Thursday, February 24, 2011
Local Act 85: Kembalikan perempuan melayu
Aku rasa nak buat satu gerakan anti-tudung express. Tudung express a.k.a tudung Indon. Sumpah hilang seri gadis-gadis yang pakai tudung jenis macam ini. Memang tak salah pakai tudung gaya begitu, janji pakai tudung, tapi mungkin lebih ayu seseorang gadis itu kalau pakai tudung gaya biasa, bawal. Rasa kalau malas nak pakai tudung, lilit selendang beribu-ribu lilit pun boleh. Masih lagi manis. Bayangkan kalau semua perempuan dalam Malaysia ini bertudung expres, mungkin perkataan perempuan Melayu itu akan hilang, dan digantikan dengan perempuan 'sinetron'. Bukan aku sahaja yang tidak senang dengan fesyen tudung express ini. Survey yang aku jalankan mendapati rata-rata lelaki tidak gemar akan tudung express. Mungkin kajian aku ini hanya kecil-kecilan dan tidak 'valid', tapi buat gadis-gadis yang diluar sana, cuba tanya teman lelaki anda mengenai hal ini. Dan jangan terkejut jika reaksi yang diberikan sama seperti aku. Bagi lelaki yang menyokong pemakaian tudung express ini, mungkin mereka memberikan reaksi yang selamat, mungkin kerana gadis-gadis mereka garang atau kuat merajuk. Mungkin~~
Mungkin aku akan dikecam hebat selepas ini. Mungkin apabila aku berjalan-jalan di kawasan masjid India dan Jalan TAR, ada mata-mata memerhatikan aku sambil mengasah parang. Mungkin kenalan-kenalan aku yang bertudung express ini akan mencari jalan untuk melenyapkan aku dari muka bumi ini. Namun aku tetap dengan pendirian aku. Aku anti tudung express. Bukan aku anti-tudung ok.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
10 comments:
haha.
kempen ni aku dh mulakan.
balik ke tudung bawal sebab semak sangat bila semua orang nak pakai selendang/syria/siput or whatever.
tp kalau bangun lmbt gi kelas aku pakai jugak. so kira hilanglah seri aku satu hari tu. dem.
senang je nak bg elak pakai tudung indon g class sbb bangun lambat........bangun la awal...hahaha....still lilit pakai selendang pun ok lgi ak rasa....xpun kalau dah lmbt sgt n perasaan malas tu mbuak2...pakai tudung saji...tu pun kalau ad bran la kan.....
er..tudung indon yang cne?
aku pakai tudung syria.
tudung indon yg mcm lisa pakai ni aku tak pakai sebab tak elok dengan muka aku.
syria is the simplest tudung bagi aku. takde la hodoh, tapi ok la.
cuma aku pun sedang improve cara bertudung ni. its about process.
tudung saji takde pulak kat bilik.
Saya tetap merasakan baju kurung cantik dipakai dengan tudung bawal. Nampak sangat Malaysian. :)
@para: pakai tudung saji pun cara dowh....nmpak mcm awek kampung g sawah....
lolita: glad u support my notion....hahahah...spread the notion to other girls....
orang skrg dah macam alien dah pki tdung.skit lg nnt nk ada antena kot kat tdung.sronok masa kat nz dl,blasah je pki tdung bwl xiron,tdung hjau baju merah ke,tetap nampak ayu weee
skit hari lgi...bleh hntr g marikh..ajar alien pakai tudung.....
aku setuju dgn florinta
(captcha aku ni "mende" do. giel melayu)
hahaha...semangat la plak korang nie
hahahahha
Post a Comment