
Kasut Vans slip-on black&white corak iluminati
Kalau korang rasa aku nak bercerita pasal kaitan kasut aku nie dengan gerakan iluminati@freemason, sila tarik nafas dalam-dalam lepas tu mengeluh panjang-panjang. Sebab aku tak menggunakan kasut aku nie untuk memasuki mana-mana lodge freemason di New Zealand ataupun kasut aku nie menjadi pintu gerbang syaitan@dajjal nak menakluki dunia. Tidak sama sekali. Kasut nie aku beli di awal bulan 4 tahun 2009. Zaman pasca kemerdekaan. Dibeli dengan harga NZD70, kasut nie menjadi barang kesayangan aku. Dan aku berharap agar ia mampu bertahan lama, melindungi perjalanan ku ulang-alik ke kelas disamping menambahkan keyakinan diri aku di khalayak ramai. Dengan menganggarkan kasut hikmat ini mampu bertahan selama 2 tahun, aku boleh menghabiskan sisa-sisa hidupku dengannya.
#############################
9 October 2010
Hati aku sebak berdayu melihat jasad yang terkulai di beranda rumah. Mencungap-cungap meminta nyawa, walaupun ajalnya masih lagi panjang.


###########################
Disaat ini, si kasut hitam putih corak iluminati memandangku dengan lemah. Yang dulunya hanya calar sudah menjadi lubang yang tidak mampu ditutup lagi. Tiada apa lagi yang mampu di lakukan untuk menjadikan hari-hari terakhirnya tersenyum. Jangan risau sahabatku. Kau tetap akan berada disisiku sehingga kau terkulai tidak bernyawa di kaki ku.
9 October 2010
Hati aku sebak berdayu melihat jasad yang terkulai di beranda rumah. Mencungap-cungap meminta nyawa, walaupun ajalnya masih lagi panjang.


Tak tertahan rasa hiba melihat kondusi jasad ini. Bagai mahu aku teriak sahaja. Namun, apa kata mereka-mereka pabila aku berduka hanya kerana sepasang sepatu berlubang tiga. Biar aku ceritakan kisah aku dan sepatu ajaib aku ini.
Kisah bermula apabila aku menjejakkan sepatu aku di tanah South Island untuk berkerja sebagai pemetik buah-buahan. Akibat merantau dengan hanya sehelai sepinggang bagi mengelakkan diri membawa beg yang banyak dan juga ingin mendapatkan imej seorang pengembara yang bertauliah, aku tidak mempunyai kasut berkerja yang sesuai untuk ke ladand buah-buahan. Jadi pendekatan drastik yang terpaksa aku buat dalam jangka masa kecemasan adalah menggunakan Vans Slip-on hitam putih corak iluminati untuk berkerja dan juga kegunaan harian.
#############################################
Seperti aku, sepatu aku juga memerlukan rehat setelah seharian berhempas pulas. Pada tahap ini, sudah mula kelihatan perubahan mendadak pada fizikal dan emosional sepatu aku. Secara fizikal, sudah mula kelihatan tanda-tanda calar akibat bergesel dengan pokok, tangga dan menyepak dahan pokok pabila aku mengalami tekanan mental akibat gaya kerja yang macam sial. Secara emosi nya pula, kasut aku berubah warna, dari putih hitam kepada hitam merah. Merah yang terhasil akibat memijak buah-buah ceri yang gugur di atas tanah itu membuat kasut aku "berdarah", menahan kesakitan yang tidak terperi.
Selepas berkerja mencari 25+ bakul ceri, kasut aku melalui fasa yang kedua dimana aku membawanya ke sungai untuk memancing belut. Dengan kesejukan air sungai di malam hari disamping kepekatan malam yang gelap, kasut aku tidak tahu apa yang menantinya. Dengan berbekalkan kepercayaan terhadap diriku, kasut aku telah dicelup ke dalam selut, dijadikan senjata untuk menamatkan riwayat sang belut, dan juga tempat udang kara berpaut ketika kami meredah anak sungai seperti dalam rancangan 'The Deadliest Catch'
Sang kasut cuba meminta belas kasihan sang pemuda untuk seteguk air. Namun tidak diendahkan.
#####################
Setelah berkerja keras selama 3 bulan menimba pengalaman dan juga gaji yang dipotong akibat tax, aku dan kasut meneruskan perjalanan sebagai pengembara mengelilingi South Island selama 11 hari. Tempoh 11 hari tersebut adalah saat-saat yang merobek jiwa kosong si kasut bercorak iluminati kerana rupanya yang sudah robek di sana sini. Sering kali dia dicaci, maki, keji dan di lahanat oleh sang-sang kasut yang lain kerana mereka masih lagi bergaya. Aku lah yang menjadi tempat sang kasut melepaskan rasa amarah,hiba, kecewa. Aku faham perasaan jiwa si kasut terkutuk itu.
###########################
Akibat daripada caca merba serta carutan sekeliling, si kasut hitam putih corak iluminati sudah tiada niat untuk hidup lagi. Dia sudah nekad mahu menamatkan riwayatnya dengan menghumban kan dirinya ke dalam hutan pine yang tajam. Jika itu tidak mampu membunuhnya, biarlah dirinya di baham serigala, musang atau anjing yang kelaparan. Sudah tidak sanggup ditahan seksa dunia ini. Mujurlah aku bau perancangan si kasut dari awal. Sempat aku menyelamatkanya dari melakukan tindakan di luar akal pemikiran. Bodoh punya kasut! Si kasut tidak sedarkan diri setelah aku menyelamatkannya. Maklumlah, melebihi batasannya untuk terjun di ketinggian 400 kaki.
#############################################
Selepas berkerja mencari 25+ bakul ceri, kasut aku melalui fasa yang kedua dimana aku membawanya ke sungai untuk memancing belut. Dengan kesejukan air sungai di malam hari disamping kepekatan malam yang gelap, kasut aku tidak tahu apa yang menantinya. Dengan berbekalkan kepercayaan terhadap diriku, kasut aku telah dicelup ke dalam selut, dijadikan senjata untuk menamatkan riwayat sang belut, dan juga tempat udang kara berpaut ketika kami meredah anak sungai seperti dalam rancangan 'The Deadliest Catch'
#####################
###########################

Disaat ini, si kasut hitam putih corak iluminati memandangku dengan lemah. Yang dulunya hanya calar sudah menjadi lubang yang tidak mampu ditutup lagi. Tiada apa lagi yang mampu di lakukan untuk menjadikan hari-hari terakhirnya tersenyum. Jangan risau sahabatku. Kau tetap akan berada disisiku sehingga kau terkulai tidak bernyawa di kaki ku.
p/s: Sape-sape berminat nak beli kasut aku nie, boleh PM aku. Starting price 15 tak kira dalam mata wang apa sekalipun.
p/s no2: Aku baru tau PM tu personal message. Bangsat kan??
p/s no2: Aku baru tau PM tu personal message. Bangsat kan??
1 comment:
kau pijak ceri sedap????
benci kau
Post a Comment