Aku sangat suka "buskers". Mereka adalah penyeri di jalan-jalan di dunia mereka sendiri tatkala orang lain sibuk lalu-lalang. Kalau di Malaysia, Pasar Seni jadi tempat orang ber"busking"...di Auckland, Queenstreet menjadi pilihan hati. Percaya atau tidak..aku menghabiskan $2 memberi tip kepada pemuzik-pemuzik jalanan hari ini..Sehingga aku terlupa bahawa $2 itu untuk tambang bas balik..tetapi tidak mengapalah..jalan kaki pun boleh..janji dengar lagu jalanan walaupun IPod tersumbat di telinga..Aku beri $1 kepada seorang kanak-kanak ini yang memainkan lagu Gunslinger from A7X...sungguh berbakat dia dengan gitar elektrik bersama amplifiernya. Oh ya!!..Aku juga telah tersepak seekor anjing kecil yang bodoh ketika meronda-ronda di Queenstreet tadi. Ingin ditekankan disini, perkataan TER~~ itu ya..yang membawa maksud tidak sengaja..Jadi, isi yang aku cuba sampaikan disini, para buskers yang membuat perjalanan aku penuh dengan melodi, terima kasih.
Seperti yang kita sedia maklum juga, bekas vokalis Meet Uncle Hussien telah menubuhkan kugiran barunye, Azlan & the Typewriter. Lagu mereka Kelibat Si Penyair sungguh hebat dengan kemantapan vokal Lan yang seperti pontianak itu. Walaupun pontianak, Lan tetap Lan..Jadi, sama-samalah kita menikmati Kelibat Si Penyair oleh Azlan and the Typewriter.
p/s: entri kali ini agak formal dan skema penggunaan bahasanya kerana terlalu banyak membaca kamus bahasa melayu online~~
2 comments:
aq ske yg main saxaphone
aq tabur dua keping $2 utk dia sbb main lagu bee gees
hahahah...gle pemurah ko...cam tu if aku dtg sydney..kne hafal sumer lgu bee gees ar...leh wat busking nnt.
Post a Comment