Saturday, June 4, 2011

Local Act 92: Interaksi mimpi dan realiti

Aku rasa semalam aku bingung sangat. Bingung yang pada tahap kau sendiri pun tak sedar kau bingung tapi bila dah lama-lama, baru kau sedar kau bingung. Macam serba tak kena. Macam kau ada dekat dimensi lain.

Kisah bingung ni bermula bila aku bangun tidur nak pukul 12 tengahari nak pergi solat jumaat. 3 minggu cuti plus aku tidur area pukul 6 pagi. Jadi memang wajar bangun pukul 12. Bila dah bangun tu, takla nak rajin sangat bangun macam budak skema pergi bilik air mandi siap-siap. Paling tidak golek-golek atas katil 10-20 round baru bangun. Tengah sedap-sedap golek, dengar mak aku sound aku.

" Budak pempuan mana yang kau dah termimpi-mimpi? Siap panggil-panggil nama lagi..."

Muka mak aku tenang sambil tengah bermain-main dengan mesin jahit dia. Aku yang terkebil-kebil bingung cuba nak ingat balik apa yang aku mimpi teruk sangat sampai boleh keluar nama. Tak tercapai akal. Susah betul kalau bilik tidur aku juga berfungsi sebagai bilik hobi mak aku. Macam-macam rahsia boleh terbongkar kalau hari-hari jadi macam ni. Aku tanya mak aku nama siapa yang cukup bertuah keluar ketika aku tidak sedar.

"N.............."

Aku malas nak response balik, cepat-cepat aku bangun mandi dan terus ke masjid. Aku sempat doa banyak-banyak agar aku tidur dalam keadaan yang lebih tenang lepas ni dan tak sebut nama siapa-siapa lagi.

************************************************************************


Satu lagi masa bingung aku bila tengok drama dengan mak aku. Cukup bingung. Lagi kalau drama tu ada bab rogol merogol, awek pakai seksi-seksi. Mesti mak aku akan memainkan peranan sebagai ibu contoh, membayangkan pelakon-pelakon yang melakonkan adegan tersebut seperti anak-anaknya. Dan yang jadi mangsanya aku.

" Adoi, sakit mata aku tengok pempuan pakai macam tu, skirt pendek, nampak dada, lurah siap.
Suka la kau tengok benda-benda mcm tu!"

Sumpah bingung. Kalau aku rasa nak menjawab aku menjawab. Tapi hari ni aku diamkan, sebab bingung pagi tadi tak hilang lagi.

2 comments:

Para Jamaludin said...

nora danish ni. haha

The Corrupted said...

nora danish? bini org mana nak muncul dlm mimpi aku...ke dier dah cerai? kalau cerai mybe boleh next time...hahaha