam kabut nie sah-sah lah ada orang sound. Dan terima kasih kepada orang itu, aku dah jadi berhemah sikit. Sayang orang itu tak dapat tengok bertapa berhemahnya aku sekarang.

Bila aku dah berhemah aku rasa orang lain pulak yang rude bila driving.
Aku bawak Kancil dekat highway 90km/j. Aku tau Kancil aku mampu pergi 120 takdehal, tapi aku risau tayar tak jejak jalan je. Bila dah bawak 90 tu, aku kene sedar diri yang aku tak boleh duduk lane paling kanan. Orang cakap common sense la. Yang jadi gampangnya bila ada satu Myvi Lagi Best nie highbeam aku bila aku kat lane tengah. Dengan cucuk rapat bumper aku, kenapa dia tak nak potong belah kanan? Dah memang kanan tu lane memotong. Kenapa dia sungguh biadap nak suruh aku ketepi? Aku buat bodoh dan kekalkan 90km/j. Aku tutup aircond dan bukak tingkap. Lepas 5 minit, dia masuk lane kanan dengan tak bagi signal. Bila kereta Lagi Best tu sudah selari dengan Kancil aku, aku usha driver dier. Perempuan. Pakai spec hitam bingkai besar. Nampak macam gedik-gedik bimbo. Belah passenger pulak lelaki rambut spikey muka jambu air. Diorang usha aku sambil mulut kumat-kamit. Sah-sah maki aku.Tak kan berzikir pula dalam Lagi Best. Aku angkat tangan keluarkan Jari Keramat. Pasangan Lagi Best nampak bengang dan terus memecut laju. Puas hati!

Tapi,bila dah belajar jadi berhemah nie, orang boleh misinterpret niat baik kita. Cuba bayangkan situasi ini;

Again, on the highway, anda perasan ada satu kereta nie tak tutup tank minyak dia. Dah la tak tutup, cover tank minyak entah kemana. Sebagai seorang pemandu yang prihatin, anda risau la takut ada mala petaka yang tidak diingini terjadi. Jadi anda pun highbeamlah dari belakang. Anda highbeam dan highbeam kemudian anda terasa bodoh pulak. Bodoh sebab macam mana driver kereta tu nak tau tank minyak dia dalam jeopardy kalau anda setakat highbeam. Kerana perasaan berhemah anda membuak-buak, anda pun mengambil langkah drastik dengan cubaan memotong. Cubaan anda berjaya, anda sudah selari dengan kereta tersebut. Anda dapati driver kereta adalah seorang wanita comel bertudung. Anda melambaikan tangan dengan niat untuk mengambil perhatian driver tersebut. Driver wanita itu perasan dengan tingkah laku anda. Tanpa rasa bersalah, driver comel itu melambaikan tangan kepada anda sampil tersenyum. Sungguh comel senyuman nya. Anda cair dan memecut laju. Hati anda sudah mula berbunga. Niat untuk memberitahu tentang tank minyak sudah mati.

Sebab itu aku rasa berhemah di jalan raya ni macam urban legend je.


No comments: