Kepala gua sudah agak berat. 2 jam dah gua mengadap 'reflective task' yang harus di hantar Isnin. Tapi sebab gua rasa gua kene rasuk, gua jadi semangat nak siapkan pagi nie. 1500-2000, apedehal. Sebab dah tepu sangat gua decide nak take 15 minute rest. Gua capai Nokia 5800 dan belek-belek. Entah kenapa gua jakun sangat dengan Nokia 5800 gua pagi nie. Lepas tu gua bukak mesej dan masuk bahagian folder. Kat sini selalu gua simpan mesej-mesej merdeka, raya puasa, raya haji, merdeka, new year dan mana-mana mesej yang gua rasa kiut. Boleh tahan banyak mesej yang gua simpan, ada dalam 50 lebih. Gua baca mesej-mesej tersebut satu persatu untuk menghabiskan 15 minit masa rehat gua. Tiba ke mesej yang ke 43, gua terpinga kejap.
" i love the way u look at me, i love how i know u'll always be there when i need u 2 be, i love how complete i feel when i'm with u, i love the way u make laugh, i love the way u treat me, i love everything about u~. i love u syg.. ;-)"
Gua tengok bahagia sender hanyalah sekadar nombor yang gua dah buang jauh-jauh dari kotak minda gua. Cepat-cepat gua cari function delete. Gua tutup mesej, letak itu Nokia 5800 bawah bantal. Gua ingat 'Reflective task' tu gua patut sambung esok je. 1500-2000 je kan. Apedehal. Otak gua yang tepu bercampur syahdu nie patut diberi perhatian. Gua nak tidolah!

kalau gua masuk mesti gua johan punya. Takdehal lah!
p/s: Fuccckkkk! Macam mana boleh tak perasan mesej tu berkubur dalam Nokia 5800 gua?? Damn!!
2 comments:
untunglah dah pernah ber'syg'. haha. kidding bro! chill ah.
hahaha...kisah lama dude...sudah dilupai tapi boleh pula lupa mau delete msg nya....
Post a Comment