Jiwa gundah gulana,
ku amati sengsara,
ingin capai Kau bunga disyurga,
hati kosong berlalu,
cari awalan dulu,
jalan gelap,
Kau kurasa.
mungkin tiada pengampun,
dalam hati yg lumpuh,
bebaskan ku,
dari rakus dosamu,
terang sinar mu berseri,
dalam pedoman diri,
rasa pedih,
kian terungkap,
Lena Mawarku,
Dalam Teduh,
Kau pergi berlalu,
kerana sifat ku layu,
cuba singkap ia kembali dari mu,
langkah teguh ku longlai,
hanya tunggu terlerai,
rasa gelap dalam siang tersadai,
pergi Kau angin lalu,
corak satu persatu,
biarkan ia mekar kembali dari mu,
jiwa ronta tersedar,
kerana hidup yang sukar,
utuh kembali cahaya di dada...
Lena mawarku,
Dalam Teduh
No comments:
Post a Comment