Tuesday, November 10, 2009

Local Act 43: I LOVE BEACHES!!!

Yosh!! Exam sudah habis...paper EDUC225 terakhir semalam menjadi titik akhir aku membaca buku dan memegang pen menulis jawapan yang berjela-jela...hahah...selalu orang enjoy habis semester after paper or assignment terakhir...tapi not for a simpleton like me...aku enjoy end of this semester 2 hari before paper final...hahaha..bengong gak aku nie...So apa aku buat?? Jalan-jalan around Auckland and mandi PANTAI!!!! yaaa!! mungkin agak extreme nk pegi mandi time spring di Auckland nie...dengan suhu air yang mampu mencecah 10 darjah celcius...aku kesah ap..janji dapat mandi...MANDI!!!

Destinasi utama aku last Saturday was Piha...planning nak g mandi air terjun...tapi sebab jauh sgt...nak kne menapak masuk dalam hutan...cancel la...mandi pantai pun jadi.Perjalanan ke Piha mengambil masa dekat 1 jam 30 minit, walaupun mengambil masa 1 jam je...thanks to my superb navigation skill...hahah. Ada jalan dekat, tapi jalan jauh jua yang diambil, bak kata orang-orang dulu, " JAUH PERJALANAN, LUAS PERMANDANGAN"...dan sememangnyer, luas pemandangan aku first time baca peta dengan serius...tapi last-last sampai gak.

Dari jauh aku nampak laut, jantung aku mengepam darah seperti enjin Ferrari berkuasa 440 kuda, memang superb pantai kat Piha nie, dengan ombak yang melambung tinggi, dat's why Piha nie pilihan surfers untuk tayang skill diorang. Tapi aku just nak mandi je, maybe it sound crazy, tapi aku pantang jumpa waterfall, laut, swimming pool, lubuk, jeram, sungai, memang nak terjun je...That's why parents aku risau if aku dapat tau aku berhampiran dengan tempat-tempat cam tu, coz aku memang akan menggila.

Sampai-sampai je, terus cari parking, then menapak ke pantai, yg lebey kurang 500 meter from parking lot, kene redah anak sungai, air dier memang sejuk nak mampus, bagai air sejuk yang baru keluar from peti ais...time tu aku ad skit was-was...mampu ke aku mandi nie dengan suhu yang begitu celaka.? Sampai kat pantai, ada few beach guard sedang mengawal suasana, tapi sayang diroang bukan macam dalam cerita Baywatch, sumer pakai sweater juga, menunjukkan betapa sejuk keadaan time tu...

Cari spot paling baik, keluarkan bekal nasi goreng bujang yang aku gorang awal pagi tu, sebab lapar nyer pasal, the boys makan dengan khusyuk dan tawaduk,hahaha...tunduk hormat diorang dengan kehebatan nasi goreng bujang aku.hahaha.Lepas makan, aku siap-siap tukar baju nak serang itu laut, sudah geram juga, yang lain masih lagi was-was nak mandi, tapi, selepas mendengar kata-kata semangat aku, sumer jadi 'panas'...lalu kami menyerang laut yang berombak-ombak tinggi itu.

Cecah je kaki kat air laut, aku bleh rasa sejuk sampai ke anak mata..memang chill and cold macam lahanat, terasa niat di hati nak naik semula, tapi alang-alang dah meredah jalan dekat 1 jam lebey, what the hell!! Trus aku terjun...tak boleh digambarkan dengan kata-kata...terbaek~~

At first 4 orang je berani mandi, then tambah lagi 2 orang...semua menjerit, tapi x tau sebab gembira or sejuk..tapi yang pasti, aku menjerit-jerit macam orang gila sebab dapat laut...hilang sekejap segala masalah di dunia lepas kene hempas dengan ombak and berguling-guling. Rasa lapang di dada bila dalam air laut yang sejuk gila...memang heaven habis..

Kami mandi hampir sejam lebih, then dengar bunyi siren menandakan pantai akan ditutup, agak kecewa sebab tak puas lagi...if boleh, nak mandi sampai malam, tapi sebab yang lain dh reached limit kesejukan...tak pela..enough for today. Naik je pantai, kepala jadi berat, badan sakit-sakit sebab dapat treatment dari ombak yang ganas, dan tidak lupa, kene sunburn skit sebab terlampau excited nak serang laut, lupa pakai sunblock, tapi aku tak kesah, sebab puas....

Pengalaman yang tak kan aku lupakan, thanks to senior aku Faris Mansor sebab syorkan tempat nie, next time sebelum balik Malaysia, memang aku akan datang lagi,..aku malas nak post gambar time trip tu, so bleh ushar kat Facebook aku..14hb nie aku ada trip ke Tiritiri Matangi, sebuah preservation island kat Auckland, pasti ada pantai, meaning aku akan mengila lagi , can't wait!!


No comments: