Friday, February 25, 2011

Local Act 86: Ekspidisi

Jam menunjukkan angka 3.30 pagi. Tekak tiba-tiba kering. Ditepi meja, dua botol air kosong berdiri tegak. Ah, perlu diisi botol-botol air ini untuk memuaskan tekak yang kering. Bangkit bangun dari katil, mencapai dua botol kosong, bergerak ke arah lif usang yang cabuk. Lif bergerak perlahan dari 'ground floor' ke tingkat tujuh. Pintu lift terbuka. Masuk. Butang 'ground floor' ditekan semula lalu turun semula ke bumi. Bunyi besi bergeser menjadi irama peneman.

Sampai di destinasi, melangkah perlahan ke arah blok 2. Agak sejuk pagi ini. Menyusun tapak ke arah 'water cooler' di blok 2. Terasa pelik. Penutup botol dibuka, dan pengisian air berlaku. Sambil menunggu, meninjau keadaan sekitar. Pelik sungguh rasa pagi ini. Seolah, seolah-olah ada sesuatu yang memerhati dari jauh. Kiri hutan tebal, kanan 'parking lot' yang suram. Sekali lagi, rasa pelik bercampur sejuk meremang datang menerpa.

Dua botol air sedia terisi penuh. Kerana terlalu dahaga, tekak ini perlu dibasahkan. Ketika mendongak meneguk air sejuk,terpandang sesuatu. Anak mata mula membesar, peluh sejuk mula menitis. Kelawar terbang melintas rupanya. Tekak mula lega. Perjalanan pulang disusun. Langkah kaki laju, tidak seperti tadi. Angin sejuk mula mengelus perlahan leher yang terdedah. Kedengaran dahan pokok bergoyang.

Langkah masih lagi laju tetapi stabil. Sampai di depan lift, butang ditekan. Pintu lift terbuka perlahan, seperti mahu melengah-lengahkan masa. Butang tingkat tujuh ditekan, dan sebelum pintu tertutup rapat, ternampak satu kelibat sedang berdiri. Memegang dua botol air. Bayang sendiri dalam cermin. Lift bergerak perlahan, bunyi irama besi bergeser kembali meneman. Terdengar juga suara berbisik. Didalam kepala.

Pintu lift terbuka. Tingkat tujuh. Melangkah masuk ke rumah dan terus ke bilik. Dua botol air berisi air diletak di tempat asal. Kembali rebah di atasa katil. Terpandang keluar tingkap. Anak mata kembali membesar.Langit malam tanpa bintang~

p/s: Fuck!! Macam mana boleh lupa malam nie malam Jumaat!!!

2 comments:

Florinta Edward said...

Amer2..lain kali isi siap2 botol air tue..did you sleep well last night? hehe..

The Corrupted said...

sleep like a new born baby......